Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Sejarah Yang Masih Berkata-kata

Sejarah Yang Masih Berkata-kata

VIDEO CATATAN PENGALAMAN ANAK2 MUDA MALAYSIA BERSAMA BEKAS PERAJURIT REJIMEN KE-10

Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya ditubuhkan pada 21 Mei 1949 di sebuah hutan Kerdau, Temerloh, Pahang. Anggota utama atau tulang belakang Rejimen Ke-10 adalah aktivis-aktivis progresif Melayu yang menentang penjajah Inggeris dan mendambakan kemerdekaan penuh ibu pertiwi dari PKMM, API/PETA, AWAS, Barisan Tani Malaya, Kesatuan Buruh Melayu dan lain-lain yang berundur ke hutan rimba untuk mengelakkan tangkapan penjajah Inggeris dalam perisytiharan Darurat 1948. Kewujudan pasukan Melayu ini belum diketahui secara jelas oleh masyarakat hari ini kerana propaganda dan perang saraf penjajah Inggeris dan bonekanya yang telah memberikan berbagai label negatif sehingga tercipta pendapat awam yang serong terhadapnya. Walau bagaimanapun tidak kurang juga tokoh2 masyarakat yang berpandangan maju dan anak2 muda yang cuba menyelongkar sejarah sebenar pasukan ini. 4 bahagian video di bawah adalah hasil nukilan 12 anak muda Malaysia yang berkunjung ke Kampung Perdamaian Suk

MELAWAT KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN DAN MERAIKAN HARI JADI KE-90 ABDULLAH C.D.

Imej
Pada 9 Ogos, sempena Hariraya Aidilfitri, 18 orang, tua muda dan lelaki wanita Persatuan Persahabatan Abad Ke- 21 dan   bekas Pasukan Penggempur Ke-5 pergi melawat Kampung Perdamaian Sukhirin. Kami menaiki 4 buah kereta bertolak pada 5 pagi, kereta berjalan dengan halaju kira-kira 90 kilometer sejam menuju ke Gerik, kira-kira jam 7.00 pagi tiba di stesen minyak Gerik, setelah kereta diisi minyak, kami makan sarapan pagi di suatu medan serela. Setelah siap makan kami memacu kereta masuk ke Lebuhraya Timur Barat menuju ke Kampung Perdamaian Sukhirin.   Lebuhraya Timur Barat berliku-liku dan bengkang bengkong, tanjakannya tinggi dan terjal pula, kereta berjalan tidak begitu laju, setelah melepasi puncak jalan dan mulai menurun barulah berjalan laju. Kirra-kiar jam 10.00, pagi kami tiba di pejabat kastam Bukit Bunga, bangunannya kelihatan setanding dengan pejabat kastam di Pengkalan Hulu, urusan melalui kastam juga diselesaikan dengan cepat. Namun pajabat kastam Bukit Ta, Thha

MENDAPAT ANUGERAH KAMPUNG ICT

Imej
En. Muhamad Bakri, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Sukhirin Kampung Perdamaian Sukhirin yang terletak jauh di tengah hutan rimba, 60 km dari bandar terdekat dan 32 km dari pekan Sukhirin sekali lagi mendapat perhatian jabatan kerajaan. Kali ini kampung ini mendapat anugerah KAMPUNG TELADAN BIDANG ICT untuk Selatan Thailand. Mengikut pegawai Jabatan Pembangunan Masyarakat Sukhirin, Encik Mohamad Bakri, penghargaan ini diberi memandangkan kampung ini telah melancarkan blog pada bulan Jun 2009 di mana kemunculan blog di Selatan Thailand belum begitu meluas. Yang lebih menarik perhatian lagi ialah para penduduknya adalah bekas gerila Rejimen Ke—10 yang baru keluar dari hutan setelah penandatanganan perdamaian Hadyai pada 2 Disember 1989 yang membawa kepada pembangunan Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12. Sudah pasti, kemajuan-kemajuan yang dicapai oleh Kampung Perdamaian ini tak terpisahkan dengan usaha-usaha dan dorongan dari pimpinan kampung ini Ba