Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

BAPA ABDULLAH C.D. MERAKAM TAKZIAH ATAS KEMANGKATAN DYMM SULTAN AZLAN SHAH

Imej
Abdullah C.D. dan Allahyarhamah Suriani bertemu DYMM Sultan Azlah dan Permaisuri pada tahun 1998 Sebagai anak Perak, kenalan lama dan rakan sekolah di MCKK, saya merakamkan takziah sedalam-dalamnya atas mangkatnya DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Dua kali perjumpaan mesra dengan almarhum dan permaisuri sentiasa menjadi kenangan manis. Semoga almarhum dicucuri rahmat oleh Yang Maha Kuasa. Bersamaan itu, saya berdoa semoga rakyat Perak sentiasa berada dalam keadaan bahagia dan aman di bawah naungan DYMM dan permaisuri yang baru. Cik Dat Anjang Abdullah Sukhirin, Narathiwat, Selatan Thailand

KAWAN DOLLAH PAHLAWAN CILIK REJIMEN KE-10

Imej
SEMPENA MEMPERINGATI 65 TAHUN REJIMEN KE-10 Di mana ada perjuangan di situlah ada pengorbanan. Dalam perjuangan untuk menghalau penjajah Inggeris demi kemerdekaan tanah air, tak terhetong banyaknya para pahlawan telah menumpahkan darah. Salah satu di antara mereka ialah pahlawan cilik berasal dari Kampung Tanjung Batu Temerloh, Pahang. Beliau ialah Kawan Dollah. Untuk mengenangi pahlawan kecil ini, Bapa Abdullah C.D. telah mengabadikan kisah heroik Kawan Dollah dalam Memoir Bahagian Kedua beliau PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10. Berikut adalah salinan dari tulisan tersebut. (Gambar kiri bukan Kawan Dollah tapi seorang perajurit kecil Rejimen Ke-10) Pahlawan Dollah - Perajurit Kecil yang Tak Takut Mati Menyebut kisah Kampung Tanjung Batu, saya tak lupa kisah Dollah. Di bawah ini saya catatkan sedikit kisah pahlawan kecil tersebut. Kampung Tanjung Batu, Daerah Temerloh, adalah antara basis kukuh Rejimen Ke-10. Massa di sini tinggi kesedaran nasionalnya. Dalam m

65 TAHUN REJIMEN KE-10 - PERANG DI HUTAN DAMAI SUDAH, PERANG KELAS MAKIN MEMBARA

Imej
SEMPENA MEMPERINGATI 65 TAHUN REJIMEN KE-10 Ditulis oleh : Mat Hassan Ini adalah sebuah tulisan sempena memperingati 65 tahun penubuhan Rejimen Ke-10 TPNM. Namun jauh sekali untuk mempersembahkan naratif sejarah Rejimen-10. Tulisan ini lebih kepada bertujuan untuk bertanyakan kaum muda, yang hidup dizaman sekarang didalam keadaan latar yang berbeza, bagaimana mereka ingin membina gerakan dan mengharungi perang kelas dizaman yang mencabar ini. "Seluruh lembaran sejarah masyarakat manusia yang wujud setakat hari ini adalah merupakan sejarah perjuangan kelas"- Marx dan Engels “Kita orang proletariat, pagi-pagi harus belajar dahulu”— itu kata-kata SutanDjenain, seorang anggota Sarekat Islam Merah Indonesia kepada Abdullah CD dalam pertemuan mereka di ‘Rumah Merdeka’,Kampong Baru,Kuala Lumpur lebih 60 tahun dahulu. Maka melalui pelajaran timbul kesedaran dan daripada kesedaran akan membara api perjuangan. Tidak berapa lama selepas itu, pada tanggal 21 haribulan

UCAPAN KAWAN INDRADJAYA DI MAJLIS MEMPERINGATI 65 TAHUN REJIMEN KE-10

Imej
SEMPENA MEMPERINGATI 65 TAHUN REJIMEN KE-10 Bapak Abdullah C.D., Pengerusi Parti Komunis Malaya dan satu-satunya pengasas Rejimen Ke-10 yang masih ada, yang dihormati dan dikasihi, Kawan Indradjaya sedang menyampaikan ucapan Para pegawai dari Pejabat Daerah Sukhirin yang dihormati, Pegawai Penghubung dari pihak tentera yang dihormati, Para tetamu dari Malaysia yang dihormati, Kawan-kawan dan saudara-saudari yang dihormati, Salam mualaikum warahmatullahi wabarahkatuh, A.D.O. Sukhirin Pada 21 Mei 65 tahun yang lampau, di satu tempat yang bernama Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang telah dilangsungkan satu upacara yang ringkas tapi khikmat, iaitu upacara penubuhan Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) pimpinan Parti Komunis Malaya (PKM). Kita sebut upacara itu ringkas tapi khikmat kerana ia hanya disertai oleh 17 orang anggota asas Rejimen Ke-10, tapi ia mempunyai erti yang amat besar. Semenjak hari itu, walaupun menghadapi seribu satu kesulitan

MAJLIS MEMPERINGATI 65 TAHUN REJIMEN KE-10

Imej
SEMPENA MEMPERINGATI 65 TAHUN REJIMEN KE-10 2 orang anak bekas perajurit menjadi pengacara majlis Bapa Abdullah C.D. pegawai2 pemerintah Sukhirin Pada 16 Mei 2014, sebuah majlis sederhana untuk memperingati 65 tahun berdirinya Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya telah diadakan di perkampungan bekas perajurit Rejimen Ke-10 di Ban Chulabhorn Patana 12 atau Kampung Perdamaian Sukhirin. Majlis itu dihadiri oleh bapa Abdullah C.D., pegawai pemerintah Daerah Sukhirin, rakan2 dari Thailand dan Malaysia dan bekas komender dan perajurit Rejimen Ke-10 yang menjadi warga kampung tersebut. Majlis yang sepatutnya dilangsungkan pada 21 Mei itu telah diperawal kepada 16 Mei untuk memberi kesempatan kepada anak2 bekas perajurit iktu serta kerana mereka akan meninggalkan kampung ke asrama sekolah masing2 pada 18 Mei. A.D.O, Sukhirin menyampaikan ucapan Dalam Majlis ringkas itu, Kawan Indradjaya telah menyampaikan ucapan alu-a

ABDULLAH C.D. DAN KESATUAN BURUH (5)

Imej
Pembentukan PMFTU Abdullah C.D. tahun 1950 Kira-kira awal tahun 1946 iaitu tidak lama setelah saya menjadi Ketua Kesatuan Buruh Melayu Selangor, pihak organisasi PKM meminta saya pergi ke Singapura untuk satu urusan penting. Saya diharuskan menunggu di pejabat buruh Singapura. Apa tugas penting itu tidak pula diterangkan secara jelas. Di pejabat buruh itu saya bertemu dengan Bizar Ahmad, dia sedang sibuk menyusun kaum buruh Melayu. Dalam pertemuan itu dia menyebutkan bahawa gerakan buruh Melayu agak lambat dan susah dibangkitkan berbanding buruh kaum lain. Saya terangkan kepadanya bahawa masa itu penjajah British telah mendahului kita dengan menubuhkan kesatuan buruh kuning di kalangan buruh-buruh Melayu, manakala buruh Tionghua dan India sudah ada organisasinya yang kukuh. Saya memberitahunya, pada peringkat ini dia harus berusaha menyedarkan mereka supaya menjadi ahli kesatuan buruh yang progresif. Masa itu Bizar belum mengetahui saya adalah Ketua Kesatuan Buruh Melayu