Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

SAJAK: DUA DEKAD BERLALU BAGAI RIBUT

Imej
Kawan Susila sedang mendekmasikan sajak di depan majlis makan malam Perhimpunan  Agung Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia     DUA DEKAD BERLALU BAGAI RIBUT Dua puluh tahun berlalu bagai ribut menempuh liku-liku kehidupan melangkaui jurang terjal mengharungi lembah kehidupan nan dalam. Tapi kerana di dada ini tersimpan satu tekad alah bisa tegal biasa satu demi satu tunduk di bawah ketekunan, kesabaran dan kegigihan yang tak mengenal erti jemu dan menyerah. Hari ini hati hati kita berbunga riang tersenyum bangga kerana jejak-jejak silam kita sedang dinilai oleh anak-anak muda untuk diabadikan sebagai sejarah bangsa dan diwarisi      meneruskan cita-cita pusaka      untuk sebuah bangsa yang merdeka. Susila 24 Nov 2012 SM Yuk Choy, Ipoh

PERSATUAN PERSAHABATAN ADAKAN PERHMPUNAN TAHUNAN DI IPOH

Imej
Mesyuarat tahunan PPAKM pada 24.11.2012 Ipoh, 24 November - Persatuan Persahabatan Abad Ke- 21 Malaysia (PPAKM) telah melangsungkan perhimpunan tahunannya dari 24 hingga 25 Disember 2012 di Sekolah Menengah Yuk Choy. Perhimpunan ini juga diadakan sempena sambutan 10 tahun pertubuhan tersebut.  Lebih 1000 orang terdiri dari anggota PPAKM, rakan-rakan seperjuangan, kawan karib, tokoh awam serta pertubuhan persaudaraan menghadirinya. Wakil dari kampung-kampung perdamaian di Selatan Thai iaitu Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Sukhirin dan seramai 105 orang Orang Asli telah menghadiri perhimpunan itu. wakil-wakil disambut hangat oleh kawan2 PPKAM  Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perhimpunan, Kawan Chai Kan Fook dalam ucapannya menyebut: “Pengembalian kami ke tanahair telah genap 20 tahun, dan penubuhan persatuan kami telah genap 10 tahun. Berkat adanya prihatin dan bantuan dari sanak saudara, sahabat handai dan kawan-kawan karib, maka

ALFATIHAH UNTUK KAWAN TAHAN

Imej
Pada 13 November, kira-kira pukul 10 waktu tempatan, warga Kampung Perdamaian Sukhirin sekali lagi berkabung atas pemergian seorang rakan seperjuangan. Beliau adalah Kawan Tahan atau nama sebenarnya Ibrahim Cikyat. Ini adalah berita duka kedua dalam masa 2 minggu selepas pemergian Allahyarham Busu pada 3 November yang lalu. Allahyarham Kawan Tahan mendapat sakit kanser dalam usus yang merebak cepat ke paru-paru. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak, serta seorang cucu. Allahyarham dilahirkan pada tahun 1961 di Kampung Seberang, Daerah Weang, Wilayah Narathiwat. Pada tahun 1975, beliau dan adiknya Kawan Lasak menyertai pasukan Rejimen Ke-10, berkhidmat di pasukan Markas Besar. Di dalam pasukan Allahyarham aktif belajar dan berlatih sehingga menjadi seorang perajurit yang baik, dapat membaca dan menulis dengan lancar. Di samping itu, beliau aktif dalam berbagai pekerjaan seperti membuat stor stragegi, memunggah barang2 dan lain-lain. Pada pertengahan tahun 1980-an,

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Imej

ALFATIHAH UNTUK KAWAN BUSU

Imej
Busu @ Hak Kadir Kawan Busu telah meninggalkan kita menghadap Sang Pencipta pada 3 November 2012. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan seorang putera yang juga anggota Rejimen Ke-10. Segenap kawan di Kampung Perdamaian Sukhirin tergenang dalam rasa sedih kehilangan seorang rakan seperjuangan. Segenap kawan memanjatkan doa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Nama asal beliau ialah Hak Kadir, dilahirkan pada tahun 1938 di Kampung Cabang Dua, Tambun Sako (Sega), Daerah Sungai Padi, Wilayah Narathiwat Selatan Thailand. Sebagai petani miskin, beliau kenyang menderita berlapis-lapis penindasan dan penganiayaan yang dihasilkan oleh masyarakat feudal kapitalis. Tahun-tahun 1950-60-an, masyarakat di kawasan sempadan masih sangat mundur, kehidupan petani amat menderita. Di kampung-kampung wujud genster2 dari golongan orang berkuasa bermaharajalela ke atas rakyat. Dalam kekacauan masyarakat inilah mucul tentera rakyat Rejimen Ke-10 menyusun kaum tani di kawasa