KEPADA AYAHANDA ABDULLAH C.D.: DOA MENGIRINGI PEMERGIAN IBU

oleh: Panji Darman Salam buat ayahanda Abdullah C.D. serta seluruh keluarga di sana. anakanda berharap ayahanda tetap berada dalam tenang melepaskan seorang kekasih pejuang yang tiada tolok banding untuk abad 20 ini. Anakanda di sini begitu sayu dan pilu mengenangkan pemergian ibu Suriani yang dikasihi. Perasaan sedih dan sayu ini juga dikongsi oleh ramai pemimpin dan kawan-kawan di Malaysia yang pernah mengenali ibu Suriani dan mengikuti sedikit sebanyak kisah-kisah keperitannya dalam perjuangan kemerdekaan Malaya. Anakanda dapat merasakan betapa pilu perasaan ayahanda terhadap perginya kekasih, isteri dan kawanseperjuangan ayahanda semasa sama-sama berjuang menentang tentera Fasis Jepun, serta selepas itu berlanjutan menentang colonial Inggeris dan peperangan menentang golongan reaksioner. Kehilangan ibu suriani buat anakanda serta seluruh kawan-kawan di sini amat dirasakan. Walaupun anakanda tidak pernah berada di zaman itu khususnya zaman penentangan Fasis Je