HATI MENGINGATI RAKYAT, KAKI BERPIJAK DI BUMI NYATA
Dalam karyanya bertajuk “Menentang Penyembahan Buku”, Mao Ze
Dong menunjukkan bahawa “Tanpa penyelidikan, tiada hak bersuara”, “Penyelidikan
adalah menyelesaikan maslah”, “Taktik perjuangan yang tepat, sekali-kali tidak
dapat dihasilkan dari beberapa orang yang duduk di dalam bilik sahaja, ia hanya
dapat dihasilkan di dalam proses perjuangan
massa, ini bermakna ia
hanya dapat dihasilkan
di dalam pengalaman praktik.”
Semua yang melibatkan diri dalam pergerakan pembaharuan
masyarakat, hanya dapat memandu pergerakan itu menuju ke hala tuju yang tepat
setelah ia memiliki mentaliti begini, iaitu hati mengingati rakyat dan kaki
berpijak di bumi nyata. Ini bermakna ia mesti
benar-benar membereskan penyelidikan dan penelitian, mengetahui keadaan
masyarakat negara kita masa kini dan silam, apa perubahan barunya,
perhubungannya dengan ceruk rantau sekitarnya, serta di dalam tren perkembangan
geo- politik dan arus besar
globalisasi, bagaimana memanfaatkan yang berfaedah dan mengelakkan
kemudaratan, memajukan diri dan mendatangkan faedah kepada rakyat.
Tujuan kita berkhidmat pada rakyat, prinsip kita berasaskan
rakyat. Semuanya berasaskan kepentingan rakyat. Dalam mendorong pergerakan
pembaharuan masyarakat, kita mesti sentiasa ingat akan rakyat, sungguh-
sungguh memahami ciri-ciri
dan tuntutan rakyat, benar-benar menyelidiki keadaan
dan ciri bumi yang kita berjuang
untuknya, tetap berpijak kaki di bumi negara ini, bertolak dari praktik dan
menempuh jalan diri kita.
Dalam perjuangan revolusioner dan pergerakan pembaharuan
masyarakat masa silam, lantaran keterbatasan pengalaman, kerana tidak memahami
secara mendalam keadaan negara kita, dan kekurangan dalam menyepadukan teori
dengan praktik, sering agak banyak meniru pengalaman atau amalan luar negeri,
agak banyak meniru dari buku, menyebabkan pekerjaan kita mengalami kegagalan. Pangajaran
ini harus disimpulkan secara
mendalam dan diambil sebagai iktibar.
Di dalam keadaan realiti negara kita dan persekitaran
antarabangsa setelah dua dekad dalam abad ke-21, bagaimanakah kita mendorong
pergerakan pembaharuan masyarakat negara kita?
Saya berasa, demi menjayakan misi sejarah ini, kita mesti
melaksanakan amalan hati mengingati rakyat, kaki berpijak di bumi nyata,
sungguh-sungguh memperhatikan dan menyelidiki ciri-ciri sebagai berikut:
Pertama, negara kita terletak di hab komunikasi penting,
sebagai wadah tumpuan tamadun-tamadun utama dunia seperti hadhari Islam,
tamadun China, tamadun India, Tamadun Barat serta tamadun pergunungan Orang Asal
dan tamadun kepulauan. Berbilang tamadun di samping sebagai ciri
dan keunggulan negara kita,
juga sebagai satu kelemahan. Perbezaan antara pelbagai bangsa
ini, masa silam telah diperalatkan penjajah untuk
pecah dan perintah, kini golongan berkuasa yang berteraskan UMNO masih terus-menerus
melaksanakan dasar perkauman untuk mengekalkan pemerintahannya.
Kedua, negara kita terletak di rantau kemajuan pesat di
Asia, sebagai negera penting dalam ASEAN, berada dalam taraf
pendapatan sederhana. Pelbagai kekuatan antarabangsa beraktiviti
secara proaktif dan mengenakan
impaknya ke atas
negara kita untuk mengubah
hala perkembangan demi
kepentingan mereka. Setakat
ini, negara kita pada pokoknya masih mengekalkan sikap agak neutral, tidak
menyebelah ke mana-mana satu pihak, tetapi berkembang menyusuri hala integrasi
serantau.
Ketiga, negara kita melaksanakan sistem raja
berperlembagaan, banyak kekuatan yang menentukan nasib negara, di samping
kekuatan massa rakyat semua bangsa, ada kekuatan golongan berkuasa, tentera dan
polis serta kekuatan raja-raja Melayu. Setakat ini, masih tidak ada campur
tangan secara langsung tentera dan polis ke atas politik. Lantaran Yang di
Pertuan Agong bukan hak turun-temurun suatu kerabat raja, melainkan
ditabalkan secara bergilir-gilir oleh raja-raja Melayu sembilan
negeri, tambahan lagi kuasanya telah diperlemahkan oleh Tun Dr. Mahathir semasa
ia memegang tampok kerajaan. Maka keluhuran wibawa raja-raja
Melayu tidak setanding dengan maharaja Thailand, mereka lebih banyak melibatkan
diri dalam merebut kepentingan ekonomi saja. Oleh yang demikian, kekuatan yang
menentukan nasib negara kita itu,
terutamanya adalah golongan berkuasa yang memegang tampuk kerajaan
menerusi pilihan raya berkala oleh rakyat. Seandainya golongan berkuasa mampu
secara aktif mendorong kemajuan, terus-menerus menambah-baikkan kehidupan
rakyat, memperlakukan rakyat semua bangsa secara sama rata, menyusutkan jurang
perbezaan antara kaya dan miskin, dan pentadbirannya integriti dan adil, maka
kontradiksi antara dua kekuatan akan agak reda, masyarakat akan agak tenang,
peraturan politik akan
agak stabil; begitu juga
sebaliknya.
Keempat, negara kita merupakan negara dalam pembangunan
di mana kaya
dengan hasil mahsul, tanahnya
subur dan tidak banyak populasi. Pada masa dahulu, ekonominya
dibariskan di hadapan rantau
Asia, tetapi kini telah jauh
tinggal di belakang setelah diperintah selama 50 tahun lebih oleh birokrat dan
kroni UMNO .
Kelima, dewasa ini apakah yang paling tidak puas hati oleh
rakyat semua bangsa? Mereka yang bangkit berjuang itu majoriti mutlaknya bukan
kerana menganggur dan tidak boleh meneruskan kehidupan. Mereka yang bangkit berjuang itu disebabkan
kepincangan-kepincangan selama 50 tahun lebih ini, seperti mengeruk keuntungan
dengan cara tipu daya, rasuah dan menyalahguna kuasa oleh pihak
berkuasa, harga barangan melambung naik, ketidakadilan pentadbiran dan dasar
perkauman telah menimbulkan suara ketidakpuasan hati rakyat kedengaran di
merata-rata, rakyat tidak boleh bersabar lagi; malahan pihak berkuasa
memekakkan telinga terhadap imbauan dan tuntutan rakyat. Rasuah, penyalahgunaan
kuasa, pengutamaan kroni oleh BN/UMNO, harga barangan melambung naik, hegamoni
agama, unitarianisme, politik perkauman dan sebagainya, dan sebagainya,
adalah reliti dewasa
ini, ia menjadi rintangan
terbesar yang menghalang pembangunan
negara kita. Keinginan rakyat menuntut pembaharuan adalah sangat mendesak. Apa
yang dikatakan “rakyat diutamakan” dan “transformasi masyarakat” yang dilaung-laung pihak
berkuasa selama bertahun-tahun ini hanya tinggal janji kosong sahaja. Sikap
pihak berkuasa yang membiarkan saja dan menutup mata pada pelbagai ucapan
ekstrem yang menghasut emosi perkauman itu, lebih-lebih lagi menimbulkan
ketidakpuasan rakyat dan kehuru- haraan masyarakat.
Tahun 2012 merupakan tahun perkembangan pesat pergerakan
massa negara kita, tuntutan pelbagai aspek rakyat semua bangsa diketengahkan
menerusi berbagai-bagai perhimpunan dan perarakan. Kira-kira 30 perhimpunan
besar dan kecil sepanjang tahun itu, dibahagikan mengikut sifatnya sebagai
berikut: Pertama, 21 perhimpunan memperjuangkan hak
dan kepentingan diri
(merangkumi kepentingan Orang Asal dan
peneroka, melindungi alam sekitar dan menentang perusahaan pencemaran). Kedua,
6 perhimpunan memperjuangkan keadilan pendidikan (sekolah bahasa Cina dan
sekolah agama rakyat). Ketiga, satu perhimpunan Bersih yang menentang
penyalahgunaan kuasa dan
menuntut pilihan raya bersih. Keempat, dua perhimpunan parti-parti
pembangkang untuk menimbulkan momentum. Ditinjau dari skopnya, ada 8
perhimpunan di antara 10 ribu
hingga 200 ribu hadirin. 10 perhimpunan di antara seribu
hingga 5 ribu hadirin. 12 perhimpunan seratus peserta atau wakil-wakil. Peserta
secara langsung dalam perjuangan-perjuangan
itu kira-kira antara
400 ribu hingga 500 ribu orang
kali.
Kesemua ketidakpuasan dan tuntutan itu tertumpu pada
menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa, autokratik kroni dan ketidakadilan pentadbiran,
memelihara hak kelangsungan hidup dan kepentingan wajar, masih belum meningkat
kepada peringkat pembaharuan sistem
politik dan ekonomi yang
tidak munasabah, dan pengubahan
tuntas ke atas masyarakat.
Keenam, kita juga harus nampak bahawa kehidupan masyarakat
negara kita telah muncul perubahan yang sangat besar, antara lain perubahan
hubungan pengeluaran perusahaan dan pertanian;
majoriti guna tenaga buruh kolar biru terdiri dari
pendatang asing, dan daerah desa mengalami pembandaran.
Daripada perubahan pendapatan nasional perkapita, kita dapat
nampak akan situasi semasa negara kita dan perubahan yang dialami. Berdasarkan
piawaian statistik antarabangsa, pada takat 2006, Malaysia
merupakan negara berpendapatan
sederhana ke atas, masih wujud jarak cukup jauh untuk melangkah ke negara
berpendapatan tinggi. Singapura adalah negara yang telah mendekati negara
berpendapatan tinggi. Pendapatan
nasional per kapita negara kita sebagai berikut: RM763 pada
1950, RM812 pada 1960, RM1070 pada 1970, RM3,703 pada
1980, RM6,298 pada 1990, RM13,378 pada 2000, RM19,849, pada 2006, RM24,131 pada 2009. Kadar
pertumbuhan KDNK negara kita sebagai berikut: 9% pada 1990, 9.9% , pada 1993,
1% , pada 1996, -7.3% pd 1998, 6% pada 1999, 8.7% pada 2000, 0.5% pada 2001,
5.4% pada 2002, 5.8%-6.8% pada 2003-2011.
Mari kita tinjau lagi perkembangan pembandaran negara kita.
Berdasarkan data Bank Dunia, perkadaran populasi bandar negara
kita sebagai berikut;
62% pada 2000,
71.15 pada 2009, 72%
pada 2010, 72.7%
pada 2011, tergolong dalam
negara yang pembandarannya lebih tinggi.
Ketujuh, kita juga harus nemahami bahawa kita mendorong maju
pergerakan pembaharuan masyarakat pada zaman teknologi maklumat
dan di dalam keadaan mengalami
landaan hebat arus besar globalisasi:
Landaan yang datangnya dari zaman teknologi maklumat,
hubungan antara manusia bentuk baru yang muncul dalam
masyarakat, tidak akan menimbulkan
masalah pertemuan sesama manusia, masalah jarak
dan masa. Di
dalam dunia maya yang merentas
perbatasan negara, orang-orang amnya
dan orang muda khasnya boleh menuntut ilmu pengetahuan, mencari
pekerjaan, mengenal handai taulan, bertukar maklumat, memperkembangkan
organisasi dan mengubah kehidupan.
Di bawah landaan arus
besar globalisasi, keluarga Cina secara umum menjadi
internasionalisasi, iaitu
ahli keluarga amnya
dan generasi muda khasnya memiliki kewarganegaraan yang berlainan kerana
melanjutkan pelajaran atau bekerja
di luar negeri.
Keluarga internasionalisasi sedemikian muncul juga dalam golongan
generasi muda kaum-kaum lain. Oleh yang demikian, identiti dan kepaduan negara
juga muncul perubahan yang berlainan di bawah syarat baru.
Bertolak dari realiti
tersebut di atas itu, semua orang
yang benar- benar dan dengan sepenuh hati mendorong pergerakan pembaharuan
masyarakat, haruslan sungguh-sungguh meneliti dan menyelidik untuk mencari
jalan perkembangan yang sesuai dengan keadaan negara, dengan demi-kian barulah
mampu memandu pergerakan pembaharuan masyarakat negara kita ke hala tuju yang
tepat.
Sumber: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia,
Bilangan 32, 30 Jun 2014
Ulasan