SAJAK: SEJARAH KERAMAT
(Sempena Merayakan 25 Tahun Persetujuan Damai Hadyai)
oleh Susila
Pasir Puteh, Kelantan
10 November 2014
Dua bulan dua belas
tahun lapan puluh sembilan
tercipta sejarah keramat
termaterai satu persetujuan
berakhirlah satu perjuangan
yang
berlarutan puluhan tahun
penuh
liku dan ranjau.
Melawan Jepun
menentang British
menyanggah kezaliman
dan
ketidak adilan
inilah disebut
perjuangan
agung.
Perjuangan ini
Bukan
perjuangan biasa
Bukan
perjuangan main-main
kerana ia
perjuangan untuk kesinambungan
bangsa
perjuangan untuk menegakkan Negara
perjuangan untuk hak
hidup
dan mati sesuatu bangsa.
Perjuangan ini
Ditaja dan diterajui
Oleh orang-orang besi
Yang dibakar tak hangus
Dicincang tak hancur
Bahkan keras
dan kental
Sekeras batu
di Banjaran Titiwangsa
Kerana ia
disepuh dengan bara api perjuangan
Dicanai dengan
semangat kemerdekaan
Yang
menyala-nyala.
Chin Peng
nama tersohor di bumi Malaya
bahkan gah di seluruh dunia
digeruni musuh
disegani kawan
Abdullah C. D.
Rashid Maidin
Suriani Abdullah
Abu Samah
Antara
nama pejuang
Kebanggaan
Rejimen Ke-10
Tentera
Rakyat Malaya
Lau
Shey, Ah Cheng
Ah
Su, Ah Shek, Ah Yen
Di antara nama-nama terbilang
Yang bersinar bagai bintang
Di persada perjuangan agung ini.
Tika menoleh ke belakang
merenung masa silam
rasa bangga penuh di dada
kita adalah pejuang
walaupun nama kita tak dinobatkan
sebagai pejuang
namun realitinya
kita adalah pejuang
nama kita tetap abadi
dalam lipatan sejarah
perjuangan keramat ini
kemerdekaan negara.
Kini
25 tahun sudah
kita dengan megah
berada semula di dada pertiwi
menyumbang keringat dan tenaga
membangun Negara tercinta
dengan cara kita sendiri.
神圣的历史
(为《合艾和平协议》签署25周年纪念而作)
苏丝菈(Susila)
一九八九年
十二月二日
在和平协议上盖章
开创了神圣的历史
结束了一场
长达数十年
艰苦卓绝的战争
抗日
反英
反抗不公正的
残暴统治
这就是
伟大的斗争
这一场斗争
非同凡响
也不是儿戏
因为她是
民族求存的斗争
立国的斗争
为了维权
决定民族生死存亡的斗争
一九八九年
十二月二日
在和平协议上盖章
开创了神圣的历史
结束了一场
长达数十年
艰苦卓绝的战争
抗日
反英
反抗不公正的
残暴统治
这就是
伟大的斗争
这一场斗争
非同凡响
也不是儿戏
因为她是
民族求存的斗争
立国的斗争
为了维权
决定民族生死存亡的斗争
这一场斗争
主导和领军的
都是身经千锤百炼
不可摧毁
不可熔化的铁人
而且坚韧不拔
犹如主干山脉的磐石
在斗争烈火中百炼成钢
加上炽热的独立精神的磨砺
陈平
威名赫赫全马响当当
甚至享誉全世界
敌人闻之丧胆
备受朋友同志尊崇
阿都拉∙西∙迪
拉昔∙迈丁
苏丽雅妮∙阿都拉
阿布∙沙玛
马来亚人民军第十支队
引以为荣的斗士
老谢、阿成
阿苏、阿石、阿焰
跻身著名人物
是数一数二的星星
在伟大的战场闪耀
都是身经千锤百炼
而今回首
缅怀往事
豪情满怀
我们是斗士
即使不列入名册
然而事实俱在
我们就是斗士
我们的芳名永存
载入历史的篇章
这一神圣的斗争
实现国家的独立
现在
25年过去了
我们自豪地
再次投入祖国的怀抱
尽心尽力
用我们独特的方式
建设亲爱的祖国
苏丝菈
吉兰丹巴西布爹
2014年11月10日
Ulasan