PERGINYA IBU SURIANI - PEMIMPIN DAN IBU REJIMEN KE-10 YANG TERHORMAT DAN TERCINTA
Hari ini kami bekas perajurit Rejimen Ke-10 terpaksa
menerima hakikat ketentuan Allah Taala bahawa kami harus berpisah dengan
pimpinan sekaligus ibu yang amat kami hormati dan cintai Ibu Suriani Abdullah @ Eng Ming Ching.
Pada pukul 5 am waktu tempatan, Ibu Suriani menghembuskan
nafas yang terakhir setelah bertarung dengan sakit selama 5 tahun di kediamannya Kampung Chulabhorn Patana 12, Sukhirin, Narathiwat, Selatan Thailand.
Sewaktu terlantar di tempat pembaringan, beliau sentiasa
bertanya khabar tentang kemajuan kampung dan perkembangannya. Beliau sentiasa mendorong
kawan-kawan berusaha meningkatkan pendapatan masing-masing sambil mengambil
berat kemajuan kampung agar menjadi sebuah kampung yang maju di rantau ini.
Ketika sakit, beliau sentiasa ditemani oleh anak wanitanya
Kawan Karimas dan kawan-kawan wanita lain yang turut membantu secara
bergilir-gilir. Sementara itu rakan seperjuangan yang lain tak putus-putus datang
menziarahi beliau.
Setelah mendapat berita pemergiannya kawan-kawan secara
otomatik memberhentikan semua pekerjaan, berkabung atas pemergian pimpinan dan
ibu mereka yang dihormati dan dicintai.
Keciantaan yang tiada tara ini terlahir kerana Ibu Surianilah tempat kawan-kawan, baik
lelaki mahupun wanita, baik yang lama mahupun yang baru meluahkan rasa suka
duka, sama-sama berkongsi kenikmatan dan sama-sama hadapi kesusahan. Kemesraan dan kecintaannya terhadap kawan-kawan menjadikan beliau seorang ibu dan seorang pemimpin yang dihormati dan dicintai setiap perajurit.
Atas tuntuan kawan-kawan, jenazah beliau tidak dibawa dengan
kereta, tetapi diusung secara bergilir-gilir ke perkuburan yang terletak lebih
kurang setengah k.m. dari kampung. Seluruh kawan yang ada di dalam kampung ikut
mengirigi jenazah.
Pemergian beliau merupakan suatu hakikat yang amat berat
yang terpaksa kami terima. Semoga Ibu diletakkan di kalangan orang-orang yang
dikasihi Allah.
keterangan: Masa yang tertera di gambar ini adalah masa Malaysia
keterangan: Masa yang tertera di gambar ini adalah masa Malaysia
![]() |
Jenazah Ibu dikelilingi rakan seperjuangan |
Jenazah dibawa keluar dari kediaman dengan iringan azan oleh Bilal Pak Hatta |
jenazah disembahyangkan di Masjid Darul Aman |
Ketua Kampung, Sdra Drome Binza melaungkan azan ketika jenazah dibawa keluar dari Masjid |
![]() | ||
rakan2 seperjuangan, anak2 dan cucu2 ikut mengiringi jenazah ke perkuburan
|
Ulasan