UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KORBAN DARI PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD 21 MALAYSIA
UCAPAN SELAMAT AIDILADHA
DARIPADA PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD
KE-21 MALAYSIA
Tarikh: 22 Oktober, 2012
Kawan Abdullah C. D
dan Suriani Abdullah yg dihormati
beserta segenap
kawan seperjuangan di
Kampung Perdamaian
Shukirin dan
Kampung Perdamaian
Yaha/Kabang
Bersempena dengan sambutan Aidiladha Mubarak, maka saya bersama segenap
ahli Persatuan ini dengan segala hormatnya menyampaikan ucapan selamat Hari
Raya Haji kepada semua kawan seperjuangan yang jauh di sana, semoga kalian
menyambut ketibaan Aidiladha dengan penuh kesyukuran, mudah-mudahan kalian
berada dalam selamat sejahtera dan dilimpahi suasana mulia serta menghabiskan
hari lebaran dengan riang gembira.
Dan dengan kesempatan ini kami menyampaikan tahniah atas pencapaian
kalian, kali ini Kampung Perdamaian Sukhirin berjaya dalam pertandingan
communal forest terbaik kategori Selatan Thai, setakat ini Kampung kalian telah
memenangi 3 hadiah yang berkaitan dengan communal forest. kampung
kalian juga selalu dikunjungi banyak tetamu pelbagai kalangan, ini membuktikan
kejayaan usaha kalian mendapat penghargaan masyarakat di sana.
Akhirnya biarlah kita berusaha terus memperkuatkan semangat
kesetiakawanan kita dan lebih giat lagi meraih kejayaan dan kemenangan.
Sekian dan
selamat Hari Raya Haji.
Daripada
Lee Huck Tee
Ketua Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia
Ulasan