KEPADA AYAHANDA ABDULLAH C.D.: DOA MENGIRINGI PEMERGIAN IBU
oleh: Panji Darman

Anakanda dapat merasakan betapa pilu perasaan ayahanda terhadap perginya kekasih, isteri dan
kawanseperjuangan ayahanda semasa sama-sama berjuang menentang tentera Fasis Jepun, serta selepas itu berlanjutan menentang colonial Inggeris dan peperangan menentang golongan reaksioner.
Kehilangan ibu suriani buat anakanda serta seluruh kawan-kawan di sini amat dirasakan. Walaupun anakanda tidak pernah berada di zaman itu khususnya zaman penentangan Fasis Jepun, anakanda dapat membayangkan seorang gadis cantik berusia 17 tahun begitu cekal dan berani melancarkan serangan dan bertindak melawan kekejaman militer Askar Fasis hinggalahmereka mengalah.
Ibu Suriani pernah dipenghargaan menabur bunga oleh Inggeris dari ruang udara di Bandar Ipoh kerana keberaniannya menunjukkan sikap tanpa kompromi meskipun dia pernah disiksa dengan begitu perit dalam penjara Jepun.
Ibu adalah seorang Seri Kandi dan Pejuang Bangsa yang banyak berjasa terhadap nusa dan bangsa. Ibu adalah seorang Srikandi Abad 20 yang kami telah nobadkannya sejak kali pertama kami bertemu dengan beliau dengan menghadiahkan sebuah Selendang Srikandi pejuang Abad 20 mewakili Wanita Asia sebenarnya yang tiada tolok banding yang juga diakui oleh tentera British sendiri sebagai seorang yang sangat hebat tatkala menentang Jepun.
Anakanda serta seluruh kawan-kawan di sini amat-amat berharap agar ayahanda terus bersabar dan tenang
di atas kehilangan seorang kekasih dan isteri serta kekasih bumi Malaya yang begitu berjasa. Sudah semestinya kesedihan ini tidak tertanggung memandangkan ibu dan ayahanda kami lihat sebagai sepasang kekasih dan pejuang bagi sebuah zaman untuk melepaskan generasi kami daripada terus berada di bawah rahang imperialism yang amat kejam.

Doa kami terus mengiringi roh yang di kasihi ibu untuk mengadap Ilahi. Beliau pulang ke sisi Pemelihara sesudah beliau melaksanakan suatu tugas yang diperintahkan oleh Pemelihara kita iaitu bertindak menentang kaum penindas dan membebaskan golongan marhein dari penindasan seperti perlawanan Daud terhadap Jalut dan Musa terhadap Firaun, dan Muhammad SAW terhadap kekerasan kaum Jahiliah Arab pagan seperti yang di sebut di dalam Al-Quran.
Sekian,
Salam kasih sayang yang berpanjangan daripada anakanda.
21. 3. 2013
Sekian,
Salam kasih sayang yang berpanjangan daripada anakanda.
21. 3. 2013
Ulasan