MEMPERINGATI 40 HARI PEMERGIAN IBU SURIANI
Kampung Perdamaian Sukhirin / Ban Chulabhorn Patana 12: 29
April 2013 – Warga Kampung Perdamiaan Sukhirin
hari ini mengadakan majlis tahlil dan memanjat doa sempena 40 hari
pemergian seorang pemimpin sekaligus sebagai ibu, almarhumah Suriani Abdullah @
Eng Ming Ching.
Pemergian almarhumah amat dirasakan oleh bekas perajurit
kerana belilau bukan saja seorang pemimpin yang pernah membimbing mereka dalam
perjuangan, tetapi juga merupakan seorang ibu tempat mereka meluahkan rasa suka
duka.
Bapak Abdullah C.D. dan keluarga beliau di sini yang lebih
dekat dengan almarhumah melahirkan rasa suka dan berpuas hati atas prihatin
yang mendalam dari seluruh bekas perajurit di Kampung Perdamaian Sukhirin yang
telah mengadakan berbagai majlis doa, tahlil, sembahyang hadiah dll, semenjak
dari hari pemergian almarhumah sehingga ke hari ini.
Difahamkan majlis-msjlid ini, daripada mengurus jenazah
sehinggalah ke hari ke-40 diadakan secara kolektif dibawah bimbingan
Jawatankuasa Kampung dan Jawatankuasa Masjid Darul Aman.
Masjid Darul Aman adalah sebuah masjid yang dibangunkan di
Kampung Perdamaian Sukhirin untuk bekas perajurit beramal ibadat. Nama Darul
Aman juga diambil sempena berkat perdamaian. Bapa Abdullah C.D., almarhumah Suriani,
almarhum Abu Samah, almarhum Rashid Maidin, almarhum Abdullah Sudin telah mencurahkan banyak usaha
dan tenaga untuk menjayakan masjid ini.
Bapa Abdullah C.D. memberitahu beliau mengucapkan berbanyak
terima kasih kepada seluruh kawan-kawan kerana telah melahirkan perasaan persaudaraan
sekelas yang tebal
mendalam kepada almarhumah Suriani. Dulu kita sama-sama kecapi susah senang
dalam perjuangan, sekarang setelah perdamaian kita juga sama-sama menikmati
perdamaian dan perasaan rakan seperjuangan sekelas tak akan pudar di sanubari
kita.
Saudari Karimas, satu-satunya anak perempuan almarhumah hasil
perkongsian hidupnya dengan bapak Abdullah C.D. memberitahu yang beliau dan
pihak keluarganya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakan
seperjuangan yang telah memperlihatkan semangat kawanship yang tebal mendalam
buat ibunya.
Beliau dan keluarganya juga mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada sahabat-sahabat di luar kampung perdamiaan terutama kepada
kawan-kawan di Kampung Perdamaian Yala (Ban Chulabhorn 11), Kampung Perdamaian
Banlang (Ban Chulabhorn 9), Kampung Perdamaian Betong (Ban Chulabhorn 10),
Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 dan rakan-rakan seperjuangan yang berada di
luar negeri yang ikut menyampaikan
takziah dan sumbangan khairat kepada Mendiang Suriani.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat
dan rakan seperjuangan di Malaysia yang bergerak dalam berbagai parti politik
yang sudi menyampaikan ucapan takziah.
Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin, Saudara Drome bin Za
ketika ditemui memberitahu bahawa kita melakukan sesuatu yang terbaik untuk Ibu
Suriani sebagai menyatakan rasa hormat dan kecintaan kita yang mendalam dan
semoga roh beliau aman sejahtera di sisi Allah Yang Maha Kuasa.
Dalam proses perdamaian, ibu Suriani telah banyak menabur
bakti kepada seluruh bekas perajurit di Kampung Perdamaian Sukhirin memulai
kehidupan baru dengan mengadakan kegiatan-kegiatan, menambah ekonomi, membantu
dalam hal amal ibadat dan kebajikan, membantu mereka yang sakit uzur dan lanjut
usia, mengambil tahu masalah dihadapi
setiap perajurit dan lain-lain
Jadi tidak hairanlah pemergian beliau telah memberikan satu
kesan yang amat dirasakan bagi bekas perajurit dan anggota Kampung Perdamaian Sukhirin.
Ulasan