MENDAPAT ANUGERAH KAMPUNG ICT
![]() |
En. Muhamad Bakri, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Sukhirin |
Kampung Perdamaian Sukhirin yang terletak jauh di tengah hutan rimba, 60 km dari bandar terdekat dan 32 km dari pekan Sukhirin sekali lagi mendapat perhatian jabatan kerajaan. Kali ini kampung ini mendapat anugerah KAMPUNG TELADAN BIDANG ICT untuk Selatan Thailand.
Mengikut pegawai Jabatan Pembangunan Masyarakat Sukhirin, Encik Mohamad Bakri, penghargaan ini diberi memandangkan kampung ini telah melancarkan blog pada bulan Jun 2009 di mana kemunculan blog di Selatan Thailand belum begitu meluas.
Yang lebih menarik perhatian lagi ialah para penduduknya adalah bekas gerila Rejimen Ke—10 yang baru keluar dari hutan setelah penandatanganan perdamaian Hadyai pada 2 Disember 1989 yang membawa kepada pembangunan Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12.

Hadiah berupa cenderamata itu dikeluarkan pada tahun 2012 tapi kerana sebab-sebab tertentu pada tahun ini baru ia disampaikan secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Daerah Sukhirin.
Ulasan