KALAUPUN NAK BERBOHONG BIARLAH BERPADA-PADA

Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan yang teramat istimewa
berbanding dengan pasukan2 lain. Pasukan2 sesaudara jelas sangat menyayangi
pasukan Rejimen Ke-10. Setiap tahun Rejimen Ke-10 dan pasukan2 sesaudara
merayakan 21 Mei sebagai hari jadi Rejimen Ke-10. Pada hari yang istimewa ini
pasti kami akan menerima kawat tahniah dari JKP parti, Markas Besar TPNM dan
Kawan Chin Peng.
Selain itu, setiap perajurit Rejimen Ke-10 mendapat 1 topi
TPNM dan 1 songkok Rejimen Ke-10.
Semua ini tidak ada pada pasukan lain walaupun dalam hal2
lain diberikan layanan secara sama rata.
Ketika Rejimen Ke-10 terputus perbekalan, pasukan sesaudara
yang jarak perjalanannya setengah bulan menghantar barang2 keperluan kepada
kami.
Pemimpin2 Rejimen Ke-10 Abdullah C.D,. Suriani, Abu Samah,
Ibrahim Chik adalah anggota JKP PKM manakala Abdullah C.D. adalah Pengerusi dan
ahli politburo JKP. Kebanyakan dasar PKM tentang bangsa dan bahasa Melayu dan
agama Islam datangnya dari Rejimen Ke-10. Di manakah alasannya PKM
mendiskriminasi kawan2 Melayu?
Harap-haraplah, Utusan Malaysia kalaupun nak berbohong biarlah berpada-pada.
Ulasan