PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG BANGSA DAN KEMUNCULAN KELAS BURUH MALAYA
![]() |
Semenanjung Tanah Melayu |
Pembentukan Masyarakat Berbilang Bangsa
dan
Kemunculan Kelas Buruh Malaya
Oleh Cuan
Pembentukan Masyarakat Berbilang Bangsa
Malaya (kini Malaysia) terletak di sisi
khatulistiwa, merupakan hub Asia Tenggara, menguasai laluan air
selat Melaka, merupakan persimpangan laluan air antara Timur dan Barat. Selama
dua ribu tahun ini terus menjadi laluan penting perdagangan. Oleh
itu ia juga merupakan tempat percantuman umat berbilang bangsa. Ia juga pernah
menjadi hub tumpuan pelbagai budaya dan agama seperti Buddha,
Hindu dan Islam. Berkumpulnya aspek-aspek perdagangan, kebudayaan, agama dan
sebagainya memberi impak amat mendalam kepada masyarakat Malaya amnya dan
kepada aspek kemajuan tamadun khasnya.
Semenanjung bumi Malaya telah merdeka pada 31 Ogos
1957. Kemudian, untuk menyelesaikan per-juangan rakyat Kalimantan Utara
menuntut kemerdekaan, penjajah British telah mencantumkannya ke dalam Malaysia
pada 16 September 1963, Pencatuman itu dinyatakan dengan perkataan yang
muluk-muluk kononnya Sarawak dan Sabah mencapai kemerdekaan menerusi percantuman
dengan Malaysia, namun hakikatnya ditadbir oleh proksi pupukannya di Malaya,
supaya kepentingan ekonomi, politik, ketenteraan dan sebagainya di Kalimatan
Utara itu dilanjutkan.
Kini, walaupun hanya sedikit saja perbezaan dalam
aspek budaya dan bahasa antara Malaysia dengan lain-lain negeri dalam Kepulauan
Melayu, tetapi atas sebab pengaruh kuasa pemerintahan penjajah yang berlainan,
Kepulauan Melayu telah terbahagi kepada negara-negara berdaulat yang berlainan,
iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Burnai dan Timur
Leste.
Sebelum menyentuh masyarakat berbilang bangsa,
ringkasan sejarah pembentukan Malaysia perlulah dibentangkan terlebih dulu.
Proses pembentukan Malaysia terbahagi secara kasar kepada 4 tahap:
Tahap pertama: Pengaruh budaya Hindu. Agama Hindu, budaya
dan agama Buddha dari India telah mendominasi sejarah
Malaya zaman awal. Dari abad ke-7 hingga ke abad ke-14, budaya Sri Wijaya di
selatan Sumatera telah meningkat ke puncaknya, pengaruhnya meluas kepada
seluruh Sumatera, Jawa, Semenanjung Malaya dan bahagian terbesar Borneo.
Tahap kedua: Kemakmuran Budaya Islam. Jauh
pada abad ke-10 lagi Islam telah bersebar di Malaya, namun sehingga ke abad
ke-14 dan ke-15 barulah Islam meletakkan asas yang mantap di Semenanjung Malaya
tidak lama selepas kemusnahan Sri Wijaya. Rantau ini berpecahbelah menjadi
banyak kesultanan yang berasaskan Islam, antara lain yang terkenal ialah
kesultanan Melaka. Budaya Islam telah memberi pengaruh mendalam kepada orang Melayu,
dan sementara itu ia juga dipengaruhi oleh orang Melayu.
Tahap ketiga pencerobohan
kuasa penjajah Eropah. Portugal menduduki Melaka pada tahun 1511, merupakan
bangsa Eropah yang pertama menjajah
Malaya, seterusnya diikuti oleh Belanda. Bagi pihak penjajah Inggeris pula, ia
terlebih dulu mendirkani pangkalan di Api-Api, Kucing, Pulau Pinang dan
Singapura, dan akhirnya ia berjaya membentuk penjajahan di Malaya (kini
Malaysia). Persetujuan Britain dan Belanda 1824 telah menetapkan sempadan
antara Malaya British dan Kepulauan Hindia Timur Belanda (kini Indonesia).
Tahap keempat: Kemasukan imigran baru.
Penjajah membawa masuk sejumlah besar buruh Cina dan buruh India untuk memenuhi
keperluan ekonomi tanah jajahannya di Malaya dan Borneo. Penjajah membawa masuk
sejumlah besar buruh kontrak dari selatan China ke Semenanjung bumi Malaya
untuk bekerja melombong dan meneroka estet; di India, penjajah juga memobilisasi
keseluruhan penghuni kampung, sekampung demi sekampung supaya berimigrasi ke
Semenanjung bumi Malaya untuk meneroka estet, membina jalan raya dan landasan
kereta api.
Demikianlah terbentuknya masyarakat berbilang
bangsa di Malaya yang terdiri daripada tiga bangsa utama Melayu, Cina, India
ditambah lagi Orang Asal/Orang Asli dan Serani. Manakala di Malaysia Timur
(yang disebut juga Kalimantan Utara), bahagian Sarawak terbentuk menjadi
masyarakat yang terdiri dari Iban, Melayu dan lain-lain etnik minoriti;
manakala Sabah adalah masyarakat yang terdiri dari Kadazan, Cina, Melayu dan
lain-lain etnik minoriti.
Pertambahan Jumlah
Penduduk Semua Bangsa
Perkadaran jumlah penduduk semua bangsa di
Malaysia, selepas perang dunia kedua, Malaya yang pada umumnya dirujuk kepada
Semenanjung dan Singapura, orang Cina paling banyak, merupakan 40 peratus lebih
daripada jumlah penduduk, ditambah dengan orang India, melampaui separuh jumlah
penduduk, orang Melayu juga merupakan 40 peratus daripada jumlah penduduk,
namun setelah Tunku Abdul Rahman menyingkir Singapura dari Malaysia, Melayu
telah menjadi bangsa yang paling banyak penduduknya mengatasi bilangan penduduk
Cina.
Setelah
peristiwa 13 Mei 1969, dengan tujuan mengekalkan kekuasaannya, UMNO yang
mendominasi kerajaan telah memansuhkan fungsi parlimen, menubuhkan MAGERAN
untuk menggantikan fungsi kerajaan, dan telah mengumumkan akta atau undang-undang
sebanyak lebih seratus, malahan membentuk satu pasukan petugas rahsia,
bertindak sewenang-wenangnya memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing
tanpa izin (PATI) dengan syarat mesti mengundi UMNO (Hal ini telah didedahkan
oleh Anwar ketika memberi bukti di mahkamah Inquiry). Setelah perbuatan itu,
perkadaran jumlah penduduk antara semua bangsa negara ini telah timbul
perubahan tidak normal. Jumlah penduduk Melayu bertambah secara tidak normal,
khususnya di Sabah, jumlahnya dari tangga ketiga selama belasan tahun tiba-tiba
melonjak ke tangga pertama. Di Sabah, bilangan pandatang asing yang mendapat
kewarganegaraan telah mengatasi seluruh penduduk yang asal, ini telah membolehkan
UMNO tetap mencengkam kekuasaan politik. Dalam seluruh Malaysia, PATI yang
diputihkan itu majoriti terbesarnya adalah muslim, dan sangat
cepat telah mendapat kewarganegaraan, menambah bilangan orang Melayu. Banyaknya
bilangan PATI yang terlibat seperti itu dibilang dengan jutaan. Anasir-anasir
perkauman itu dengan ghairah menghasut perkaumann, pada lahirnya untuk
kepentingan bangsa mereka, tapi hakikatnya adalah untuk menarik undi, dan untuk
ini, mereka sanggup menggadaikan kepentingan negara dan kewarganegaraan.
Kesemuanya Adalah Pendatang, Bangsa Pembina Negara dan Kesamarataan
Berdasarkan konsep negara bertaulat kontemporari, kesemuanya adalah pendatang. Buat
kesekian lama ini UMNO menamakan dirinya “bumiputera”, tetapi hakikatnya
satu-satunya bumiputera sejati adalah Orang Asli (iaitu Orang Asal di Malaysia
Timur dan Malaysia Barat, Orang Kadazan di Sabah dan Orang Iban di Sarawak, dan
sebagainya). Orang Melayu adalah satu
koloni insan yang paling awal bermastautin di kepulauan Melayu. Jauh pada ribuan
tahun sebelum Masihi ia telah berhijrah ke wilayah ini dan menginovasi tamadun.
Manakala kebanyakan orang Cina, India dan sebagainya
walaupun berhijrah ke mari kemudian dari Melayu, bagaimanapun sama-sama
semuanya adalah bangsa pembina negara, masing-masing memberi sumbangan besar
kepada kemerdekaan serta pembagunan negara kita, dan status kesemuanya
adalah sama rata.
Rasialis UMNO sering menjerit-pekik menyuruh agar
orang lain menyingkirkan diri mereka dari Ma-laysia, seolah-olahnya ini adalah
tanah milik mereka, tetapi hakikatnya mereka adalah keturunan pendatang juga.
Umpamanya cuba lihat darah apakah yang beralir dalam tubuh badan golongan
pemimpin UMNO itu. Pertama, Tun Mahathir, telah didedahkan oleh Tunku Abdul
Rahman bahawa Mahathir adalah Melayu tiga suku, datuk kepada Mahathir adalah
orang Kerala, selatan India, bapanya setengah orang India. Lee Kuan Yew
mengatakan Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar adalah keturunan Arab, lahir di
Indonesia, bermastautin di Malaysia cuma beberapa tahun sahaja. Dan Tunku Abdul
Rahman pula, nenek moyangnya berasal dari Thailand dan sebagainya.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011, antara pemimpin-pemimpin
UMNO itu saling mencemuh dan berseloroh mendedahkan latar belakang yang tidak
baik masing-masing. Dalam ucapan Presiden, Datuk Seri Najib Razak. secara berseloroh
mengatakan Muhyudin, Hishammuddin Hussein dan Safie masing-masing adalah orang
Jawa, Turki dan lanun (Bajayu, Sabah). Gambaran ini dialihkan kepada
pertunjukan telatah mereka yang menghunus dan menjulang keris dan menjerit-pekik “Hidup
Melayu” itu, terdedahlah wajah hodoh mereka di hadapan umum. Tujuan mereka
gertak-gerantung dengan menonjolkan perkauman itu tidak lain dan tidak bukan
hanya demi kepentingan diri sendiri sahaja.
Cemuhan dan seloroh mereka itu bagaimanapun telah
membayangkan satu hakikat bahawa kesemua bangsa utama Malaysia datang dari
rantau sekitar negara ini dan kesemuanya sama rata. Malaysia negara berbilang
bangsa dan berbilang budaya. Hanya dengan melaksanakan dasar perpaduan
berbilang bangsa barulah boleh mendapat sokongan rakyat semua bangsa.
Seyogia, wujudnya masyarakat yang berbilang bangsa
dan budaya seharusnya dilihat sebagai suatu hakikat bahawa kepelbagaian itu
sebenarnya suatu fitrah dari kurniaan dari Sang Pencipta menurut konsep Islam.
Khazanah kepelbagaian budaya dari yang utamanya iaitu budaya-budaya Melayu – Islam, Cina dan India ini merangkumi inti pati
tamadun agung yang paling lama sejarahnya di dunia ini. Ini satu ciri
keunggulan yang tidak terdapat pada banyak negara lain. Jika ianya
dimanfaatkan, sudah tentu kita akan lebih mudah mengambil atau menerima
nilai-nilai dan produk budaya, tamadun, sains teknologi dan sebagainya yang
canggih dari China, India, negera-negera Arab dan juga dari Barat, supaya
negara dan rakyat kita lebih maju makmur dan bahagia.
Padah Pelaksanaan Dasar Perkauman
Padah pelaksanaan dasar perkauman UMNO: Laporan media
menunjukkan bahawa dalam masa 30 tahun ini, lebih kurang sejuta orang profesional
telah berhijrah ke luar negeri. Lim Kit Siang juga me-nunjukkan
jumlah orang profesional berhijrah yang sama. Di samping itu, Bendahari PKR menunjukkan
bahawa pendapatan perkapita Malaysia pada 1970 hampir sama dengan Singapura,
Taiwan dan Korea Selatan. Tetapi selepas 40 tahun, kini pendapatan per kapital
Singapura telah lebih empat kali ganda daripada Malaysia, Korea Selatan lebih
tiga kali ganda daripada Malaysia. Ditunjukkannya bahawa Dasar Ekonomi Baru
itulah punca orang profesional berhijrah ke luar negeri, punca kehilangan daya
persaingan negara, ketidakcekapan tadbir-urus yang melibatkan rasuah dan
korupsi.
Kemunculan dan Perkembangan Kelas Buruh
Dalam masa masyarakat feudal dahulu, ekonominya mencukupi
keperluan sendiri. Setelah diceroboh dan diduduki satu demi satu kuasa
penjajah, kekuatan kapitalisme asing telah memusnahkan kuasa politik kerajaan
feudal Melayu, malahan juga telah mempercepatkan kemerosotan ekonomi semula jadi dan
pengusaha kecil; dan juga telah mempercepatkan perkembangan modal asing dan
ekonomi komoditi.
Pencerobohan kapitalisme asing amnya, dan
pemerintahan penjajah British ke atas Penempatan Selat dan selanjutnya merampas
keseluruhan Malaya khasnya, telah mengubah masyarakat negara kita menjadi
masyarakat kolonial dan separuh feudal. Dari penghujung abad ke-19 hingga awal
abad ke-20, telah timbul dua perubahan besar di Malaya, iaitu kemunculan kelas
buruh dan terbentuknya masyarakat berbilang bangsa. Pembinaan jalan raya, landasan
kereta api, pelabuhan dan bangunan-bangunan, serta operasi estet dan lombong
milik kapitalis penjajah memerlukan sebilangan besar buruh. Bilangan buruh amat
besar telah dibawa masuk oleh penjajah British dari Cina dan India, mereka
tinggal menetap di sini dan lama kelamaan terbentuklah kelas buruh. Jadi,
terbentuknya kelas buruh Malaya sedikit berlainan dengan
negara-negara Asia yang lain, iaitu bukan
terbentuk dari kaum tani Melayu dalam masyarakat feudal, tetapi terbentuk dari
kelompok buruh yang dibawa oleh Inggeris dari China dan India. Inilah
sebabnya kenapa pergerakan buruh dan parti kelas buruh berkembang terlebih
dahulu di kalangan orang Cina dan orang India.
Menentang Pencerobohan Asing Didahului Oleh Tani
Melayu, Kemudian Diikuti Orang Cina yang
Utamanya Buruh
Dalam sejarah negara ini, pada sebelum kelas buruh
muncul, tani Melayu dan bangsawan patriotik pernah melancarkan perjuangan
terus-menerus menentang pencerobohan dan penindasan penjajah Barat. Setelah
kelas buruh muncul dan berkembang, kelas buruh yang berteraskan massa Cina dan
India telah menjadi kekuatan pelopor menentang pencerobohan fasis Jepun dan
penjajahan British.
Dasar Pecah dan Perintah Orang Inggeris
Cara-cara itu secara ekonominya
orang Inggeris memperoleh buruh murahan; secara politiknya dengan memelihara
sebahagian sistem feudal dan mengekalkan Sultan sebagai simbol pemerintahan,
orang Inggeris boleh mengawal ketidakpuasan dan penentangan orang Melayu.
Penjajah membiarkan buruh di dalam perusahaan dan membiarkan tani menetap di
daerah desa itu adalah melaksanakan dasar pecah dan perintah. Menurut statistik
rasmi, pada tahun 1931, buruh dalam estet dan lombong berjumlah 436,573 orang,
antara lain buruh Melayu hanya 14.4%, iaitu 62,937 orang sahaja.
Perubahan Baru Kelas Buruh Selepas Merdeka
Selepas merdeka, struktur kelas buruh telah
membentuk perubahan baru. Kumpulan berkuasa, konsor-tium dan
syarikat multinasional mengusahakan pelbagai perusahaan mega untuk memperhebat
penjarahan kekayaan negara, berikutan dengan perkembangan itu kelas buruh telah
bertambah besar; bilangan buruh/pekerja Melayu juga bertambah dengan pesatnya
selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Menurut banci tahun 1980 yang dimuat
dalam perut akhbar Barita Harian pada 18 Mei 1983, bilangan buruh Malaysia 1980
telah meningkat kepada 3.79 juta, antara lain Melayu 54%, Cina 35%, India 11%.
Fakta ini telah menunjukkan bahawa melalui perjalanan sejarah seabad
lebih ini amnya dan setelah merdeka khasnya, sebilangan besar tani Melayu telah
bekerja di dalam perusahaan, menceburkan diri
ke dalam barisan kelas buruh. Perubahan ini mempunyai makna sangat
mendalam kepada pembaharuan ma-syarakat negara kita.
Generasi
Muda Menjadi Pelopor Pembaharuan
Setelah merdeka, seiring dengan perubahan masyarakat dan bertambah
besarnya barisan kelas buruh, serta kemunculan barisan intelektual yang amat
banyak, maka mulai dari dekad 1970-an, di dalam pergerakan pembaharuan
masyarakat, intelektual dan generasi muda Melayu telah menjadi tulang belakang
di dalam arus raksasa perjuangan. Memasuki zaman IT abad ke-21, seiring dengan
perkembangan baru teknologi komunikasi, media portal semakin popular dari hari
ke hari, generasi internet yang baru muncul kian hari kian memainkan peranan
penting di dalam pergerakan pembaharuan masyarakat. Beberapa tahun kebelakangan
ini, massa pelbagai kalangan Melayu, Cina, India dan lain-lain telah melancarkan
perjuangan demi perjuangan menentang tindak tanduk rasuah, penyalahgunaan kuasa
dan kronisme, ketidakadilan dan penipuan pilihan raya, pencemaran alam sekitar,
diskrimisai kaum, dasar unitarianisme dan dasar perkauman; memperjuangkan
demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia dan hak kelangsungan hidup atau
survival. Pergerakan dan perjuangan itu telah dengan hebat melanda golongan
berkuasa yang rasuah dan melaksanakan dasar perkauman, dan di dalam pilihan
raya umum telah menggoncangkan asas pemerintahan mereka selama lebih setengah
abad, dan telah menimbulkan situasi baru
yang belum ada pada sebelumnya dalam pergerakan pembaharuan masyarakat.
Meninjau kembali masa silam, para pendahulu dengan rela menumpahkan
darah dan menyumbangkan masa muda mereka demi kemerdekaan negara dan pembebasan
nasional, mereka tidak mengecewakan harapan zamannya. Melayangkan pandangan ke
masa hadapan, kita penuh yakin bahawa generasi baru pasti akan sanggup berdepan
dengan megatrend arus globalisasi, pengintegrasian rantau dan gelombang pembaharuan
besar masyarakat negara kita, akan dapat merejah suatu jalan yang sesuai dengan
keadaan negara, dan membimbing rakyat semua bangsa maju menghala ke hari depan
yang demokrasi, bebas, adil dan berbahagia.
dipetik dari Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia,
Bilangan 30, Disember
2013
Ulasan