PROFAIL RINGKAS KAWAN CHEN XIA SERIKANDI PKM YANG GAGAH BERANI
Disunting oleh Afandi
Pada 18
Disember 2013, veteran PKM, Chen Xia, 98 tahun, meninggal dunia di Amoi,
Provinsi Fujian, Republik Rakyat China. Mendiang Chen Xia seorang veteran
pejuang dan kader kanan PKM.
![]() |
belasungkawan untuk Kawan Chen Xia |
Chen Xia lahir
pada 3 Mac 1917, di Jimei, Amoi. Provinsi Fujian, China (Nama asalnya Chen
Jinxiang, Chen Xia addalah namanya dalam PKM).
Pada 1936, beliau mencapai kelulusan
Institut Perguruan Jimei dan melajutkan pelajaran ke Shanghai, di situlah
beliau menerima pendidikan ideologi komunis. dan masuk Parti Komunis China.
Ogos
1937, Jepun menceroboh dan menduduki Shanghai. Chen Xia meninggalkan Shanghai
dan hendak pergi ke Yan-an, tetapi terpaksa balik ke Amoi kerana tak ada wang.
Dengan bantuan
abangnya Chen Xia bersama rakan karibnya Zeng Yinfen* berpindah mengharungi
laut sampai di Ipoh, Perak, Malaya. Di Ipoh beliau menggabungkan diri dengan
PKM, dan dengan bantuan abangnya di Ipoh, Chen Xia menyelenggara satu sekolah malam
untuk mendidik anak miskin atau buruh. Lee Ming, buruh wanita kilang rokok
belajar dalam sekolah itu sampai tigkatan tiga pada 16 tahun, dan kerena pendidikan
oleh Chen Xia, dia masuk PKM, dan mendewasa menjadi kader PKM.
Pada tahun 1952,
Lee Ming diangkat dari Setiausaha Daerah kepada ahli Jawatankuasa Negeri,
beliau ditangkap oleh penjajah British dan dijatuhi hukuman mati, kemudian
diberi pengampunan Sultan Perak. 1963 dia dibuang negeri ke China.
(Catatan*:
Yinfen menjadi guru di suatu sekolah rendah di Ipoh, dan kemudian bertugas
sebagai utusan Chin Peng.).
Setelah Malaya
diduduki Jepun, Chen Xia berpindah ke Teluk Intan, menyandang ahli Jawatankuasa
Daerah Selatan Perak, memimpin kerja mendirikan organisasi massa seperti Liga
Anti-Jepun dan laskar rakyat anti-Jepun, membentuk kawasan basis di kampung-kampung
nelayan sekitar Hutan Melintang dan Bagan Datuh. Pencapaian kerjanya amat baik.
Menjelang
Jepun menyerah kalah, Chen Xia menghadiri persidangan lengkap Jawatankuasa
Daerah Selatan Perak yang dipimpin oleh Chin Peng. Setelah Jepun menyerah kalah,
laskar rakyat di bawah pimpinan Chen Xia bekerjasama dengan Tentera Anti Jepun
mengawal keselamatan masyarakat. Beliau mengatur kerja mendirikan Jawatankuasa
Rakyat, Kesatuan Buruh, Liga Pemuda Demokrasi Baru, Persatuan Wanita dan
lain-lain lagi.
Kira-kira
penghujung tahun 1945, Chen Xia ditukar kerja ke Singapura, menyandang ahli
Jawatankuasa Badar Singapura. Setelah peristiwa 20 Jun dan Perang Pembebasan Nasional
Anti- British melatus, beliau terus bertugas di Singapura. Kemudian beliau menyandang
Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Singapura.
![]() |
Majlis belasungkawa |
Pada 30 April 1950, beliau
tertangkap oleh pihak berkuasa penjajah British akibat pengkhianatan pembelot.
Beliau dipenjarakan terus-menerus di dalam penjara-penjara atau kem tahanan
Singapura, Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Baharu, menderita segala seksaan kejam,
dalaman tubuh badannya mengalami luka parah. Akan tetapi, walaupun begitu
keadaannya, beliau tetap bersemangat taat setia pada revolusi, bersemangat
tidak tertundukkan dan berpendirian teguh meneruskan kerja untuk revolusi.
Pada Mei 1956,
Chen Xia dibuang negeri ke China. Beliau terus mendapatkan hubungan PKM dan
terus berkhidmat kepada usaha revolusi.
1964-1969, Chen Xia dihantar ke Vietnam
bertugas sebagai wakil Pejabat PKM di Vietnam, memimpin 6 orang PKM yang belajar
ilmu kedoktoran, dan ramai orang PKM yang belajar ilmu ketenteraan di sana.
![]() |
Kalungan bunga dari rakan seperjuangan |
1969, Chen Xia
balik ke Beijing. 1976, beliau berpindah ke Makau dan membeli rumah di sana.
Rumah kediamannya diserahkan kepada PKM menjadi pejabat di Makau. 1998, Chen
Xia kembali ke tanah tumpah darahnya di Amoi dan menghabiskan masa tuanya di
sana.
Komrad Chen
Xia seorang pejuang komunis yang amat teguh, walaupun mengalami luka parah
akibat seksaan kejam musuh, meski pun pergerakan komunis antarabangsa mengalami
kekadasan, situasi dunia juga telah terjadi perubahan radikal, namum beliau
tetap bertekad teguh meneruskan perjalanan revolusi yang dipilihnya sampai
akhir tanpa kesal walau sedikitpun.
Ulasan