Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

SALAM MERDEKA

Imej
"Pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman dengan megahnya mengisytiharkan kemerdekaan Malaya. Kemerdekaan ini telah diperjuangkan turun temurun sejak Portugis menduduki Melaka pada tahun 1511. Kemerdekaan 1957 adalah suatu kemenangan besar rakyat negara kita. Ia disulami dengan titih peluh dan darah para pahlawan rakyat berbilang kaum, berbagai aliran Malaya yang berjuang untuk kemerdekaan tanah air. PKM turut memberikan sebesar sumbangan dalam perjuangan tersebut." - Abdullah C.D.

AIDILFITRI BERLANGSUNG MERIAH DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN

Imej
Sambutan Aidilfitri di Kampung Perdamaian Sukhirin (Ban Chulabhorn Patana 12) berlangsung meriah dan penuh kesyukuran pagi ini 19 Julai 2012. Solat sunat Aidillfitri diadakan pada 8 pagi (waktu tempatan). Sebagaimana hari raya yang lepas, rumah Abdullah C.D. dipenuhi bekas perjurit yang datang menyampaikan ucapan selamat hari raya serta ampun maaf. Tapi sayangnya, Ibu Suriani tidak dapat ikut sama meraikan kedatangan kawan-kawan kerana keuzuran. Sebuah jamuan sederhana disediakan untuk seluruh penduduk. Di mimbar masjid sebelum solat sunat Aidilfitri dimulai, imam telah memberitahu bahawa jamuan ini disediakan oleh organisasai PKM untuk menambah kemeriahan Aidillfitri di kalangan bekas perajurit. Imam mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa Abdullah C.D. kerana masih mengambil perhatian kepada mereka walaupun sudah 23 tahun perdamaian berlalu. Menjelang lebaran, sebuah kad hari raya atas nama Abdullah C.D. dan bekas perajurit Rejimen Ke-10 telah direkacipta dan dihantar kepada

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Imej
Selamat  Hari Raya Aidilfitri, maaf  zahir  batin  kepada   seluruh  rakan seperjuangan yang beragama Islam, kepada keluarga dan sanak saudara para pahlawan dan kesatria yang telah  gugur,  kepada  rakyat  revolusioner yang telah memberikan sokongan bernilai kepada perjuangan bersenjata revolusioner, kepada para tahanan politik ISA dan akta zalim seumpamanya, kepada pejuang-pejuang rakyat dan demokrasi generasi baru yang sedang  teguh  di pos perjuangan dan kepada seluruh umat Islam di mana jua mereka berada. Daripada: Abdullah C.D. dan seluruh bekas komander dan perajurit Rejimen Ke-10 di Sukhirin 1 Syawal 1433 H. / 2012 M.

KEHIDUPAN GERILA: SUATU SUDUT DARI KEMPEN KEPUNG BASMI

Imej
Julai 1982, kempen kepung basmi THAI ROM YEN 11 atau DIBAWAH NAUNGAN CAHAYA HIJAU sedang giat dilancarkan. Setiap hari tembakan meriam berdentuman di atas kepala. Kapal-kapal terbang dikerah menembak roket dan mesingan dari udara secara sembarangan. Kempen ini dilancarkan oleh tentera Thai dengan belanja kerajaan Malaysia. Sebuah platun tempur diketuai Kawan Hatta telah dihantar keluar dari kem pasukan induk (Kompeni Ke-21) untuk mengepung musuh yang sudahpun menguasai satu perkhemahan Rejimen Ke-10. Perkhemahan itu sengaja dikosongkan oleh Kompeni Ke-23 pimpinan Rashid Maidin untuk memberi kerjasama kepada tentera Thai. Akan tetapi setelah mendapat betis nak kan paha pula. Bila dapat menawan kem itu dengan mudah, tentera Thai mengeluarkan seruan mendesak Rejimen Ke-10 menyerah diri, kalau tidak kawasan hutan akan dibom secara besar-besaran. Sebenarnya pihak tentera Thai telahpun membuat perjanjian dengan Rejimen Ke-10. Mereka minta disediakan sebuah kem kosong untuk mera

KRONOLOGI PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Malaya pernah dijajah oleh penjajah barat selama 346 tahun. Sepanjang masa tersebut rakyat negeri kita telah melancarkan berbagai bentuk perjuangan terutamanya melancarkan perang ke atas kekuasaan penjajah barat. Kenyataan menunjukkan bahawa perjuangan-perjuangan ini disirami dengan darah dan jiwa raga pejuang-pejuang mengikut zaman masing-masing. 1511 – 1641 Perang menentang Portugis 1782 - 1784 Perang menentang Belanda 1786 – 1928 Perang kaum tani menentang British 1941 - 1945 Perjuangan bersenjata revolusioner menentang Jepun 1946 – 1948 Perjuangan berperlembagaan menentang British 1948 – 1957 Perjuangan bersenjata revolusioner menentang British 1951 – UMNO menukar semboyan Hidup Melayu kepada Merdeka 1957 Penjajah British terpaksa mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 - 1989 Perjuangan bersenjata revolusioner menuntut Kerajaan BN /Perikatan menamatkan perang warisan penjajah, menuntut kemerdekaan diisi dengan corak rakyat dan mempertahankan