UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI RAKAN SEPERJUANGAN
UCAPAN SELAMAT AIDIL FITRI
PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21
MALAYSIA
Tarikh: 26 Julai, 2014
Kawan Abdullah C. D. yang dihormati dan
Ketua Kampung beserta
segenap kawan seperjuangan di
Kampung Perdamaian Shukirin dan Kampung Perdamaian Kabang
Bersempena Hari Raya Aidilfitri, saya atas nama Persatuan
ini dengan segala hormatnya melafazkan ucapan selamat Aidil Fitri maaf zahir
dan batin kepada semua kawan seperjuangan yang jauh di mata dekat di hati,
semoga semuanya berada dalam keadaan selamat sejahtera dan gembira berhari
raya. Mudah-mudahan ibadah puasa yang kalian tunaikan sepanjang Ramadan
al-Mubarak 14334 H. mendapat pahala berlipat ganda.
Tahun ini kampung kalian telah mengadakan pelbagai aktiviti
penting seperti maraikan hari Jadi ke-90 Pak Abdullah C.D., memperingati Ulang
Tahun Ke-65 Reimen Ke-10 dan lain-lain lagi. Kami berasa bangga dan merakamkan
tahniah atas kejayaan kalian.
Akhirnya marilah kita saling bermaafan dan terus mengekalkan
semangat kesetiakawanan dan persaudaraan sesama kita dan di kalangan rakyat.
Kami dengan tulus ikhlas mengharapkan mudah-mudahan kalian akan mencapai
kejayaan pada masa akan datang!
Sekian dan Terima Kasih
Lee Huck Tee
Ketua Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia
Ulasan