Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL

Imej
Pilihan gambar2 aktiviti menyambut Maulud Nabi dari rumah ke rumah yang diadakan oleh penduduk Kampung Perdamaian Sukhirin (Ban Chulabhorn Patana 12) pada 25 Januari 2013, selepas solat Jumaat.

PERUTUSAN TAHUN BARU PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA

Imej
Perutusan Selamat Tahun Baru Tahun Baru 2013 tampil di hadapan kita, rasanya ia merupakan suatu tahun menghadapi krisis bertubi-tubi, namun bagaimanapun tidak dapat dinafikan ia juga merupakan tahun yang penuh kesegarbugaran di sana sini, ia juga mengimbau kita semua mara secara gagah berani. Di sampin itu, Tahun Baru tradi-sional Cina tahun ini adalah Tahun Ular, Naga berlalu tibalah Ular, situasi berkembang dan berubah-ubah tak kunjung habis. Melayang pandang ke situasi sedunia, momentum integrasi globalisasi tidak terbendungkan, pemegang tampuk pemerintahan di bnyak negara utama telah atau sedang bertukar, namun pelbagai pihak masih tidak mendapat ubat mujarab untuk mengubati/memulihkan kemerosotan ekonomi yang dicetuskan oleh Amerika Utara dan Eropah Barat; bayang gelap pergolakan dan pepe-rangan tetap menyelubungi berbagai-bagai wilayah. Sesungguhnya, secara tidak terelakkan, oder dunia yang lama harus menyerahkan tempatnya, dan oder dunia yang baru masih menanti pembentu

'Bendera Rakyat' berkibar di Dataran - Malaysiakini

Imej
  'Bendera Rakyat' berkibar di Dataran         Zulaikha Zulkifli     1:54PM Jan 1 2013 "Bendera Rakyat" yang pernah dicadangkan sebagai bendera kebangsaan oleh golongan kiri dikibarkan malam tadi di Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baru 2013. Ia dikibarkan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "aktivis Sang Saka". Bendera itu dikibarkan tepat pada jam 12 tengah malam menggunakan belon gas yang dilepaskan di antara Jalan Raja dan Jalan Tun Perak di ibu negara, yang kemudiannya "disangkutkan" di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) Star Masjid Jamek. Ketika ia dilepaskan, orang ramai sedang leka menyaksikan letupan bunga api dan hanya menyedari kewujudan bendera tersebut selepas tamat acara sambutan ambang tahun baru. Bagaimanapun, kira-kira jam 12.30 malam, dua anggota polis dilihat tampil menggunakan kayu bagi menurunkan bendera tersebut. Sebelum itu, salah seorang aktivis tersebut Muha