TEKS UCAPAN SAUDRA AZIZ SURIANI SEMPENA MEMPERINGATI 25 TAHUN PERJANJIAN DAMAI HADYAI
UCAPAN MEMPERINGATI PERJANJIAN DAMAI HADYAI KE – 25 Tarikh : 29 Nov.2014 aziz suriani Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Persahabatan Abad 21 kerana telah memberi peluang kepada saya – seorang dari luar untuk berkongsi kisah suka – duka bersama seluruh anggota persatuan ini yang telah diharung dalam tempoh yang begitu panjang. Saya tidak menyertai mana-mana parti politik untuk mencari pengaruh atau kuasa. Jika saya terlibat dalam politik sama ada secara langsung atau tidak langsung maka itu adalah kerana soal kemanusiaan. Saudara-saudara sekelian Perkataan kemanusiaan itu berasal dari kata dasar “manusia” yang tidak membawa apa-apa makna pada sifatnya kecuali ia adalah “ insan” walau bagaimanapun ahli antropologi melihat bahawa “manusia” itu mempunyai makna yang sangat besar iaitu “sejarah”. Manusia mencipta sejarah kerana sifat kehidupannya yang ekpresif dan kolektif, berkembang dalam kitaran dialektika dari suatu ma