Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

MERAYAKAN KEMERDEKAAN MALAYA

Imej
Kemerdekaan 1957 adalah kemenangan besar rakyat semua kaum Malaya. Kemenangan ini dicapai melalui berbagai bentuk perjuangan yang susah payah, pahir getir dan dibayar dengan nyawa dan darah para pahlawan dan serikandi kemerdekaan berbagai aliran, berbagai kaum yang setia pada tanah air Malaya. Perjuangan ini bermula sejak pencerobohan penjajah barat ke atas Kota Melaka 1511 sehingga tahun 1957.  Perjuangan kemerdekaan Malaya boleh dibahagikan kepada 2 peringkat sejarah. Peringkat pertama ialah perjuangan secara spontan yang dipelopori kaum tani Melayu di bawah pimpinan bangsawan feudal yang patritotik melawan kaum penjajah. Perjuangan penting dalam peringkat ini ialah: 1511 – 1641 Perang menentang Portugis 1782 - 1784 Perang menentang Belanda 1786 – 1928 Perang kaum tani menentang British Peringkat kedua ialah perjuangan secara sedar, secara terorganais dan mempunyai cita-cita politik untuk mengisi corak kemerdekaan tanah air. Kesedaran umat manusia untuk kemerdekaan dan pe

MENDEKATI ABDULLAH CD DAN SITI NORKIAH: PELOPOR KOMUNIS MELAYU - MSO

Imej
(http://msomelayu.blogspot.com/2013/08/mendekati-abdullah-cd-dan-siti-nurkiah.html) MENJEJAK SEJARAH                                                                            Menyambung kembali catatan perjalanan, menjejak sejarah perjuangan Rejimen Ke-10 Komunis Melayu di perkampungan Perdamaian di Chulabhorn Pattana 12, Shukirin Weang Tahiland. Dalam tiga catatan lalu saya tidak menceritakan secara khusus pertemuan saya dengan mana-mana tokoh besar Rejemin Ke-10 atau pejuang rakyat itu. Mungkin ada berminat ingin mengetahui dan tertanya-tanya sesiapa lagi yang masih ada dan tinggal di sana. Saya disambut Pak Lah dimuka pintu rumahnya. Dalam catatan siri akhir dalam episod pengenalan ini, saya hendak mengisahkan sedikit pertemuan saya dengan Anjang Che Dat Abdullah (Abdullah CD), yakni Komander Rejimen Ke-10 PKM. Saya masih bernasib baik kerana Allah s.w.t mempertemukan saya dengan orang yang mencipta sejarah Rejemin Ke-10 menyebabkan saya boleh langsung

SALAM AIDILFITRI: TAKHBIR AIDILFITRI 2013 DI MASJID DARUL AMAN

SUASANA AIDILFITRI 2013 DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
Sebagaimana lazim, hari raya Aidilfitri disambut meriah di Kampung Perdamaian Sukhirin. Menjelang hari raya, anak-anak yang sedang belajar di university atau sekolah menengah akan pulang bercuti , anggota yang bekerja di luar kampung atau sebagainya juga pulang untuk menyambut lebaran yang mulia. Ini menjadikan jumlah penduduk bertambah secara mendadak. Sempena hari raya Bapa Abdullah C.D. mengadakan rumah terbuka. Rakan-rakan beserta anak-anak cucu bekas perajurit akan berkunjung ke rumah beliau,  anak-anak akan mendapat wang raya. Ini memberikan satu ingatan yang tak terlupakan. Pihak Masjid Darul Aman juga menyediakan wang hari raya untuk anak-anak setiap tahun. Mereka akan berbaris panjang untuk menerima hadiah tersebut. Selepas sembahyang Raya, ramai warga yang berasal dari Selatan Thai akan pulang ke kampung halaman masing-masing menemui ibu bapa, datuk nenek dan sahabat handai di kampung masing-masing. Suasana kampung ini akan sunyi. Suasana akan pulih semula setelah beber

SELAMAT AIDILFITRI DARI PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA

Imej
UCAPAN SELAMAT AIDIL FITRI PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA Tarikh: 7 Ogos, 2014 Kawan Abdullah C. D. yang dihormat dan Ketua Kampung beserta segenap kawan seperjuangan di Kampung Perdamaian Shukirin dan Kampung Perdamaian Kabang Sempena akhirnya Ramadan al-Mubarak 1434 H. tibalah 1 Shawal – Aidilfitri, saya dan segenap ahli Persatuan ini dengan segala hormatnya melafazkan ucapan selamat Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada semua kawan seperjuangan yang jauh di mata dekat di hati, semoga kalian berada dalam keadaan selamat dan berhari raya dengan gembira ria. Semoga ibadah puasa yang ditunaikan kalian mendapat pahala berlipat ganda. Kami juga dengan rasa gembira mendapati kampung kalian berusaha maju terus telah mencapai kejayaan dan menarik perhatian dan sambutan di Thailand maupun dari Malaysia. Dan kami tetap tak lupa mengucapkan terima kasih atas sokongan kalian mengutus perwakilan melawat dan menghadiri perhimpunan anjura kami. Berharap semoga semangat k

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Imej
Lagu-lagu hari raya yang dipersembahkan oleh perajurit Rejimen Ke-10

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Imej
Atas nama Bapa Abdullah C.D. dan warga Kampung Perdamaian Sukhirin, Kini Dan Silam mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh umat Islam di mana jua mereka berada. Semoga hari yang mulia ini, akan membawa keberkatan untuk kita semua. Lagu-lagu hari raya yang dipersembahkan oleh perajurit Rejimen Ke-10

PILIHAN GAMBAR BERBUKA PUASA BERAMAI-RAMAI DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej

MERAH TINTA: IFTAR RAMADHAN DI PERKAMPUNGAN TERASING

Imej
Atas nama seluruh warga Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12 KINI DAN SILAM mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rombongan  dari Malaysia (yang dikisahkah dalam catatan bawah) yang sudi meluangkan masa mempertautkan silatulrahim dengan kami dengan berbuka puasa bersama-sama serta kepada mana-mana pihak yang turut memberikan berbagai derma  untuk lebih menyerikan lagi program lawatan ini. Berikut adalah sebuah catatan dari http://msomelayu.blogspot.com berkenaan lawatan tersebut. Iftar Ramadhan Di Perkampungan Terasing ZIARAH RAMADHAN 1434                                                                     Berbaris untuk menerima sumbangan duit raya. Seperti dijanjikan pagi ini saya hidangkan serba sedikit pengalaman dan cerita Ziarah Ramadhan saya untuk tahun 1434 ini.  Ziarah Ramadhan yang menjadi tradisi saya setiap kali menjelang Ramadhan dan Aidifitri kali ini ialah, di perkampungan Perdamaian BanChulabhorn Pat