MENINJAU SISTEM PILIHANRAYA MALAYSIA DARIPADA PRU KE-13
—Oleh: Cuan — (Sedutan) Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei 2013 disifatkan sebagai kempen pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah Malaysia. Keputusannya telah diumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) yang memegang tampuk pemerintahan selama 56 tahun memenangi 133 kerusi dari 222 kerusi parlimen, dan mendapat mandat berkuasa dengan kurang 7 kerusi daripada dahulu. Pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR) memenangi 89 kerusi, bertambah 7 kerusi daripada dahulu. Menurut pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi biasa kali ini sebanyak 12,885,434 orang, pengundi pos sebanyak 235,826 orang. Pada hari pengundian 5 Mei, sebanyak 11,257,147 pengundi telah keluar mengundi pada 222 kerusi parlimen, kadarnya mencatat 84.84%. Tentang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, 9,742,254 orang telah keluar mengundi, kadarnya mencatat 85.82%. Dalam jumlah undi parlimen, BN memenangi 5,237,699 undi, ketiga-tiga parti dalam PR memenangi 5,624,984 undi. Jumlah undi yang dimena