Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

LAGU PKM BINTANG MERAH BERCAHAYA

LAGU PKM BINTANG MERAH BERCAHAYA

PKM BINTANG MERAH MERCAHAYA PKM bintang merah bercahaya Laksana mentari di alam maya Gugah rakyat bebaskan Malaya Merintis jalan ke komunisme Tiga puluh April hari nan mulia Lahirlah PKM parti kita tercinta Jasa besar lawan imperialism Untuk pembebasan rakyat jelata Puluhan tahun bertempur hebat Menempuh jalan perang rakyat Berdentam dentum senapang gema kuat Istana syaitan terkepung rapat Teguh pertahankan Marxisme Leninisme Tegas melawan revisionism Sumbangan mulia pada revolusi dunia Hidup PKM selama-lama

ABDULLAH C.D. DAN KESATUAN BURUH (2)

Persatuan Seniman Di Kuala Lumpur terdapat satu kumpulan opera yang agak popular, iaitu Sri Arjuna Opera. Ketua kumpulan ini bernama Malik. Persembahannya agak progresif dan menarik. Pada suatu kali, selepas menonton, saya pergi bertemu dengan kumpulan opera tersebut sebagai wartawan untuk mengambil berita. Kebetulan Malik mempunyai seorang anak perempuan berumur lebih kurang enam hingga tujuh tahun. Dia pandai menari dan membuat pertunjukan. Saya memberi perangsang kepada budak perempuan itu dengan berkata: “Lain kali buat pertunjukan dengan lebih bagus, pak cik akan memberikan hadiah.” Benarlah kemudian budak perempuan itu membuat pertunjukan dengan baik, lalu saya tunaikan janji saya. Lepas itu saya lihat orang lain juga ikut memberikan hadiah kepada anak perempuan itu. Sebagai wartawan akhbar Pelita, saya bertanyakan beberapa soalan kepada anggota kumpulan opera itu. Antaranya soal kehidupan, soal persembahan, persiapan atau latihan dan ganjaran. Mereka memberikan jawapan de

ABDULLAH C.D. DAN KESATUAN BURUH (1)

Imej
Abdullah C.D. 1947 Nama Abdullah C.D. sudah tidak asing lagi dari arena politik tanah air. Mengikut Mustapha Hussein, Abdullah C.D. adalah anggota Kesatuan Melayu (KMM) yang termuda. Selepas Jepun menyerah kalah, beliau terlibat dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat. Di samping itu beliau juga adalah pemimpin kesatuan buruh Melayu. Beliau bertanggungjawab membawa kesatuan Buruh Melayu bergabung dalam kesatuan buruh terbesar berbilang kaum Malaya ketika itu   PMFTU (Pan Malayan Federation of Trade Union). Beliau telah dipilih menjadi Naib Pengerusi PMFTU. Bersempena ketibaan 1 Mei tahun ini, KINI DAN SILAM akan menyiarkan beberapa bahagian tulisan beliau berkenaan penglibatannya dalam kesatuan buruh. Tulisan-tulisan ini dipetik dari Memoir bahagian pertama beliau. Kelas Proletariat Cita-cita untuk kemerdekaan tanah air dan bangsa yang tersemat di dada saya lebih diperdalam dan diperteguh a

BELASUNGKAWA MENDALAM ATAS PEMERGIAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN

Imej
Kawan Ahtie(Banglang) Kawan Ahtie Kawan Ahtie, warga Kgampung Perdamaian Banglang meninggal pada 23 Januari, upacara pengbumian diadakan di Yala, Thailand. Beliau telah menghabiskan hari hidupnya demi usaha revolusi ketika 86 tahun. Ahtie, lahir pada 1929 di Teochew, China. Pada 1934. dia mengikut ayahnya berpindah ke Malaya dan tinggal di Gurun, Kedah. Setelah Jepun menduduki Malaya pada  1941, Ahtie menjadi penyampai maklumat dan kemudian menjadi perajurit Tentera Anti-Jepun. Setelah Jepun menyerah kalah, Tentera Anti-Jepun di-bubarkan, dia balik kampung menjadi rakyat  semula.   Ketika Perang Anti-British meletus pada 20 Jun 1948, dia masuk Tentera Pembebasan menjadi perajurit. 1951, dia menyusun lasykar rakyat di Gurun dan melakukan beberapa kali pertempuran. 1952 menyertai banyak kali pertempuran. 1953 menjadi ahli PKM. Dia pernah bertugas sebagai pengawal kepada Chin Peng, AhYan, Ah He, Abdullah C.D. dan Rashid Maidin. Setelah Rundingan Baling 1955, dia