Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014 DARI RAKAN SEPERJUANGAN

Imej
Kad Selamat Tahun Baru 2014 dari Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia

DIKIR REVOLUSIONER: MENGHAYUN LANGKAH DI TAHUN BARU

DIKIR REVOLUSIONER: MENGHAYUN LANGKAH DI TAHUN BARU Merekah fajar terangi buana Tahun lalu meninggal kita Tahun baru sudah menjelma Ucap selamat parti nan mulia Di saat kita menoleh kembali Tahun lalu sinar berseri Berbagai kesukaran kita atasi Hasil cemerlang kita perolehi Di tahun baru menghayun langkah Semangat kita bertambah gagah Panji merah berkibar megah Pasti rebut hasil lebih indah Di bawah pimpinan tepat parti Tahun baru penuh erti Perang rakyat kobarkan lagi Semangat rakyat kobar tak henti Situasi kini menguntungkan kita Reaksi lumpuh meronta-ronta Tentera dan rakyat bentenng waja Malaya baru pasti tercipta (Lagu ini dirakam di Kem Dewan Marxis pada awal tahun 1980-an oleh bahagian Senibudaya Kompeni Ke-21, Rejimen Ke-10, Tentera Pembebasan Nasional Malaya)

SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS

Imej
SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS KEPADA SEMUA RAKAN YANG MERAYAKAN HARI RAYA INI.

PROFAIL RINGKAS KAWAN CHEN XIA SERIKANDI PKM YANG GAGAH BERANI

Imej
Disunting oleh Afandi Pada 18 Disember 2013, veteran PKM, Chen Xia, 98 tahun, meninggal dunia di Amoi, Provinsi Fujian, Republik Rakyat China. Mendiang Chen Xia seorang veteran pejuang dan kader kanan PKM. belasungkawan untuk Kawan Chen Xia Chen Xia lahir pada 3 Mac 1917, di Jimei, Amoi. Provinsi Fujian, China (Nama asalnya Chen Jinxiang, Chen Xia addalah namanya dalam PKM).  Pada 1936, beliau mencapai kelulusan Institut Perguruan Jimei dan melajutkan pelajaran ke Shanghai, di situlah beliau menerima pendidikan ideologi komunis. dan masuk Parti Komunis China.  Ogos 1937, Jepun menceroboh dan menduduki Shanghai. Chen Xia meninggalkan Shanghai dan hendak pergi ke Yan-an, tetapi terpaksa balik ke Amoi kerana tak ada wang. Dengan bantuan abangnya Chen Xia bersama rakan karibnya Zeng Yinfen* berpindah mengharungi laut sampai di Ipoh, Perak, Malaya. Di Ipoh beliau menggabungkan diri dengan PKM, dan dengan bantuan abangnya di Ipoh, Chen Xia menyelenggara satu seko

VETERAN PKM CHEN XIA MENINGGAL DUNIA

Imej
Pada 18 Disember 2013, seorang lagi veteran PKM  meninggal dunia di Amoi, Provinsi Hokian Republik Rakyat China. Beliau ialah Chen Xia berusia 98 tahun seorang kader PKM bahagian Singapura. Beliau ditangkap dan dibuang negeri ke China oleh penjajah Inggeris. Setakat ini belum ada maklumat terperinci berkenaan Chen Xia.   Mengikut Allahyarhamah Suriani Abdullah, Chen Xia adalah rakan seperjuangan rapatnya semasa perang melawan Jepun. Dalam Memoirnya Setengah Abad Dalam Perjuangan menyebut: “… Hari itu saya hendak bersiap-siap hendak bertolak ke Singapura pada jam 1 petang, kira-kira pukul 11 pagi, kapal-kapal terbang Jepun mengaung-ngaung di udara menggugurkan bom. Saya dan juga seorang lagi   yang juga seorang anggota parti dan guru bernama Chen Sia berputar-putar berlindung di sebalik tiang sekolah. Setelah kapal terbang pergi kami berundur ke sebuah kampung di Chemor….” “Chen Sia pada akhir pendudukan Jepun menjadi Setiausaha Jawatankuasa Kawasan di Teluk Anson, Perak

Sejarah Yang Masih Berkata-kata

Sejarah Yang Masih Berkata-kata