MENGENANGI PEMIMPIN YANG KITA CINTAI MENDIANG CHIN PENG
Mengenangi Pemimpin Yang Kita Cintai,
Mendiang Chin Peng
![]() |
Kawan Afandi sedang menyampaikan ucapan |
(Teks ucapan Kawan Afandi di Majlis Memperingati Ulangtahun Pertama Pemergian Kawan Chin Peng yang diadakan di Ipoh, Perak pada 16 September 2014)
Pengerusi, para tetamu yang terormat, kawan-Kawan Karib
dan komrad-komrad.
Pada hari ulang tahun pertama pemergian Chin Peng,
pemimpin yang kita cintai, majlis peringatan diadakan di sini untuk mengennangi
riwayat revolusionernya dan baktinya kepada usaha revolusi rakyat. Semua
hadirin datang dengan membawa satu hasrat yang sama, dengan ini saya
menglu-alukan kahadiran kalian dan nenyatakan rasa hormat kepada kalian.
Tiga pertubuhan penganjur menugaskan saya mentaklimatkan
riwayat hidup revolusionernya, ini kewajiban yg tidak boleh ditolak, mujurlah
saya selaku seorang antara utusan ciliknya dan bertugas di sisinya pada
beberapa masa titik balik peringkat revolusi yang penting, maka mentaklimatkannya
berdasarkan apa yang saya rasai dan saksikan sendiri dan cerita dari komrad-komrad
yang bertugas di sisinya.
![]() |
Majlis Memperingati Ulangtahun Pertama Pemergian Kawan Chen Ping yang diadakan di Ipoh, Perak |
Perihal baktinya dalam ucapan Pengerusi telah berkata
bahawa status bersejarah mendiang Chin Peng yang tidak tergoyahkan dalam
sejarah gerakan revolusiioner negara kita, ia telah melanjutkan dan mengobarkan
semangat pejuang gigih semua bangsa memperjuangkan kemerdekaan, memainkan
peranan kepimpinan bersejarah dalam pelbagai masa sejarah. Dalam perundingan
damai tiga pihak, ia berpendirian tegas, berkeberanian hebat dan kebijaksanaan
luar biasa, sehingga akhirnya mencapai perdamaian terhormat dan menandatangani
Persetujuan Damai Hadyai. Ia rela membaktikan segala daya upayanya dengan tidak
henti-henti sampai akhir hayatnya telah mencurahkan keseluruhan tenaganya
kepada usaha rakyat. Wakil tiga pertubuhan penganjur memberi sanjungan tinggi
bahawa mendiang adalah seorang pemimpin
agung sewajarnya, ia telah memimpin perang Anti-Jepun, Perang Anti-British dan
Perang Saudara berjumlah 45 tahun lamanya, ini jarang-jarang terdapat dalam
sejarah revolusi rakyat di rautau ini malah di seluruh dunia. Semua ini saya
tidak ulangi lagi.
Fakta tersebut di atas itu, boleh dirumuskan sebagai penjelmaan
kualiti akhlak atau keperibadian revolusioner agung. Justeru kerana adanya tarikan
kualiti akhlak yang begitu mengharukan hati sanubari, maka beliau tetap hidup
selama-lamanya di dalam hati rakyat. Sungguhpun mendiang telah pergi, daya
tarikan kualiti akhlak itu membuat orang sentiasa ingat dan mengenanginya,
menceritakan kisahnya. Suara penyayang dan wajah riang mesranya masih jelma di
depan mata. Daya kualiti tarikan itu terjelma dalam banyak bidang: Dikisahkan
dengan kesimpulan, pertama-tama mendiang adalah seorang soasialis yang teguh,
sekali gus juga patriot nasionalis berjuang untuk pembebasan nasional, dan
kedua seorang tokoh berperikemanusiaan revolusioner.
Di sini saya hanya menyebut bahagian yang utama dan
sesuatu contoh saja, kerana masa majlis terbatas dan kawan-kawan yang pernah
bersama dengannya boleh menceritakan banyak kisahnya.
Pertama, sosialis yang teguh, ini terbukti dalam Hajat
Terkhirnya masih tetap tidak lupa “Berjuang demi satu masyarakat yang lebih
adil dan lebih indah, yang berdasarka cita-cita sosialisme.” Saya pernah
menulis satu ucapan berjudul “Ching Peng di Samping selaku seorang berfahaman
komunis juga seorang pejuang kebebasan dan nasionalis agung” (Catatan
masyarakat sosialis adalah peringkat awal bermula masyarakat komunis.) Ia
memimpin perang pembebasan nasional anti-Jepun dan anti-British, ini adalah
penjelmaan patriot nasionalis. Masa awal anti-Jepun beliau mengasaskan Kompeni
Ke-4 dan Kompeni Ke-8 Rejimen Ke-5 Tentera Anti-Jepun. 1943, beliau memimpin
negeri Perak, tinggal di suatu kebun ubi kayu dekat Kampung Baru Tanah Mas Bidur-Tapah
sekarang, kerana ia ada laluan ke timur menuju ke pergunungan Bidur, ke barat
menuju ke kawasan pantai barat. Di sini beliau secara langsung memimpin selatan
Perak dan secara surat menyurat memimpin kawasan-kawasan lain seluruh Perak,
iaitu memimpin Liga Anti-Jepun, Pasukan Lasak Bergerak dan lasykar rakyat,
menciptakan situasi daerah desa mengepung bandar-bandar. Beliau ke pantai barat
menjalin hubungan antara Force 136 Tentera Bersekutu dengan Tentera Anti-Jepun,
seterusnya membawa Lai Te ke Bukit Belantan menandatangani Persetujuan Bersama
dengan pihak Tentera Bersekutu Menentang Jepun, merintis saluran Tentera
Bersekutu membekalkan senjata kepada Tentera Anti-Jepun di seluruh Malaya.
Bakti penting ini juga satu sebab Lai Te terpaksa melantik Chin Peng sebagai
antara Pesuruhjaya Pusat Tentera Anti-Jepun.
Masa awal Jepun menyerah kalah, beliau mengurus penubuhan
Jawatankuasa Rakyat dan menghantar pasuka-pasukan Tentera Anti-Jepun ke semua
kawasan menjaga keselamatan masyarakat, juga secara tepat menghantar Abdullah
C. D. menangani dan menenteramkan peristiwa Parang Panjang di Perak, dan
lain-lain lagi.
Selepas itu, beliau ke Kuala Lumpur dan Singapura mengambil
tugasan Jawatankuasa Pusat, bersama ahli J/K Pusat lain mengelakkan gangguan
Lai Te, beliau terutama mengambil berat kerja Melayu, memupuk kader tentera
Melayu (lihat Chin Peng dengan Kerja Melayu, Rejimen Ke-10 dan Abdullah C.D.).
Yang lebih penting lagi, beliau bersama Yang Guo mendedahkan musuh dalam
selimut Lai Te, menyingkirkannya dari PKM, dengan ini dapat menetapkan garis
tepat, dan muncullah situasi perjuangan kemerdekaan berkembang berkobar-kobar,
Putera-Amcja melancarkan Mogok Hartal pada Oktober 1947, gerakan pemogokan buruh
timbul berturut-turut di sana sini, dan sebagainya. Penjajah British berasa
penjajahannya akan runtuh, maka mengumumkan Darurat pada pertengahan Jun 1948,
dan seterusnya mengharamkan PKM dan semua parti yang menentang penjajahan,
hanya UMNO saja dihalalkannya..
Menjelang 20 Jun, Chin Peng di Kampar, Perak dengan
berani dan kecerdasannya dapat meloloskan diri dari penangkapan tangan setan
musuh, kemudian dilindungi komrad-komrad beredar ke Batu 11 dekat Digong dan
Air Kuning. Di sini beliau memimpin pembentukan Markas Besar pasukan bersenjata
Perak dan membuat keputusan penting tentang pembentukan pasukan tentera.
Setelah pasukan beredar ke kawasan pergunungan di sebelah timur, di kampung ini
dan desa Air Kuning, mengalami tiga kali berturut-turut serangan pengeboman
pesawat udara dan serangan tentera musuh, kehebatan serangan yang tidak ada
dalam masa Perang Anti-Jepun, maka Ma Ding telah hilang keyakinan perjuangan
bersenjata, tetapi Chin Peng membantunya dengan nasihat bahawa mesti yakin
perjuangan adil akhirnya pasti mencapai kemenangan. Chin Peng dengan cara surat
menyurat memimpin, beliau memesan Yang Guo mempengerusikan mesyuarat J/K Pusat,
dan mengadakan mesyuarat J/K Negeri Perak di Cameron Highland, menetapkan
pembentukan Rejimen Ke-12 dan sebagainya.
Seterusnya, di Pahang, beliau membentuk Organ J/K Pusat, ambil
keputusan menubuhkan Rejimen Ke-10 dengan Abdullah C.D. sebagai Komisar Politik,
memupuk dan meningkatkan kader-kader Melayu. Sekali gus juga membuat Keputusan
Oktober, membetulkan ketetapan salah tepat pada waktunya, Dan dengan
berpandangan jauh menetapkan Organ Pusat dan kekuatan utama Rejimen Ke-10
beredar ke utara ke kawasan sempadan. Kesemua itu membawa makna penting bagi perundingan
Baling dan perundingan tiga pihak serta penandatanganan Persetujuan Damai
Hadyai.
Berperikemanusiaan revolusioner, teramat prihatin dan
kasih sayang pada semua komrad dan rakyat. Mendiang Chin Peng amat sederhana,
bersifat penyayang, toleransi, terlebih dulu bertimbang rasa kepada orang lain,
langsung tidak tunjuk lagak. Antara lain contoh-contohnya sebagai berikut:
Selepas Jepun menyerah kalah, Markas Besar Rejimen Ke-5
dan dua kompeni Tentera Anti-Jepun ada di Bidur, Chin Peng selaku Pesuruhjaya
Pusat datang ke Bidur, beliau tidak tinggal di Markas Besar di Bandar, tetapi
tinggal di rumah atap kediaman beberapa Xiaogui (si cilik) kami sebagai
pejabatnya. Ia sangat mengasihi kami. Tentera Anti-Jepun adakan Majlis Malam
Gembira, beliau membimbing kami berjalan kaki ke tempat majlis, beliau tidak tampil
sebagai Pesuruhjaya Pusat, sebaliknya berpakaian biasa, bersama kami dan orang
ramai duduk di atas tanah saja. Sifatnya mudah didekati, ramah mesra dan
sesiapa pun boleh bersembang dan bergurau dengannya, sesiapa yang telah bergaul
dengannya boleh ceritakan banyak contoh.
Pengawal kepada
pengawal: Organ Pusat beredar sampai di kawasan Chemor dan Sungai Siput, suatu
petang, makan ubi kayu jenis buat serbuk ubi itu, akhirnya semua pengawal telah
pengsan tak sedarkan diri, cuma Chin Pengn seorang saja tidak pengsan kerana
hanya makan sedikit, maka dialah mengambil sepucuk Brengan pergi berjaga di
depan khemah, mengawal keselamatan para pengawal. Setelah para pengawal sedar
semula, kesemuanya berasa amat terharu.
Memperlakukan orang lain secara penyayang. Setelah perang
anti-British meletus, beliau mengatur kader yang mengidap TB seperti Ah Cheng
dan lain-lain pergi Ke China untuk mengubati penyakit. Ma Ding hilang keyakinan
dan tak dengar nasihat, maka Chen Ping mengatur isteri Mading membawanya
beredar ke China untuk elakkan daripada terperosok ke dalam tangan musuh. Lihatlah
betapa berperikemanusiaan, belas kasihan dan murah hatinya. Contoh seperti ini
boleh ditunjuk banyak lagi.
Rundingan Baling, beliau bersedia akan ditahan oleh musuh
dan telah menyediakan Lao Xie akan menggantinya jika ia ditahan. Dengan
mengharung bahaya ini ia bertolak ke Perungdingan Baling, di tengah jalan, satu
surat disampaikan, ini telah membuat ia tak lelap sepanjang malam, rupaya surat
dari suatu pihak itu mendesak supaya mesti bersetuju menamatkan perang. Namun,
ketika menghadapi paksaan serah diri dari Tunku yang mengikut arahan pihak British,
ia membalas dengan isytihar gagah perkasa: “Berjuang sehingga seorang terakhir
pun sekali-kali tidak akan menyerah diri.” Malah beliau mendorong Tunku supaya pergi
menuntut merdeka, setelah merdeka dan Tunku berkuasa penuh boleh berunding
lagi. Dengan sokongan inilah Tunku pergi ke London berunding dan balik dengan
membawa janji boleh merdeka pada 31 Ogos 1957. Tetapi Tunku yang mendapat kuasa
dan menjaga kepentingan British itu telah mungkir janji dan meneruskan perang
yang bertukar menjadi perang saudara, menyebabkan perang itu berterusan sehingga
penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai pada 2 Disember 1989.
Dalam perundingan tiga pihak, Chin Peng memberi petunjuk
yang berebijaksanaan tinggi, penggabungan antara prinsip revolusioner dengan
kefleksibelan, memandu perwakilan PKM maju dengan langkah mantap, Setelah
prinsip persetujuan dicapai, beliau tiba di Phuket untuk membuat keputusan
terakhir. Namun, Menteri Dalam Negeri Megat Junid mengeluarkan ucapan mengatakan
PKM menyerah diri. Chin Peng segera memanggil mesyuarat perwakilan, membuat keputusan
keluarkan kenyataan bantahan dan malam itu juga mengemukakan bantahan keras, jika
kerajaan Malaysia tidak membetulkan kenyataan itu, PKM akan hanya menandatangani
persetujuan dengan kerajaan Thailand saja. Maka kerajaan Malaysia terpaksa
membuat pusingan U, menjawab bahawa Megat Junid tak boleh mewakili kerajaan. Dengan
ini dalam persetujuan Pengaturan Pentadbiran ditetapkan: “Semua kenyataan
akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana satu pihak selepas ini haruslah dibuat
dengan semangat persetujuan dan tidak harus mengandungi sebarang istilah
memfitnah seperti "penyerahan diri beramai-ramai" dan
"kapitulasi" (pengkhianatan/serah diri). ” Jika dibandingkan dengan Parti
yang kondisinya lebih unggul dari PKM, iaitu Parti Komunis Burma mengalami
kebuntuan perundingan kerana kekurangan kefeleksibelan, maka lebih menyerlahkan
kecerdasan mendiang Chin Peng.
Dalam menyelesaikan masalah anggota-anggota yang kembali
tanah air dipaksa menandatangani pengakuan. Saya telah menyaksikan tindakan
Chin Peng berusaha siang berganti malam, menghubungi pegawai-pegawai pihak
Thailand dan menegaskan kepada pihak Malaysia akibat hebat akan dihadapinya,
akhirnya, kerajaan terpakasa bertolak ansur dan kami dapat kembali ke tanah air
secara terhormat.
Akhirnya, dalam menyelesaikan masalah kewarganegaraan
angota-anggota yang tinggal di Thailand, secara kebetulan saya pergi ke Bangkok
dan dapat menyaksikannya, setahu saya, awal-awal lagi Chin Peng telah memeras
otak atas perkara itu. Beliau dengan murah hati mengizinkan Yi Jiang dan Zhang
Zhongming menandatangani dokuman akuan di bawah PKM, membolehkan penghuni di
Kampung-Kampung Persahabatan itu mendapat kewarganegaraan mengikut Persetujuan
antara PKM dengan kerajaan Thailand.
Oleh Afandi
Ulasan