Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Tugu Negara: Daripada siapa kita merdeka?

Imej
Sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini amat kusut dan serabut sebenarnya. Rakyat semakin hari semakin tidak menunjukkan semangat patriotisma walau sedikit kepada negara. Ia amat berbeza 15 tahun yang lampau, sewaktu saya masih dibangku sekolah rendah, pada bulan ini hampir semua kereta memasang bendera Malaysia termasuklah kereta bapa saya, memasang bendera pada kereta adalah sesuatu yang mengujakan apabila tiba hari merdeka. Tetapi hari ini, tiada siapa mengambil peduli hari yang sepatutnya disambut dengan perasaan patriotisma yang membara. Apakah yang menyebabkan hari kemerdekaan seperti tidak bermakna bagi rakyat hari ini? Adakah ia sebuah kemerdekaan yang sejati atau ia penuh dengan kepalsuan dan pembohongan? Sedang saya memikirkan sebab-sebabnya, tergerak hati saya untuk kembali merujuk kepada simbol kemerdekaan negara ini. Apakah simbol itu? Dan adakah ia berfungsi sebagai simbol patriotisma yang sejati kepada generasi hari ini. Sebuah monumen yang diberi nama Tugu N

UCAPAN KAWAN INDRADJAYA DALAM MAJLIS MEMPERINGATI 69 TAHUN PERANG ANTI-JEPUN

Imej
Kawan2 yang dikasihi dan para sahabat yang dihormati, Selamat malam! Harini, di dewan ini, kita dengan khidmatnya memperingati ulangtahun ke-69 kemenangan Perang Anti-Jepun. Tamatnya perang terhadap Jepun pada 15 Ogos tahun 1945, adalah juga pertanda tamatnya Perang Dunia Ke-2.  Pada awal tahun-tahun 30-an abad yang lalu, kontradiksi di antara berbagai negara imperialis di seluruh dunia semakin tajam, bentrokan berlaku di berbagai tempat. Situasi antarabangsa bergolak hebat. Ancaman perang mengelubungi seluruh dunia.  5 orang bekas perajurit TAJRM menerima penghormatan sebagai pahlawan anti-Jepun Pada 22 Jun tahun 1941, tentera Jerman melancarkan serangan mengejut ke atas Soviet Union. Perang Dunia Ke-2 meletus secara menyeluruh. Bentuk perang itu pun berubah daripada perang perebutan antara negara-negara kuat imperialis kepada perang adil rakyat sedunia melawan pencerobohan kaum fasis. Di Asia, setelah meletusnya perang perlawanan yang menyeluruh di Tiongkok pada

KAWAN DONG YUN PEJUANG ANTI-JEPUN SEKALIGUS PEJUANG ANTI-BRITISH

Imej
Dong Yun (nama asalnya Chen Huang), ahli Gabungan Persatuan-Persatuan Perdamaian Thailand, telah meninggal dunia di kediamannya di Kampung Perdamaian Betong, Thailand pada petang 7 Jun 2014,berusia 85 tahun. Mendiang Dong Yun pernah menyertai Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, merupakan beberapa survival pejuang anti- Jepun yang jarang didapati. Ia dilahirkan pada 1930 di suatu kampung daerah Huizhou, Wilayah Guangdong, China. Masa muda dia mengikut ibu bapa berpindah ke Malaya untuk mencari nafkah. Dalam masa Jepun menduduki Malaya, dia menerima pengaruh dari Tentera Anti-Jepun, menyokong perjuangan anti-Jepun. Di dalam desa dia membantu penyusun massa menghantar surat, dan seterusnya masuk Tentera Anti-Jepun dan melawan Jepun. Setelah Jepun menyerah kalah, Tentera Anti-Jepun didemobilisasikan, dia menyertai Persatuan Bekas Komrad Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, dan ikut serta dalam gerakan kemerdekaan. Pertengahan 1948, pihak penjajah British mengu