MENGENANGI KAWAN ALUN PERAJURIT CINA DI REJIMEN KE-10
![]() |
Kawan Alun |
Kami baru mendapat khabar bahawa Kawan Alun telah meninggal
dunia. Dengan ini, kami bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Selatan
Thailand menyatakan rasa sedih atas pemergian Kawan Alun dan menyampaikan takziah
kepada isteri beliau Kawan Desa @ Fajar, kaum keluarga dan rakan seperjuangan
beliau yang pulang ke Malaysia.
![]() |
Kawan Desa @ Fajar |
Kawan Alun pernah bertugas di Kompeni Ke-23 di bawah
pimpinan Rashid Maidin dan di Kompeni Ke-21 di bawah pimpinan Abdullah C.D. Di
sepanjang perjuangan yang pahit maung ini, Kawan Alun telah memperlihatkan
semangat juang yang teguh, tabah menghadapi berbagai kesukaran dan mara bahaya,
tekun bekerja dan rajin berlatih militeri.
Di pasukan Rejimen Ke-10, beliau bergaul rapat bagaikan
satu keluarga dengan kawan-kawan Melayu, sama suka sama duka, saling hormat
menghormati dan memperlihatkan semangat persaudaraan sekelas yang tebal mendalam.
Setelah termaterinya persetujuan damai Hadyai dan perjuangan
bersenjata ditamatkan, Kawan Alun pulang ke Malaysia. Di tanah air, beliau
aktif dalam Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia sebuah badan untuk
menjaga dan saling bantu membantu di kalangan bekas perajurit Tentera Rakyat
Malaya yang pulang ke Malaysia.
Berehatlah Kawan Alun dengan tenang di pangkuan pertiwi, Kisah2
heroik kawan Alun akan abadi bersama perjuangan Rejimen Ke-10.
Ulasan