KISAH CHIN PENG YANG MENGHARUKAN
Oleh: Xiaoding
Ketika memperingati ulang tahun ke-66 20 Jun, saya sungguh mengenangi pemimpin yang amat dihormati kita, mendiang Chin Peng. Budi pekerti luhurnya menggalakkan saya
buat selama-lamanya, dan
mendorong saya terus- menerus berkhidmat pada rakyat. Setelah pemergiannya, pelbagai tempat telah mengadakan
majlis peringatan, komrad-komrad yang tahu benar dengan mendiang telah menyingkap sesetengah kisahnya yang mengharukan. Dengan ini saya mencatatnya sebagai berikut.
Pertama, selepas Komrad Chin Peng meninggal, dalam ucapan takziahnya
Jeneral Pisan Wattana- wongkiri menceritakan
bahawa “mendiang pernah tinggal di rumah saya selama 20 tahun, bahkan
daftar penduduk mendiang pun berada dalam daftar penduduk keluarga saya”. Fakta
ini telah mendedahkan
tembelang orang berniat jahat memfitnah dengan menyebarkan khabar angin,
kononnya Chin Peng telah membeli dua deret
bangunan-bangunan kedai, antara lain satu deret di suatu jalan di Bangkok, dan satu deret lagi
di suatu jalan Hong kong. Hakikatnya Chin Peng tiada rumah sendiri, langsung
tidak mementingkan diri, hatinya
tetap ingat akan rakyat dan rakan-rakan seperjuangan yang
sehidup semati, inilah teladan seorang pemimpin ulung.
Kedua, suatu kali, para komrad melawat Chin Peng, ada yang bertanya
dan berprihatin keadaan isterinya Kkoon
Wah. Chin Peng menjelaskan bahawa
badan isterinya tidak sihat,
tinggal di rumah
sanak saudaranya di Pulau
Hainan, China. Lepas suatu
masa kemudian, ada komrad
bertanya lagi, beliau menjelaskan
bahawa Khoon Wah telah meninggal dunia. Komrad bertanya, mengapakah
tidak memaklumkan kepada komrad? Chin Peng berkata, dia telah membawa banyak kesusahan kepada pihak organisasi dan komrad-komrad, kalian usah risau atau memeras otak atas hal dia. Betapa luhurnya sentiment pemimpin ini,
beliau sentiasa memeras otak memikirkan hari
depan negara, memprihatinkan rakan-rakan
seperjuangan, tetapi hal rumah tangganya dipendam dalam hatinya.
Ketiga, tahun baru
2013, serombongan komrad pergi melawat dan mengucap selamat tahun baru kepada komrad
Chin Peng yang uzur, beliau berasa amat gembira. Banyak komrad berturut-turut
menghulurkan angpao kepadanya, beliau mengumpulkan wang angpau itu dan
menggenapi RM1,000.00 untuk didermakan kepada Bahagian Juvenil Persatuan
Persahabatan Abad Ke-21 guna untuk dana aktiviti. Inilah harapan
besarnya kepada generasi anak muda, bak kata dalam Hajat
Terakhirnya. Ia mengharapkan “Mudah-mudahan jalan yang saya tempuhi itu
akan dilanjutkan dan disempurnakan lagi oleh generasi muda.”
Keempat, setelah penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai,
Chin Peng melawat ke Rejimen Ke-12, mengunjungi para komrad. Ketika beliau
sedang sibuk bermesyuarat dengan pimpinan dan Jawatankuasa Parti, seorang
komrad wanita mengemukakan hasrat hendak mengadapnya, dan dijelaskannya jika
beliau sibuk, tak temu pun tak apa. Namun cepat sekali Chin Peng mengajaknya
bertemu. Apabila tahu komrad itu meminta pihak organisasi menyampaikan berita
pengorbanan suaminya kepada keluarga pahlawan, Chin Peng segera bersetuju dan
menugaskan seorang ahli
Jawatankuasa Parti menyelesaikan urusan
itu. Komrad itu mengucapkan terima kasih
dengan rasa terharu. “Usah terima kasih, engkau telah memberi
pengorbanan besar.” Air mata komrad wanita itu segera berlinang-linang. Lepas
itu ia bercerita bahawa dirinya seorang perajurit biasa sahaja, telah begitu
dipandang berat oleh Chin Peng yang selaku panglima agung yang ramah, bermesra
dengan perajurit dan mudah didekati. Hati dia terharu kerana buat julung kali ia mendekati pemimpin yang
dihormati dan dicintainya. Ia sangat selesa dan tidak segan kerana wajah Chin Peng bersenyum manis dan begitu ramah.
Pada masa membina kampung, sekumpulan askar Thailand ditempatkan
dalam kampung untuk membantu pembinaan, Suatu kali ada askar itu mengangkat ibu
jari bercerita memuji Chin Peng, ujarnya “Pemimpin kalian memperlakukan orang
secara sangat baik dan mesra. Hidupnya secara sederhana, makanannya bersahaja-sahaja.”
Inilah kesan perasaan mendalam dari
askar yang sering berdepan dengan atasannya yang keras dan
kasar.
Kelima, dalam masa membina kampung, Chin Peng datang ke
kampung untuk urusan kerja, kenderaan milik kampung hanya sebuah kereta pikap
dan kira-kira 10 buah motorsikal. Masa itu
saya bertugas mengurus
perhubungan dan pengangkutan, memikirkan keselamatan Chin Peng, saya mengambil
ke putusan dipandu keluar secara khusus membawa
Chin Peng, manakala Lujun dan Baoping ikut untuk mengiringi Chin
Peng masuk kampung. Setelah Chin Peng memahami keadaan
pengangkutan dan sistem bayaran tambang daripada pemandu kereta, beliau segera berkata: “Tambang
kereta kali ini ditanggung penuh oleh saya, peraturan bayaran tambang tidak
boleh diubah kerana diri saya.” Beliau sambil berkata sambil menghulurkan wang tambang. Hati
semua komrad di sana
berasa amat terharu kerananya.
Kereta tiba di kampung dan berhenti, Chin Peng turun dari
kereta dan bersalam-salaman dengan semua komrad yang mengalu-alukannya. Apabila
tangannya yang kuat berjabat, apa yang nampak dalam mata adalah imej pemimpin
yang dihormati, resmi rendah hati dan
mudah didekati, dan tidak memerlukan layanan istimewa, mesra dan merapati diri
dengan semua komrad, keadaan
demikian membuat saya berlinang air
mata, payah hendak meredakan rasa haru.
Kisahnya yang mengharukan itu saya tulis di sini, namun
kisah Chin Peng yang mengharukan tidak terbilangkan, saya harap komrad yang
tahu keadaannya merakamkan lagi, kisahnya yang mengharukan agar semangat
luhurnya kekal abadi.
sumber berita: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia Bilangan 32, 20 Jun 2014
sumber berita: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia Bilangan 32, 20 Jun 2014
Ulasan