Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

MENGENANGI KAWAN ALUN PERAJURIT CINA DI REJIMEN KE-10

Imej
Kawan Alun Kami baru mendapat khabar bahawa Kawan Alun telah meninggal dunia. Dengan ini, kami bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Selatan Thailand menyatakan rasa sedih atas pemergian Kawan Alun dan menyampaikan takziah kepada isteri beliau Kawan Desa @ Fajar, kaum keluarga dan rakan seperjuangan beliau yang pulang ke Malaysia. Kawan Desa @ Fajar Kawan Alun pernah bertugas di Kompeni Ke-23 di bawah pimpinan Rashid Maidin dan di Kompeni Ke-21 di bawah pimpinan Abdullah C.D. Di sepanjang perjuangan yang pahit maung ini, Kawan Alun telah memperlihatkan semangat juang yang teguh, tabah menghadapi berbagai kesukaran dan mara bahaya, tekun bekerja dan rajin berlatih militeri. Di pasukan Rejimen Ke-10, beliau bergaul rapat bagaikan satu keluarga dengan kawan-kawan Melayu, sama suka sama duka, saling hormat menghormati dan memperlihatkan semangat persaudaraan sekelas yang tebal mendalam. Setelah termaterinya persetujuan damai Hadyai dan perjuangan bersenj