Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

RINGKASAN PERJALANAN HIDUP BEKAS KETUA AWAS PAHANG DAN BEKAS KOMANDER REJIMEN KE-10 SITI NORKIAH MAHMOOD BAGINDA

Imej
Siti Norkiah @ Kawan Minah Siti Norkiah Mahmood Baginda adalah seorang pejuang kemerdekaan tanah air yang teguh. Setengah abad dari usianya disumbangkan kepada usaha kemerdekaan tanah air. Pembaktian terakhir beliau ialah dengan menyertai perjuangan bersenjata untuk kemerdekaan dan pembebasan tanah air bersama Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya selama 40 tahun. Jiwa beliau adalah jiwa anti pejajahan. Nenek moyangnya pernah ikut serta dalam perang Bahaman menentang penjajah British di Pahang. laporan riwayat hidup kepada organisasi parti Siti Norkiah dilahirkan di Kampung Sempalit Luar, pinggir Banda Raub. Mengikut catatan tangan beliau yang dibuat pada tahun 1963 menyebut “masuk dalam revolusi umur  26 tahun". Menyertai revolusi bererti memasuki perjuangan bersenjata, juga membawa makna tahun 1948. Mengikut pengertian ini beliau dilahirkan pada tahun 1922. (Kini dan Silam berpendapat catatan tangan ini lebih tepat memandangkan ia ditulis pada masa

TENTERA PEMBEBASAN NASIONAL MALAYA

Imej
Hari ini pada 1 Februari 1949, Jawatankuasa Pusat PKM telah merasmikan Markas Agung dan pasukan gerila Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Tentera Pembebasan Nasional Malaya adalah sebuah pasukan tentera anak rakyat berbagai kaum Malaya yang berjuang untuk menghalau penjajah British demi kemerdekaan penuh dan pembebasan tanah air. Pada 20 Jun 1982, tentera ini diubah namanya menjadi TENTERA RAKYAT MALAYA. "Jawatankuasas Pusat Parti Komunis Malaya dan Markas Agung Tentera Pembebasan Nasional Malaya memutuskan: Dari hari pernyataan ini dikeluarkan, nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya diubah menjadi Tentera Rakyat Malaya, namun demikian, hari tentera, bendera dan topi tentera, peri laku dan disiplin tentera, nama unit dan system organisasi pasuikan dan sebagainyatidak diubah." (pernyataan bersama Jawatankuasa Pusat PKM dan MA TPNM 20 Jun 1982). Tentera Rakyat Malaya dibubarkan mengikut syarat-syarat  yang ditandangani dalam perdamaian Hadyai pada 2 Disembe