Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

PILIHAN GAMBAR SUASANA AIDILFITRI DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
28 Julai 2014, Aidilfitri nan mulia disambut sederhana di Kampung Perdamaian Sukhirin. Sebagaimana lazim, selesai solat sunat Aidilfitri, warga sini memenuhi kediaman Bapa Abdullah C.D. untuk bersalaman mengucapkan selamat hari raya dan memohon ampun maaf zahir dan batin. Apabila petang menjelma, kampung ini akan sepi beberapa ketika kerana sebahagian penghuni pulang  ke kampung asal menemui ibu bapa atau sanak saudara. Berikut adalah pilihan gambar suasana Aidilfitri di kampung tersebut.

PESANAN AIDILFITRI DARI PENGERUSI PSM

Imej
PESANAN AIDILFITRI DARI PENGERUSI PSM Oleh Dr. Nasir Hashim    Terlebih dahulu saya bagi pihak PSM, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Suasana Raya tahun ini diselebungi dengan perasaan sedih apabila kita mengenangkan mangsa trajedi MH 17. PSM mengucupkan takziah kepada ahli keluarga dan saudara-mara mereka. Hari Raya yang mulia ini agar memberi ribuan makna kepada kehidupan kita yang seterusnya. Umat Islam menempuhi bulan puasa dengan penuh kegembiraan dan ketabahan mengharungi pelbagai cabaran harian. Ada yang mengharap pencerahan spiritual dan ada pula berlumba, bentes membentes menghiasi rumah masing-masing, membeli pakaian baru, membuat kuih-muih dan bersiap sedia untuk balik kampung menemui ibu bapa dan sanak saudara. Ingin menceritakan apa yang sudah berlaku pada tahun yang lalu (mungkin ditokok tambah hendak menyedapkan cerita!!). Ada pula membeli kereta baru, ingin memberitahu bahawasanya mereka sudah berjaya hidup di bandar. Ada yang terlalu terikut-iku

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI RAKAN SEPERJUANGAN

Imej
UCAPAN SELAMAT AIDIL FITRI PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA Tarikh: 26 Julai, 2014 Kawan Abdullah C. D. yang dihormati dan Ketua Kampung beserta segenap kawan seperjuangan di Kampung Perdamaian Shukirin dan Kampung Perdamaian Kabang Bersempena Hari Raya Aidilfitri, saya atas nama Persatuan ini dengan segala hormatnya melafazkan ucapan selamat Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada semua kawan seperjuangan yang jauh di mata dekat di hati, semoga semuanya berada dalam keadaan selamat sejahtera dan gembira berhari raya. Mudah-mudahan ibadah puasa yang kalian tunaikan sepanjang Ramadan al-Mubarak 14334 H. mendapat pahala berlipat ganda. Tahun ini kampung kalian telah mengadakan pelbagai aktiviti penting seperti maraikan hari Jadi ke-90 Pak Abdullah C.D., memperingati Ulang Tahun Ke-65 Reimen Ke-10 dan lain-lain lagi. Kami berasa bangga dan merakamkan tahniah atas kejayaan kalian. Akhirnya marilah kita saling bermaafan dan terus mengekalkan semangat k

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Imej
 Kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada sanak saudara muslimin muslimat yang berada di Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina dan seluruh planet bumi ini. Semoga kita semua mendapat rahmat dan Hidayat Yang Maha Kuasa.  Daripada: Warga Kampung Perdamaian Sukhirin M.13 Ban Chulabhorn Patana 12 A. Sukhirin, C. Narathiwat South Thailand

PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG BANGSA DAN KEMUNCULAN KELAS BURUH MALAYA

Imej
 Semenanjung Tanah Melayu Pembentukan Masyarakat Berbilang Bangsa  dan Kemunculan Kelas Buruh Malaya Oleh  Cuan Pembentukan Masyarakat Berbilang Bangsa Malaya (kini Malaysia) terletak di sisi khatulistiwa, merupakan hub Asia Tenggara, menguasai l a luan air selat Melaka, merupakan persimpangan laluan air antara Timur dan Barat. Selama dua ribu tahun ini terus menjadi laluan penting perdaga ngan . Oleh itu ia juga merupakan tempat percantuman umat berbilang bangsa. Ia juga pernah menjadi hub tumpuan pelbagai budaya dan agama seperti Bu d dha, Hindu dan Islam. Berkumpulnya aspek-aspek perdagangan, kebudayaan, agama dan sebagainya memberi impak amat mendalam kepada masyarakat Malaya amnya dan kepada aspek kemajuan tamadun khasnya. Semenanjung bumi Malaya telah merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemudian, untuk menyelesaikan per-juangan rakyat Kalimantan Utara menuntut kemerdekaan, penjajah British telah mencantumkannya ke dalam Malaysia pada 16 September 1963, Pencatuman itu

APA KATA MAHATMA GHANDI MENGENAI PALESTINE

Imej
Konflik Israel Palestin bukan perkara baru, ia sudah berlangsung hampir seratus tahun dahulu. Konflik ini merupakan salah satu dari agenda jahat kuasa-kuasa imperialisme yang mahu membelah bahagi bumi ini mengikut kepentingan mereka. Apapun, itulah sifat sebenar kaum imperialis sebagai tahap tertinggi dari sistem kapitalisme. Yang amat dikesalkan ialah masih ada di antara kita yang tidak dapat mengenal dengan tepat masalah ini, ada yang secara lahirnya menyokong perjuangan adil rakyat Palestin tetapi secara diam-diam bercumbu-cumbuan dengan kaum Zionis Isreal. Berikut adalah sebuah tulisan dari wall facebook Saudara Aris Awang yang boleh menjadi bahan renungan kepada kita semua untuk memandang konflik ini secara tepat. B ismillahirRahmanirRahim APA KATA MAHATMA GHANDI MENGENAI PALESTINE 76 TAHUN LALU Saya cukup bersimpati kepada masyarakat Yahudi. Saya telah mengenali mereka secara rapat ketika di Afrika Selatan. Ada di antara mereka menjadi sahabat sepa njang haya

SIAPA ABDULLAH C.D.

Imej
Abdullah C.D. adalah seorang tokoh yang sangat diingini dan diburu sama ada hidup atau mati oleh kaum penjajah Inggeris dan kaum berkuasa UMNO. Tokoh ini dilabel sebagai pengganas dan tidak mempercayakan agama. Beliau pernah mendapat pendidikan di Clifford School, Kuala Kangsar. Kerana fikiran beliau yang cerdas terbuka, beliau telah menerima pengaruh progresif dari bangku sekolah lagi, khasnya oleh guru-guru yang demokratik, ahli-ahli KMM dan tokoh veteran revolusi Indonesia tahun 1926 yang tinggal di Malaya (kini Malaysia). Demi cita-cita kemerdekaan tanah air, beliau telah menyertai KMM, PKMM dan PKM. Beliau adalah rakan seperjuangan akrab tokoh nasional yang terkemuka seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad, Mustapha Hussein dan lain-lain. Pada bulan Mei 1949, beliau telah mengasas dan memimpin Rejimen ke-10, satu-satunya pasukan Melayu yang berjuang melawan penjajah British secara bersenjata untuk kemerdekaan tanah air. Kemudian, pada tahun 19