Kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang dihormati, Harini, kita memperingati ulangtahun pertama wafatnya mendiang Kawan Chen Ping, Setiausaha Agong PKM dan pemimpin kita yang tercinta. Kawan Chen Ping adalah seorang yang rendah hati dan berhati-hati, memandang kawan dan sahabat sekeliling secara sama rata, hidup sederhana, memandang berat penyiasatan dan pengkajian, memandang berat orang bawahan dan suka membaca. Inilah Chen Ping yang saya kenal. Sudah tentu, Chen Ping adalah manusia biasa, bukannya nabi atau dewa. Chen Ping dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 19 Oktober tahun 1924. Menjadi calun anggota parti PKM pada Januari 1940 dan menjadi anggota rasmi PKM pada bulan Julai tahun yang sama. Setelah Jepun menceroboh Malaya, Chen Ping diarahkan memimpin pasukan gerila anti-Jepun di Perak. Melalui pertempuran-pertempuran yang dahsyat dan luarbiasa susah-payahnya, pasukan gerila anti-Jepun di Perak beransur-ansur berubah menjadi salah-satu kekuatan bersenjata PKM