RASHID MAIDIN PULANG KE REJIMEN KE-10 – Abdullah C.D.

Rashid Maidin bersama kader2 Kompeni Ke-23 Rejimen Ke-10 Rashid Maidin Sertai Revolusi Bersenjata Selepas perkumpulan di Sekolah Parti Kem Se-Malaya, Rashid Maidin dan Kamarulzaman Teh tertangkap. Saya juga kena tangkap, tapi dapat segera melepaskan diri. Mei 1949, saya menubuhkan Rejimen Ke-10. Pada tahun 1952, Rashid Maidin dapat melepaskan diri dari penjara dan bergabung dengan pasukan Melayu di Melaka, kemudian bergabung pula dengan Rejimen Ke-10. Kamarulzaman Teh mendapat murah hati DYMM Sultan Pahang yang membatalkan hukuman gantung menjadi penjara seumur hidup. Pada tahun 1962 beliau dibebaskan dan menyertai Partai Rakyat Malaya. Pada suatu hari dalam tahun 1952, rombongan utusan membawa surat dari Chen Ping yang memberitahu bahawa Rashid Maidin telah melarikan diri dari tahanan dan bergabung dengan pasukan, saya diminta pergi ke Bentong untuk bertemu dengan Rashid dan bermesyuarat. Dengan itu saya dan beberapa pengawal pergi ke Bentong. Di Bentong, Chen Ping, R