VETERAN PKM CHEN XIA MENINGGAL DUNIA
Pada 18 Disember 2013, seorang lagi veteran PKM meninggal dunia di Amoi, Provinsi Hokian Republik Rakyat China.
Beliau ialah Chen Xia berusia 98 tahun seorang kader PKM bahagian Singapura.
Beliau ditangkap dan dibuang negeri ke China oleh penjajah Inggeris.
Setakat ini belum ada maklumat terperinci berkenaan Chen
Xia. Mengikut Allahyarhamah Suriani
Abdullah, Chen Xia adalah rakan seperjuangan rapatnya semasa perang melawan
Jepun. Dalam Memoirnya Setengah Abad Dalam Perjuangan menyebut:
“… Hari itu saya hendak bersiap-siap hendak bertolak ke
Singapura pada jam 1 petang, kira-kira pukul 11 pagi, kapal-kapal terbang Jepun
mengaung-ngaung di udara menggugurkan bom. Saya dan juga seorang lagi yang juga seorang anggota parti dan guru
bernama Chen Sia berputar-putar berlindung di sebalik tiang sekolah. Setelah
kapal terbang pergi kami berundur ke sebuah kampung di Chemor….” “Chen Sia pada
akhir pendudukan Jepun menjadi Setiausaha Jawatankuasa Kawasan di Teluk Anson,
Perak di bawah pimpinan Chen Ping, Chen Ping ketika itu menjadi Jawatankuasa
Negeri Perak dan memimpin wilayah selatan…”
Ulasan