JEN. PISAN: CHIN PENG SEORANG MANUSIA YANG PENUH BUDI PEKERTI, BELAS KASIHAN DAN MESRA

(Isi Pokok Ucapan Jen. Pisan Wattanawongkiri di Depan Upacara Pembakaran Jenazah Mendiang Chin Peng) Saya berucap atas nama rakan-rakan saya. Sebabnya ialah kerana mendiang pernah tinggal di rumah saya selama 20 tahun, bahkan daftar penduduk mendiang pun berada dalam daftar penduduk keluarga saya. Saya dan mendiang seakan-akan satu keluarga. Saya berasa amat berbesar hati, kerana nama orang-orang yang selalu disebut oleh Chin Peng, pertama-tama ialah Jen. Chaovalit Yongchaiyuth, kedua ialah Jen. Datok Kitti Ratanachaya, yang ketiga ialah Jen. Pravit Wongsuwan dan yang keempat ialah Jen. Chamlong Kunsong. Selama 20 tahun ini, Chin Peng tidak pernah melupakan keempat-empat jeneral ini. Semasa tinggal di rumah saya, mendiang seakan-akan datuk anak saya, ataupun moyang cucu saya. Mendiang pernah berulang-ulang berkata kepada saya, bahawa walaupun hanya mampu berbuat setara ini, tapi mendiang bangga telah berusaha sedapat mungkin. Harini, saya amat gembira dapat berjumpa de