RASHID MAIDIN PULANG KE REJIMEN KE-10 – Abdullah C.D.
![]() |
Rashid Maidin bersama kader2 Kompeni Ke-23 Rejimen Ke-10 |
Rashid Maidin Sertai Revolusi Bersenjata
Selepas perkumpulan di Sekolah Parti Kem Se-Malaya, Rashid Maidin dan Kamarulzaman Teh tertangkap. Saya juga kena tangkap, tapi dapat segera melepaskan diri. Mei 1949, saya menubuhkan Rejimen Ke-10. Pada tahun 1952, Rashid Maidin dapat melepaskan diri dari penjara dan bergabung dengan pasukan Melayu di Melaka, kemudian bergabung pula dengan Rejimen Ke-10. Kamarulzaman Teh mendapat murah hati DYMM Sultan Pahang yang membatalkan hukuman gantung menjadi penjara seumur hidup. Pada tahun 1962 beliau dibebaskan dan menyertai Partai Rakyat Malaya.
Pada suatu hari dalam tahun 1952, rombongan utusan membawa surat dari Chen Ping yang memberitahu bahawa Rashid Maidin telah melarikan diri dari tahanan dan bergabung dengan pasukan, saya diminta pergi ke Bentong untuk bertemu dengan Rashid dan bermesyuarat. Dengan itu saya dan beberapa pengawal pergi ke Bentong.
Di Bentong, Chen Ping, Rashid Maidin dan Musa sudah menunggu ketibaan saya. Dalam pertemuan yang amat mengharukan ini, kami berpelukan, masing-masing keluar air mata. Rashid menyimpan rambut dan jambang yang panjang. Kerana rupa Rashid yang luar biasa itu, Rosmah datang menemui saya dan bertanya: "Orang apa ini Bong". Rashid bernazar tak mahu bercukur selagi tidak bertemu saya. Dalam pertemuan inilah Rashid menunaikan niatnya mencukur janggut dan jambangnya yang panjang itu.
Masa itu kami masing-masing memakai nama samaran. Chen Ping memakai nama Ali manakala Rashid Maidin memakai nama Buana. Oleh itu tak ramai kawan mengetahui identiti mereka yang sebenarnya. Inilah pertemuan dengan Rashid Maidin setelah berpisah di Sekolah Parti Kem Se-Malaya pada tahun 1948, kira-kira 3 tahun.
Rashid Maidin Pulang ke Rejimen Ke-10
Selesai mesyuarat, saya dan Rashid Maidin pulang ke Rejimen Ke-10, Musa tinggal di Bentong memimpin kerja bahagian propaganda di situ. Pada masa itu Pejabat Penerbitan juga telah dipindahkan ke Bentong.
Rashid Maidin Pulang ke Rejimen Ke-10
Selesai mesyuarat, saya dan Rashid Maidin pulang ke Rejimen Ke-10, Musa tinggal di Bentong memimpin kerja bahagian propaganda di situ. Pada masa itu Pejabat Penerbitan juga telah dipindahkan ke Bentong.
Kepulangan Rashid Maidin ke Rejimen Ke-10 ibarat ikan pulang ke lubuk, mempunyai erti besar bagi pasukan. Oleh itu kami mengadakan sambutan yang luar biasa untuk menyambut beliau dan merayakan kemenangan beliau melepaskan diri dari penjara.
Ketika inilah saya secara rasmi membentuk pejabat Markas Besar Rejimen Ke-10 di Semantan. Jadi perayaan kami menjadi lebih bererti lagi. Untuk memperbesar lagi anggota pasukan Markas Besar, saya menarik Platun 1 ke dalam pasukan Markas Besar. Kemudiannya beberapa orang kawan lagi juga dimasukkan ke dalam pasukan Markas Besar. Antara mereka yang masih saya ingat ialah:
1. Duwi
2. Mat Noor
3. Dilu
4. Atom
5. Rejemah
6. Siti
7. Ismail
8. Bakar (Anuar)
9. Hatta
10. Rosmah
11. Latif
12. Sulaiman
13. Junit
14. Yassin
15. M. Ali
16. Nusi
17. Agus
18. Napi
19. Zam
20. Tuah
21. Asmat
22. Waiming
23. Tahir
24. Hamid
25. Madun
26. Jalil
27. Saudah
![]() |
Junid @ Suti |
Selepas itu, Rashid Maidin bersama pengawalnya datang ke ladang kami di Kuala Krau. Unit produksi di situ mengadakan perayaan menyambutnya. Dalam ucapannya Rashid Maidin memberikan arahan-arahan baru untuk mempermaju kerja produksi. Beliau menjadikan ladang itu sebagai markasnya untuk menjalankan kerja menyusun massa di kampung-kampung kawasan Kuala Krau.
Akan tetapi keadaan masa itu memang kusut. Massa rakyat sudah dipindahkan ke dalam kem kurungan. Pada suatu hari, ketika Rashid Maidin dan pengawalnya keluar ke kampung untuk menemui orang ramai, mereka diserang oleh sepasukan AP reaksioner. Maka berlakulah pertempuran yang sengit. Mereka melepaskan tembakan balas sehingga pasukan AP itu lari bertempiaran. Dalam pertempuran itu Rashid Maidin cedera terkena tembakan. Kawan-kawan membawanya balik untuk menerima rawatan.
Rashid Maidin Pimpin Pekerjaan di Perak
Pada akhir tahun 1952, Chen Ping menjemput saya dan Rashid Maidin bermesyuarat dengannya di kawasan Teras iaitu antara Bentong dan Raub. Ketika itu Rashid Maidin cedera di kaki dalam pertempuran di Kuala Krau. Namun semangatnya tinggi. Beliau berpapah pergi menghadiri mesyuarat. Musa Ahmad sudah bertolak ke Pahang Utara, maka itu dia tidak ikut serta dalam perbincangan kali ini.
Rashid Maidin Pimpin Pekerjaan di Perak
Pada akhir tahun 1952, Chen Ping menjemput saya dan Rashid Maidin bermesyuarat dengannya di kawasan Teras iaitu antara Bentong dan Raub. Ketika itu Rashid Maidin cedera di kaki dalam pertempuran di Kuala Krau. Namun semangatnya tinggi. Beliau berpapah pergi menghadiri mesyuarat. Musa Ahmad sudah bertolak ke Pahang Utara, maka itu dia tidak ikut serta dalam perbincangan kali ini.
Dalam perbincangan itu Chen Ping menyimpulkan bahawa Rejimen Ke-10 masih utuh. Beliau menyebutkan Rejimen Ke-10 di Temerloh, Pahang Timur dan Pahang Barat tetap utuh dan mantap, sokongan massa Melayu dan Orang Asli masih teguh, pasukan Melayu bahagian Selangor dan Negeri Sembilan juga masih utuh.
Kerana syarat-syarat tersebut, Chen Ping bersama kami merangka untuk mendirikan batalion Rejimen Ke-10. Mengikut kajian kami boleh mendirikan 3 batalion, iaitu satu di Pahang, satu di Selangor dan Negeri Sembilan dan satu lagi di Johor. Saya akan menjadi panglima untuk kesemua batalion tersebut.
Dalam mesyuarat itu juga Chen Ping memberitahu rancangan untuk mendirikan 2 badan untuk mengarahkan perjuangan iaitu Dewan Sentral Komiti Selatan Malaya (DCCSM) dan Dewan Sentral Komiti Utara Malaya (DCCUM).
Sementara itu, Chen Ping memutuskan Rashid Maidin memimpin kerja bahagian Melayu di Perak dan kerja penerbitan. Musa Ahmad pula diputuskan bergerak di Pahang Utara.
Selepas mesyuarat itu, Rashid Maidin dan beberapa orang pengawalnya bertolak ke Perak bersama rombongan utusan. Di Perak mereka bergabung dengan Rejimen Ke-5. Dalam Rejimen Ke-5 terdapat 1 platun khas kawan India.
Dalam pada itu Musa Ahmad bersama 1 platun bergerak ke Pahang Utara bergabung dengan Rejimen Ke-11. Saya menghantar sejumlah kawan-kawan dari Platun 3 yang pada umumnya terdiri dari kawan-kawan yang datang dari Johor ke dalam regu Musa Ahmad. Dengan ini kekuatan mereka agak besar juga. Kawan-kawan itu terdiri dari 26 orang kawan, antaranya ialah:
1. Ani
2. Asmara
3. Razali
4. Said
5. Robi
6. Rokes
7. Malik
8. Khalil
9. Musbah
10. Adam
11. Rayuan
12. Karim
13. Samsiah
14. Minah
15. Jamaluddin
16. Salim
17. Bomo
18. Awang Nong
19. Yaman
20. Sukur
21. Nasir
22. Darus
23. Mamat
24. Pak Ngah
25. Aida
1. Ani
2. Asmara
3. Razali
4. Said
5. Robi
6. Rokes
7. Malik
8. Khalil
9. Musbah
10. Adam
11. Rayuan
12. Karim
13. Samsiah
14. Minah
15. Jamaluddin
16. Salim
17. Bomo
18. Awang Nong
19. Yaman
20. Sukur
21. Nasir
22. Darus
23. Mamat
24. Pak Ngah
25. Aida
Di Kampung Lamai, Pahang Utara terdapat ramai lasykar rakyat. Mereka mempertahankan kampung halaman mereka dan menentang gerakan pindah paksa yang dipaksakan penjajah British. Walau bagaimanapun British dengan keras memaksa mereka. Akhirnya tinggal wanita mempertahankan kampung halaman mereka.
Setelah Rashid dan Musa bertolak, saya pun balik ke Markas Besar di Semantan. Dalam masa yang singkat itu situasi berubah secara mendadak. Ketua Platun 5, Manap terkorban di Pahang Timur. Sebelumnya, keadaan di Platun 5 agak mantap kerana Battalion African Rifles yang dulu ditugaskan di Temerloh dihantar ke Pahang Timur. Pasukan ini bersimpati kepada perjuangan bersenjata. Akan tetapi sehingga penghujung tahun 1952, pasukan ini ditarik balik ke Kenya dan diganti dengan Batalion Askar Gurkha. Manap, yang belum mengetahui hal itu seorang diri keluar ke kampung menemui massa. Hari pertama askar Gurkha itu sampai, mereka telah melakukan penggeledahan di kampung-kampung. Ketika itu Manap bersama orang ramai berada di kedai kopi. Bila nampak Manap seorang diri, askar Gurkha telah menyerangnya. Manap melakukan pertempuran dengan gagah berani. Dalam pertempuran itu beliau telah gugur dengan perwira. Ketika menghembuskan nafas terakhir, muncung senapangnya masih mengeluarkan asap.
Selain itu, di Selangor, Ismail anggota peringkat Negeri JKM menyerah diri. Di Johor Mat Indera tertangkap dan dihukum gantung. Selain itu kader-kader penting lain juga terkorban. Kadir Murei’ih terkorban terkena racun dari pengkhianat, manakala Atan Karim terkorban dalam pertempuran. Ini menyebabkan kawan-kawan menderita kerugian berat.
Sumber: Memoir Abdullah C.D.
siaran terkait: http://matamin02.blogspot.com/2010/01/rashid-maidin-melepaskan-diri-dari.html
Ulasan