Rencana Konsep sosialisme termaktub dalam Al-Quran — Mohd Nasir Hashim April 23, 2013 23 APRIL — Baru-baru ini dan menjelang pengundian pilihan raya, tersiar ucapan Hadi Awang dalam YouTube mengutuk golongan kiri,berfahaman komunis, mengaitkan dengan Parti Lenin, Parti Stalin. Persepsi ini telah mendorong banyak pihak termasuk pihak media yang ingin mendapat feedback dari kami kerana beranggapan serangan ini ditujukan kepada kerusi Kota Damansara yang disandang oleh Dr Nasir Hashim, Pengerusi PSM yang bertanding menggunakan logo PKR. Kami juga difahamkan kepimpinan PAS malam ini akan membincangkan isu ini. PSM adalah rakan seperjuangan PR dan kami bersama PR dalam pelbagai isu perjuangan rakyat dan ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Isu ini menjadi kecoh hanya apabila PAS Subang meletakkan calon walaupun tanpa restu PAS Selangor dan Pusat semasa hari percalonan. Ini perlu dijelaskan. Selain itu, kami berharap Presiden PAS memperjelaskan samaada serangan beliau ditu