Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

TEKS UCAPAN SAUDRA AZIZ SURIANI SEMPENA MEMPERINGATI 25 TAHUN PERJANJIAN DAMAI HADYAI

Imej
UCAPAN MEMPERINGATI PERJANJIAN DAMAI HADYAI KE – 25 Tarikh : 29 Nov.2014 aziz suriani Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Persahabatan Abad 21 kerana telah memberi peluang kepada saya – seorang dari luar untuk berkongsi kisah suka – duka bersama seluruh anggota persatuan ini yang telah diharung dalam tempoh yang begitu panjang. Saya tidak menyertai mana-mana parti politik untuk mencari pengaruh atau kuasa. Jika saya terlibat dalam politik sama ada secara langsung atau tidak langsung maka itu adalah kerana soal kemanusiaan. Saudara-saudara sekelian Perkataan kemanusiaan itu berasal dari kata dasar “manusia” yang tidak membawa apa-apa makna pada sifatnya kecuali ia adalah “ insan” walau bagaimanapun ahli antropologi melihat bahawa “manusia” itu mempunyai makna yang sangat besar iaitu “sejarah”. Manusia mencipta sejarah kerana sifat kehidupannya yang ekpresif dan kolektif, berkembang dalam kitaran dialektika dari suatu ma

25 TAHUN BERLALU JANJIPERDAMAIAN KEPADA BEKAS KOMUNIS MASIH TIDAK TERTUNAI - THE MALAYSIAN INSIDER

Imej
25 tahun berlalu, janji perdamaian kepada bekas komunis masih tidak tertunai  Oleh Hasnoor Hussain dan Looi Sue-Chern Published: 2 December 2014 dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/25-tahun-berlalu-janji-perdamaian-bekas-komunis-masih-tidak-tertunai#sthash.twxIx1Uw.dpuf Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Abdullah Che Dat menonton televisyen di rumahnya di Ban Chulabhorn Pattana 12 di Sukhirin, Narathiwat, Thailand. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Disember, 2014.Perjanjian damai ditandatangani dan pemberontakan pun sudah lama berakhir, tetapi suku abad kemudian, kesedihan terus melanda bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang masih terasa bagaimana janji tidak ditunaikan dan serangan ekoran masa lalu berterusan. Perjanjian damai ditandatangani dan pemberontakan pun sudah lama berakhir, tetapi suku abad kemudian, kesedihan terus melanda bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang masih terasa bagaimana janji tidak dituna

UCAPAN WAKIL RAKAN SEPERJUANGAN DARI SARAWAK DAN SABAH

Imej
(Terjemahan ucapan Kawan. Yu Chin Lik wakil rakan seperjuangan dari Negeri Sarawak dan Sabah Malaysia Timur dalam majlis memperingati ulang tahun ke-25 penantanganan persetujuan damai Hadyai) Kawan Yu Chin Lik sedang menyampaikan ucapan Gen. Suriat, Gen. Chamlong dan Mej. Gen. Manni dari Negeri Thai, Encik Zhang Jin Xiong( 张晋雄 ) Konsol Besar Negeri China Untuk Songkla, Thai, Pengerusi Kehormat K ekal   Persatuan Perdamaian Thai Encik Abdullah C.D. dan Bekas Pemimpin-Pemimpin Parti Komunis Malaya, Pengerusi Persatuan Perdagangan Hadyai Encik Fong Zhi Xiong, Wakil  Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia Encik  Lee Huck Tee  dan para hadirin yang dihormati. Di sini saya mewakili sahabat handai seperjuangan dari Sarawak dan Sabah ingin memberi kehormatan dan ucapkan terima kasih kepada pihak terbabit kerana memberi peluang kepada kami untuk menghadiri perhimpunan malam ini supaya kami boleh menyaksikan upacara perhimpunan Memperingati Ulangtahun Ke-25 Penantatanganan Pers

TEKS UCAPAN KAWAN ABDULLAH C.D. SEMPENA MAJLIS MEMPERINGATI 25 TAHUN PERSETUJUAN DAMAI

Imej
(Teks ucapan ini dibaca oleh Kawan Indra Djaja Abdullah sempena majlis memperingati ulangtahun ke-25 penandatanganan persetujuan damai Hadyai yang diadakan di Lee Gardens Plaza, Hadyai pada 2 Disember 2014) Kawan Abdullah C.D. sedang menurunkan tandatangan pada majlis tersebut Salammualaikum warahmatullahi wabarahkatuh Para tetamu yang dihormati,  Sahabat-sahabat yang dihormati, Kawan-kawan yang dikasihi, Salam sejahtera. Kawan Indra Djaja sedang membacakan teks ucapan Kawan Abdullah C.D. Pada 2 Disember 25 tahun yang lampau, wakil-wakil ketiga-tiga pihak Parti Komunis Malaya, Kerajaan di Raja Thailand dan Kerajaan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Damai Hatyai di Lee Garden Hotel, Hatyai. Dengan demikian, tamatlah perang anti-British dan perang dalam negeri yang berkepanjangan selama 41 tahun, yang bermula dari 20 Jun tahun 1948, satu peperangan yang dipaksakan ke atas rakyat Malaya amnya serta kaum progresif dan Parti Komunis Malaya khasnya

TINJAUN SEMULA TENTANG PERSETUJUAN DAMAI HADYAI

Imej
Tinjauan Semula Tentang Persetujuan Damai Hadyai —— Memperingati Ulang Tahun Ke-25 Penandatanganan Perjanjian ** Afandi ** Hari ulang tahun ke-25 penandatangan Persetujuan Damai Hadyai jatuh pada 2 Disember 2014. Perjanjian damai tiga pihak ini ditandatangani pada 2 Disember 1989 di Hotel Lee Garden Hadyai, Thailand. Upacaranya penuh istiadat dan kemegahan luar biasa, diperhatikan pelbagai pihak dan media sedunia. Persetujuan ini mendatangkan perdamaian dan keamanan kepada negara kita dan selatan Thailand, mengakhiri perang yang telah berlanjutan selama 41 tahun. Perang ini bermula setelah kerajaan penjajah British mengumumkan Darurat pada pertengahan Jun 1948. Di pihak British adalah perang penjajahan, manakala di pihak Parti Komunis Malaya (PKM) dan rakyat adalah perang pembebasan nasional.  Semasa Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957, British memindahkan kekuasaan ke tangan kerajaan yang dipupuknya, menyebabkan perang itu merobah menjadi perang saudara, berterusan hingga

PILIHAN GAMBAR MAJLIS MEMPERINGATI 25 TAHUN PERSETUJUAN DAMAI

Imej
Majlis Memperingati 25 Tahun Persetujuan Damai Hadyai telah dilangsungkan pada 2 Disember 2014 di Hotel Lee Gaedens Plaza, Hadyai, Selatan Thailand. Berikut adalah gambar suasana majlis tersebut.