HAJAT TERAKHIR SAYA

Hajat Terakhir Saya Kawan-kawan seperjuangan dan saudara –saudari setanah air yang tercinta. Apabila anda membaca surat ini, saya sudah tidak di dunia ini lagi. Niat asal saya ialah meninggal dunia secara senyap-senyap dan membiarkan saudara mara saya mengandalikan sendiri hal-hal pengebumian. Akan tetapi, pengaruh daripada kesilapan media pada awal bulan Oktober 2011 yang mewartakan bahawa kesihatan saya telah berada di taraf yang amat kritis meyakinkan saya betapa perlunya saya meninggalkan surat ini. Semenjak menyertai Parti Komunis Malaya dan akhirnya menjawat Setiausaha Agungnya, saya telah menyumbangkan sepenuhnya jiwa dan raga saya kepada usaha parti, iaitu berjuang demi satu masyarakat yang lebih adil dan lebih indah, yang berdasarkan cita-cita sosialisme. Kini, apabila saya pergi, sampailah masanya untuk mengembalikan jasad saya kepada keluarga saya. Saya berasa amat bertuah kerana kedua-dua anak saya bersedia untuk mengurus jenazah seorang ayah yang tidak dapat memberikan