ALFATIHAH BUAT KAWAN TAHIR KETUA PLATUN REJIMEN KE-10
![]() |
Kawan Tahir |
Kawan Tahir atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibarhim
dilahirkan pada tahun 1935 di Kampng Tualang, Mukim Perak, Temerloh, Pahang.
Bapanya seorang petani, ibunya meninggal semasa beliau masih
kecil. Kerana kemiskinan keluarga, beliau dapat belajar dalam masa singkat
sahaja. Beliau membantu ayahnya memotong getah.
Ketika Jepun menceroboh Malaya, ayahnya seorang aktivis
gerakan anti-Jepun. Dalam masa aman, ayahnya aktif menyokong PKM dan gerakan
kemerdekaan.
Kawan Tahir yang baru memasuki usia belasan tahun ikut terpengaruh dengan gerakan
kemerdekaan yang melanda tanah air seperti ramai pemuda lain dengan menyertai
gerakan API dan kemudian PETA.
20 Jun 1948, penjajah Inggeris mengisytiharkan undang-undnag
darurat, sebahagian pemuda hendak ditangkap pemerintah penjajah. mereka terpaksa
berundur ke hutan belukar.
Kerana tertarik dengan perjuangan bersenjata yang mula marak
menyala, Kawan Tahir ikut menyertai perjuangan dengan menganggotai tentera
tani, melakukan tindakan-tindakan ke atas hantu-hantu musuh dan lain-lain
aktiviti di kalangan massa sambil meneruskan kerja membantu ayah memotong
getah. 2 tahun kemudian barulah beliau diterima masuk ke dalam pasukan Rejimen
Ke-10.
Dalam tentera, pada mulanya beliau ditugaskan menjadi
pengawal Kawan Abu Samah Mohd. Kassim di Mempatih, tetapi kemudiannya
ditugaskan berkhidmat di dalam pasukan induk Rejimen Ke-10 bersama Abdullah
C.D.
Pada tahun 1953 beliau ikut serta dalam Pasukan Hang Jebat
mengadakan long march ke kawasan sempadan. Di sempadan beliau terus bertugas di
dalam pasukan Induk Rejimen Ke-10 dan sedikit massa memimpin unit produksi
bercucuk tanam untuk menambah bekalan dan sayur-sayuran pasukan. Pernah juga beliau
ditugaskan di bahagian kesihatan.
Pada tahun 1954, beliau diterima menjadi anggota PKM.
Dalam tahun 70-an, Beliau pernah mengiringi Kawan Abdullah
C.D. bermesyuarat di Organ Pasukan Khas. Disamping bertugas sebagai pengawal
pimpinan, beliau diamanahkan belajar pergigian. Daripada hasil belajarnya,
beliau telah dapat membuka klinik gigi di Rejimen Ke-10, mencabut dan membuat
gigi untuk kawan-kawan serta memupuk petugas pergigian yang baru.
Dalam tahun 1980-an beliau ditugaskan memimpin Platun Waja
dengan menyandang sebagai Ketua Platun dan Penolong Setiausaha Cawangan Parti
Platun. Beliau menyandang jawatan itu sehingga tamat perang.
Setelah perdamaian 1989, beliau memilih pulang ke Malaysia
dan meninggal di tanah tumpah darahnya Temerloh pada pagi 19 Oktober 2013, disemadikan di Kampung Bangau Tanjung.
![]() |
Jenazah Allahyarham Tahir dibawa ke tanah perkuburan gambar Raja Burhan Raja Jaapar |
Ulasan
ABADILAH PARA KESATRIA!!