Tugu Negara: Daripada siapa kita merdeka?
Sejarah perjuangan kemerdekaan negara
ini amat kusut dan serabut sebenarnya. Rakyat semakin hari semakin
tidak menunjukkan semangat patriotisma walau sedikit kepada negara.
Ia amat berbeza 15 tahun yang lampau, sewaktu saya masih dibangku
sekolah rendah, pada bulan ini hampir semua kereta memasang bendera
Malaysia termasuklah kereta bapa saya, memasang bendera pada kereta
adalah sesuatu yang mengujakan apabila tiba hari merdeka. Tetapi hari
ini, tiada siapa mengambil peduli hari yang sepatutnya disambut
dengan perasaan patriotisma yang membara.
Apakah yang menyebabkan hari
kemerdekaan seperti tidak bermakna bagi rakyat hari ini? Adakah ia
sebuah kemerdekaan yang sejati atau ia penuh dengan kepalsuan dan
pembohongan? Sedang saya memikirkan sebab-sebabnya, tergerak hati
saya untuk kembali merujuk kepada simbol kemerdekaan negara ini.
Apakah simbol itu? Dan adakah ia berfungsi sebagai simbol patriotisma
yang sejati kepada generasi hari ini.
Sebuah monumen yang diberi nama Tugu
Negara didirikan untuk memperingati para pejuang kemerdekaan malaya.
Ia menjadi simbol pengorbanan para pejuang yang berjuang memerdekakan
tanah air ini dari penjajahan dan pastilah mempunyai nama
pejuang-pejuang bangsa yang telah bermandi darah untuk keselesaan
kita hari ini.
Pernahkah kita berhenti dan melihat,
wajah atau nama Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau, Tunku Abdul
Rahman, Chin Peng, Ganapathy, Rashid Maidin, Abdullah C.D
dipotretkan disitu? Puas saya mencari tetapi tidak ada seorang pun
pahlawan dari bangsa Malaya disini.
Beberapa persoalan timbul dan saya
merakamkan perkara aneh disitu.
- Tidak kelihatan nama rakyat malaya dari kaum melayu, india atau cina.
- Hanya nama askar penjajah british dari negara2 komanwealth sahaja tertera disitu.
- Patung gangsa yang menampilkan 5 tentera british gagah mengangkat bendera malaysia sementara 2 Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (PKM) tewas dan dipijak oleh askar penjajah.
Persoalannya sekarang ialah, siapakah
yang memerdekakan negara kita? Adakah Inggeris yang memperjuangkan
kemerdekaan ini? Jika benarlah Inggeris menjadi pejuang kemerdekaan,
siapakah yang menjajah kita sebenarnya. Parti Komunis Malaya atau
Inggeris. Apakah PKM yang merampas hasil bumi getah, biji timah dan
hasil bumi negara ini dan mengeksport ke Eropah untuk keuntungan
mereka?
Apakah yang mahu dipertontonkan dengan
tugu penjajah ini. Sebuah tugu kemenangan milik orang putih keatas
Tentera Pembebasan Rakyat Malaya yang berjuang menentang orang putih?
Inikah tugu yang melambangkan semangat kepahlawanan bangsa kita?
Tugu negara yang amat membingungkan ini
bertambah kusut apabila, sejarawan negara Prof Dato Dr Zainal Kling &
Prof Ramlah Adam mengatakan negara ini tidak pernah dijajah.
Benarlah, diatas kertas memang tidak dijajah. Penjajah Inggeris hanya
membantu menyelia tanah melayu sahaja. Mereka datang membeli
raja-raja melayu dan bekerjasama dengan mereka. Apabila raja-raja
kita tidak dijajah, bermakna rakyatnya juga tidak dijajah. Bukankah
begitu? Diatas kertas ia adalah sangat tepat sekali dan secara
realitinya juga benar, raja-raja diberikan layanan mewah oleh
inggeris, anak-anak mereka dihantar belajar di England, makanan
mereka steak dan mengikut cara barat. Memandu kereta mewah kesana
sini. Pendapatan mereka juga bertambah banyak sejak Inggeris
berkuasa. Diatas kesenangan golongan bangsawan ini, rakyat hanya
makan ubi kayu dan kadang2 terlepas makan.
Generasi hari ini seharusnya memiliki
keupayaan untuk menganalisa sejarah yang dipertontonkan. Saya
tinggalkan gambar-gambar yang diambil di tugu negara untuk kita
memikirkan daripada siapa kita merdeka sebenarnya.
Selamat hari kemerdekaan yang ke-57. MERDEKALAH 100%!
Wajah tentera penjajah
Inggeris mengangkat senjata
Inggeris mengibarkan bendera Malaysia
Wajah Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPNM)
Tentera
Pembebasan Rakyat Malaya tewas ditangan penjajah Inggeris
Semoga Allah merahmati “askar penjajah”
Kesemua nama askar penjajah
Ulasan
tolong ceritakan pertalian antara komunis malaya dan indonesia suatu ketika dahulu dan apakah yg terjadi kepada komunis indonesia? adakah mereka juga berada di thailand?