Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KORBAN DARI PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD 21 MALAYSIA

Imej
UCAPAN SELAMAT AIDILADHA DARIPADA PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA Tarikh: 22 Oktober, 2012 Kawan Abdullah C. D dan Suriani Abdullah yg dihormati beserta segenap kawan seperjuangan di Kampung Perdamaian Shukirin dan Kampung Perdamaian Yaha/Kabang Bersempena dengan sambutan Aidiladha Mubarak, maka saya bersama segenap ahli Persatuan ini dengan segala hormatnya menyampaikan ucapan selamat Hari Raya Haji kepada semua kawan seperjuangan yang jauh di sana, semoga kalian menyambut ketibaan Aidiladha dengan penuh kesyukuran, mudah-mudahan kalian berada dalam selamat sejahtera dan dilimpahi suasana mulia serta menghabiskan hari lebaran dengan riang gembira.  Dan dengan kesempatan ini kami menyampaikan tahniah atas pencapaian kalian, kali ini Kampung Perdamaian Sukhirin berjaya dalam pertandingan communal forest terbaik kategori Selatan Thai, setakat ini Kampung kalian telah memenangi 3 hadiah yang berkait an dengan communal forest.   kampung kalian

AIDILADHA DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAWAN ABDULLAH C.D. DAN KAWAN-KAWAN DI SUKHIRIN

Imej
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA Selamat Menunaikan Ibadah Haji dan Selamat Menunaikan Ibadah Korban Kami bagi pihak Kawan Abdullah C.D. dan seluruh kawan di Kampung Perdamaian Sukhirin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh kawan Islam di Kampung Perdamaian Kabang, Yaha, Kepada kawan-kawan Islam di Kampung   Perdamaian Banlang, kepada kawan-kawan Islam di Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia dan kepada kawan-kawan Islam di mana jua mereka berada, kepada kaum     kerabat dan keluarga para pahlawan    revolusioner yang telah gugur dan kepada massa revolusioner yang telah membantu Revolusi ‘48 sehingga ke titik penamatan secara terhormat.             Juga tak lupa kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh umat Islam di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan di mana jua mereka berada.             Bersempena hari yang mulia ini, kami mengajak seluruh kawan dan kaum patriot demokrat supaya lebih memperkuat tali silatul

KAMPUNG SUKHIRIN MERIAH SAMBUT SISWA PSU, ACARA SENI JADI JABATAN SILATULRAHIM

Imej
Kampung perdamaian Sukhirin yang sentiasa damai - gamat malam tadi dengan kehadiran ratusan penduduk kampung bagi meraikan malam kesenian sempena kehadiran kira-kira 60 mahasiswa dari Prince of Songkhla University (PSU).     Acara malam kesenian ini merupakan sebahagian dari progtam latihan kepimpinan bagi pelajar tahun satu hingga tiga mahasiswa PSU yang terdiri dari pelajar jurusan Pengajian Islam, jurusan Politik, jurusan Sains Masyarakat dan lain-lain. Persembahan dimulakan oleh anak-anak penduduk tempatan, iaitu acara tarian 'kipas' dan 'payung', sebuah tarian yang menjadi tradisi bagi meraikan tetamu yang datang dari jauh. Dengan pakaian tradisional Melayu, tarian empat gadis kampung perdamaian Sukhirin turut diiringi oleh muzik latar dengan lagu berirama 'joget' dan 'inang'. Persembahan kira-kira 15 minit mendapat tepukan gemuruh hadirin dan pendudukan tempatan.  Program kemudian disambung lagi dengan ucapan alu-aluan, ketu

BERKABUNG UNTUK KAWAN WAJIB

Imej
Wajib @ Liu Po Kawan Wajib (Liu Po) telah meninggalkan kita buat selama-lamanya pada 14 Oktober 2012 di Betong, Selatan Thailand dalam usia 76 tahun. Rakan seperjuangan dari Kampung Perdamaian Sukhirin menyatakan rasa sedih dan takziah yang mendalam kepada isteri, keluarga dan seluruh rakan seperjuangan Mendiang Kawan Wajib. Kerana rahsia organisasi, kami tidak tahu banyak tentang Kawan Wajib. Setakat yang kami tahu beliau adalah anggota PKM bahagian Singapura dalam tahun 50-an. Beliau berundur ke Indonesia setelah Lee Kuan Yew memburu kaum komunis di Singapura. Pada tahun 70-an beliau berkhidmat di Suara Revolusi Malaya (SRM) sebagai penyiar bahasa tempatan (Cina) yang beroperasi di Republik Rakyat China. Pada tahun 1981, sebelum radio SRM memberhentikan siarannya, beliau balik ke kawasan basis sempadan untuk menyertai perjuangan bersenjata. Pada tahun 1982, beliau dan isterinya Akal (Luo Lan) ditransfer ke Rejimen Ke-10. Sebahagian masa mereka berkhidmat di Kompeni Ke-

SIJIL PENAMATAN SEKOLAH LENIN

Imej
SIJIL PENAMATAN SEKOLAH LENIN Pada 1.12. 1964 sampai 15.3. 1965 Kawan............................................ Yang tercinta! Kawan telah berkesempatan dapat mencampori Sekolah Lenin pada kali ini. Di-dalam Sekolah Lenin, Kawan telah mendapat banyak pelajaran2 dan telah mendapat kehasilan yang tertentu; telah dapat lebeh selangkah lagi meningkat-kan taraf politik dan fikiran, menambah ilmu ketenteraan, meningkat-kan kebolehan bekerja, kebolehan memegang dasar dan sebagai-nya. Akan tetapi ilmu pengetahuan harus-lah menyumbang-kan kepada PRAKTIK, kepada usaha revolusi dan usaha pembebasan massa ra’ayat, dengan lain perkataan teori harus di-rangkai-kan dengan praktis. Kawan yang tercinta! Sebagai sa-orang murid lepasan Sekolah Lenin yang jaya, Parti, revolusi, dan ra’ayat meletak-kan harapan yang besar kepada kawan, agar kawan dapat   memberi-kan sumbangan lebeh besar kepada Parti, revolusi dan usaha pembebasan massa ra’ayat. Akhir-nya atas nama para guru

LAGU REVOLUSIONER: PERANG TANI

Imej
Sangsuria terbit di ufuk timur Embun segar suburkan semaian Cengkam kejat bedil di tangan Perang tani Naning, Mahadi, Sagor, Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Terus kobar dalam kancah perang