MELAWAT KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN DAN MERAIKAN HARI JADI KE-90 ABDULLAH C.D.
Pada 9
Ogos, sempena Hariraya Aidilfitri, 18 orang, tua muda dan lelaki wanita
Persatuan Persahabatan Abad Ke- 21 dan
bekas Pasukan Penggempur Ke-5 pergi melawat Kampung Perdamaian Sukhirin.
Kami menaiki 4 buah kereta bertolak pada 5 pagi, kereta berjalan dengan halaju
kira-kira 90 kilometer sejam menuju ke Gerik, kira-kira jam 7.00 pagi tiba di
stesen minyak Gerik, setelah kereta diisi minyak, kami makan sarapan pagi di
suatu medan serela. Setelah siap makan kami memacu kereta masuk ke Lebuhraya
Timur Barat menuju ke Kampung Perdamaian Sukhirin.
Lebuhraya
Timur Barat berliku-liku dan bengkang bengkong, tanjakannya tinggi dan terjal
pula, kereta berjalan tidak begitu laju, setelah melepasi puncak jalan dan
mulai menurun barulah berjalan laju. Kirra-kiar jam 10.00, pagi kami tiba di
pejabat kastam Bukit Bunga, bangunannya kelihatan setanding dengan pejabat
kastam di Pengkalan Hulu, urusan melalui kastam juga diselesaikan dengan cepat.
Namun pajabat kastam Bukit Ta, Thhailand di seberang sungai itu, beberapa bangunannya bagaikan pondok,
pegawainya tak cekap, komputer mengurus kad kereta telah rosak, pegawainya
menyuruh kami supaya pergi ke Sungai Golok. Kami menjelaskan bahawa kami hendak
pergi ke Sukhirin, kalau melalui Sungai Golok jalannya jauh. Pegawai itu
berfikiran liberal dan memberi kelonggaran, ujarnya “boleh lepaslah kalau pergi
ke Sukhirin” . Kami berasa gembira kerana layanan itu.
Tak
lama kemudian, kawan Anas dan anak perempuannya pun sampai. Mereka datang
menyambut kami dengan sebuah kereta Suzuki. Setelah proses peperiksaan
imigresen selesai, Anas bawa jalan, kereta-kereta kami ikut di belakang menuju
arah barat laut..Sepanjang jalan itu
terdapat banyak sekatan jalan yang dikawal oleh askar, namun kami boleh
berjalan tanpa gangguan. Setelah masuk ke simpang jalan ke Kampung permukaan jalannya
banyak legak legok, kereta berjalan perlahan-lahan dan harus dipandu dengan
berhati-hati. Akhirnya kami selamat tiba di tempat tujuann, Kampung Perda-mmaian Sukhirin pada tengah hari.
Kereta-kereta
kami berhenti di depan rumah Kawan Abdullah C∙D, Bekas pimpinan Rejimen Ke-10.
beliau keluar menyambut dan bersalam-salaman dengan kami. Hati kami sangat
gembira kerana beliau kelihatan masih cukup sihat. Kami semua masuk
berturut-turut ke dalam rumahnya dan duduk barbaris dialam ruang tamu.
Sebenarnya kami datang dengan ada persiapan untuk mengawalkan keraian hari jadi
90 tahunnya yang jatuh pada 2 Oktober tahun ini. Sebingkah kek hari jadi yang dibawa khas diletakkan ke
atas meja sebagai hadia hari jadi Bapa Abdullah C.D.. Upacara dimulai dengan
nyanyia lagu hari jadi: “Selamat hari jadi ......Happy birthday to you……”Ketika
nyanyian berhenti, beliau berdiri dan menghembus memadamkan
lilin-lilin di atas kek, bunyi tepukan hangat bertepak-tepak. Bapa Abdullah
C.D. mengambil pisau menghiris kek. Kek hari jadi yang lazat itu dinikmati
bersama oleh Bapa Abdullah C.D dan semua hadirin. Selasai makan, disambung dengan bergambar kenangan, bergambar kenangan
segenap hadirin dan juga beregu sekeluarga atau dua tiga kawan bersama Bapa
Abdullah C.D.. Selesai keraian hari jadi itu, kami pergi ke hostel yang tak
berapa jauh, kawan Ah An dan isterinya tinggal bersama di rumah Abdullah C.D.
selama 2 hari.
Persekitaran Kampung Perdamaian Sukhirin
sungguh indah, rupa bumi rata, jalan lurus. Plan pembangunan kampung terancang
dengan amat baik. Tanahnya subur, banyak sumber alam, banyak pokok buah-buahan menjadi tempat
teduh, burung-burung berkicau dan bunga-bungan semerbak, air
jernih sungai dari bukit disalurkan dengan pancuran ke dalam setiap rumah,
alirannya tidak habis digunakan. banyak penduduk kampung membela ikan dan ayam
itik dengan syarat yang baik itu.
Kampung
itu dibahagikan kepada dua bahagian, 100 keluarga tinggal di bahagian yang
besar, 40 keluarga tinggal di bahagian yang kecil, semuanya 140 keluarga. Jarak
di antar kedua-dua bahagian itu kurang dari 1 kilometer. Ketika mula membina
kampung, penduduknya 200 lebih, kini
sudah meningkat kepada 500 lebih. Ini bermakna generasi baru dalam kampung ini
hampir 300 orang. Di antara dua-dua bahagian kampung itu terdapat sebuah
sekolah rendah, perlengkapannya sempurna. Generasi baru bersekolah di situ,
setelah tamat dan lulus darjah 6 tahun, mereka akan keluar
dari
kampung untuk melanjutkan pelajaran. Kini murid
belajar di situ hanya 80 orang lebih, ini bermakna kebanyakan generasi
baru sudah melanjutkan pelejaran ke sekolah menengah atau universiti. Selain
itu terdapat juga sebuah klinik yang agak besar. Sebuah ambulan ditempatkan di
situ. Ada seorang doktor, katanya
berkebolehan perbidanan,
penyakit-penyakit biasa sudah
tentu boleh diubati.
Bangunan
Muzium Tinggalan Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin sangat indah,
tinggalan-tinggalan sejarah yang dipamerkan juga banyak, di antaranya terdapat
alat-alat perang gerila, alat muzik, alat rakaman, projektor wayang gambar dan
sebagainya. Saya mengenakan kaca mata rabun jauh, hanya memandang sepintas lalu
secara tergesa-gesa, yang memberi kesan mendalam bagi saya ialah beberapa buah
pelita gerila dan sepucuk brengan rampasa dalam satu pertempuran 1949 yang
diarahkan oleh Bapa Abdullah C.D.
Kami
juga pergi menjenguk kawan Siti Norkiah dan beberapa kawan seperjuangan yang
tua dan uzur. Juga mengunjungi kawan-kawan seperjuangan lama Rejimen ke-10 yang
pernah bergaul atau saling bertolong
bantu pada masa silam, kawan-kawan dalam kampung juga datang melawat kami, sama-sama berbual
menceritakan kisah-kisah persahabatan
dan persaudaraan seperjuangan dalam perang gerila silam.
Waktu
pagi sebelum berpisah, kawan Ah An pergi melawat kader lama, kawan Shukur yang
uzur dan kelumpuhan kakinya. Jalan di depan rumah itu lekak lekok, kaki An An
lemah, maka saya menawarkan diri mendukungnya masuk rumah dan naik ke atas
panggung kawan Syukur. baring. Kawan Ah An menyampaikan salam menghiburkan
kawan Shukur sambil memberinya sedikit ubat kesihatan dan wang saku. Kawan
Shukur sangat terharu.
Kawan
Suriani (alias Eng Ming Cheng) telah meninggal dunia beberapa bulan lepas. Pada
pagi keesokannya kami beramai-ramai pergi ke perkuburan menyampaikan
penghormatan, setelah datang di depan kubur Allayarhamah, semua kami berdiri
mengheningkan cipta, kemudian menyampaikan dua jambak bunga segar sebagai tanda
peringatan dan hormat takzim.
Seterusnya
kami pergi mengunjung sebuah kem lama pasukan Rejimen 10 yang telah duduk
selama 5 tahun lebih. Keadaan bumi kem itu amat baik, bahagian belakangnya
rata, bahagian-bahagian kiri, kanan dan depan
terletak di tempat tinggi,boleh menguasai keadaan di bawah.
Satu terowong berbentuk “T” telah dibina dalam kem itu. Tetapi
sesetengahnya telah runtuh kerana kayu merbau yang menunggak terowong itu telah
dikeluarkan untuk membina rumah dalam masa pembangunan kampung. Kawan Anas
sambil berjalan sambil perkenalkan keadaan kem itu, katanya mereka ada
hasrat membina semula kem itu untuk
dilawat oleh pelancong. Yang istimewa di kem itu ialah sebelah kiri dan
kanannya ada dua batang sungai. Airnya jernih dan memberi kemudahan dalam
kehidupan, sebelah kiri untuk lelaki dan kanan untuk perempuan mandi. Sungai
itu dahulunya banyak ikan, katak juga banyak. Dulu pernah menghantar beberapa
ragu pergi menangkap ikan, satu malam sahaja dapat menangkap banyak ikan untuk
dimakan sepuas-puasnya. Walaupun itu adalah cerita masa silam, tapi tetap
menarik. Tugu peringatan pahlawan Kampung Perdamaian Sukhirin dibina di dalam
kem itu. Kami beramai-rami bergambar kenangan di depan tugu peringatan itu.
Malam
10 Ogos, majlis malam bertukar-tukaran pendapat diadakan, Cuma malam itu hujun
renyai-renyai berterus-terusan dan agak banyak penghuni telah keluar
mengunjungi saudara mara bersempen hari raya, maka hadirin agak kurang sedikit,
tetapi banyak kawan yang berucap meluahkan pendapat, mengenang kembali
persahabatan persaudaraan sepanjang masa perjuangan silam. Seterusnya disambung
dengan acara menonton filem dokumentari, sayang sekali tayangan filem terhenti
kerana elektrik terputus akibat hujan lebat. Ketika itu sudah 10 malam, majlis
berakhir dengan saling mengucap selamat malam.
Pagi
11 Ogos, selepas sarapan pagi, kami mengucap selamat tinggal dan bertolak
kembali ke Malaysia. Lawatan kali ini, perjalanan pergi balik berjalan sejauh
700 kilometer lebih, telah mencapai hasil mempertebal persahabatan kawan
seperjuangan di anatara satu sama lain. Kami pergi dengan riang gembira dan
balik dengan selamat, berjalan-jalan dengan girang hati, dan makan minum juga
seronok, semuanya sangat puas hati.
(Lampiran ulasan kawan
Anas: Kami juga ingin merakamkan rasa terima
kasih kami kepada kawan-kawan. Kedatangan kawan-kawan telah memberikan semangat
kepada kami, khususnya anggota-anggota kampung kami. Menurut reaksi yang saya
terima, kawan-kawan anggota kampung kami rata-rata amat gembira dengan ketibaan
kawan-kawan. Mereka secara berkelompok-kelompok tak putus-putus berbua-bual
menceritakan saat-saat ketika bertempur dan hidup bersama-sama kawan-kawan
Tionghua semasa bergerila dulu. Kesemua itu adalah kenang-kenangan manis.)
Sumber: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia, Bilangan 29, 20 September 2013
Ulasan