MEMPERINGATI 65 TAHUN 20 JUN
MEMPERINGATI 65 TAHUN 20 JUN -Ucapan Kawan Indrajaya di majlis memperingati 65 tahun Perang Anti British “20 Jun” yang diadakan pada 22 Jun 2013 di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur- Kawan-kawan dan saudara-saudari sekalian, Selamat malam. Harini, kita berkumpul di sini untuk memperingati ulta ke 65 “20 Jun”. Mengkaji pengalaman dan pengajaran sejarah, mempunyai erti yang amat penting kepada kita. Pada 16 Ogos tahun 1945, Jepun menyerah kalah tanpa syarat, Perang Anti-Fasis Sedunia tamat dengan kemenangan di pihak rakyat. Tentera fasis Jepun telah berambus dari bumi ini, tapi tentera penjajah British telah kembali, dan mendirikan kerajaan British Military Administration (BMA). Parti Komunis Malaya (PKM) telah membubarkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya pimpinannya yang berkekuatan hampir 10,000 orang. Dengan demikian, revolusi Malaya telah memasuki periode perjuangan damai. Parti Komunis Malaya aktif mengerahkan dan mengorganais berbagai lapisan yang luas, unt