JEN. KITTI: CHIN PENG, HO CHI MINH MALAYSIA
![]() |
Jen. Datok Kitti Ratanachaya |
(Isi Pokok Ucapan Jen. Datok Kitti Ratanachaya
di Depan Upacara Pembakaran Jenazah Mendiang Chin Peng)
20 tahun lebih yang lalu, Setiausaha Agong Parti Komunis Malaya (PKM), di Malaysia, adalah seorang pemimpin yang puluhan tahun berjuang melawan negara asing demi pembebasan Malaya. Mendiang adalah musuh nombor wahid British di Asia Tenggara.
Ada orang mengatakan bahawa Chin Peng adalah Ho Chi Minh Vietnam di Malaysia, Jen. Aung San Burma di Malaysia, dan Sukarno Indonesia di Malaysia. Bezanya cuma mendiang tidak berhasil menyelamatkan tanahairnya.
Pada zaman Perang Dunia Ke-2, mendiang bekerjasama dengan tentera British melancarkan kegiatan menentang pendudukan Jepun ke atas Malaysia. Selepas itu, mendiang melanjutkan perjuangan bersenjata selama 12 tahun demi memperjuangkan kemerdekaan dan melawan penjajah British.
British telah mengerahkan kira-kira 100,000 kekuatan tentera untuk menindas PKM. Hampir 10,000 orang anggota kekuatan bersenjata PKM korban di medan perang.
Pada tahun 1961, mendiang Chin Peng pergi ke China.
Pada tahun 1989, mendiang telah melaksanakan tugas terpentingnya sebagai Setiausaha Agong PKM buat kali terakhir, iaitu menandatangani persetujuan damai antara Thailand-Malaysia-PKM, menamatkan konfrontasi bersenjata dan membubarkan pasukan bersenjata PKM.
Dalam sidang akhbar di Upacara Penandatangan Perjanjian Damai 3 Pihak pada 2 Disember tahun 1989, Chin Peng telah membuat ucapan dalam Bahasa Melayu:
“Sebagai warga negara Malaysia, kami berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan tanahair.
“Sebagai salah satu pihak penandatanganan, kami berjanji akan melaksanakan persetujuan-persetujuan ini dengan sebaik-baiknya. Kami akan membubarkan pasukan-pasukan bersenjata dan memusnahkan senjata-senjata kami sebagai menyatakan keikhlasan kami menamatkan perjuangan bersenjata.”
Apa yang saya ceritakan kepada para hadirin yang dihormati sekalian ini hanya sebahagian daripada riwayat hidup mendiang yang gentleman.
Bagi pribadi saya, mendiang adalah “big brother”. Hal ini juga diakui oleh pegawai-pegawai Malaysia yang menyertai perundingan damai di Phuket. Kami memuji mendiang sebagai “big brother” yang dihormati dan disayangi.
Mendiang adalah seorang pejuang yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Mendiang seorang gentleman, tauladan kesetiaan, pengorbanan dan keberanian.
(diterjemah berdasarkan rekaman video di Kuil Wat That Thong, Bangkok pada 23-9-2013)
吉迪上将:
20多年前,在马来西亚,陈平担任马来亚共产党总书记,是数十年
(根据9月23日大金寺庙Wat That Thong 的VCD现场录音译作)
พลเอก กิตติ รัตนฉายา
จินเปงเมื่อยี่สิบกว่าปีที่แล้ว
Ulasan