 |
Abdullah C.D. dan Jen. Harn |
Pada 28 Julai 2012, Jen. Harn Leonanond ditemani Col. Apithai Swarngpob bersama satu rombongan para pegawai tentera Thai melawat Kampung Perdamaian Sukhirin. Ikut serta dalam rombongan ini ialah puteri tunggal Jen. Harn, Ms. Surojna. Lawatan ini dilakukan secara mengejut ketika beliau melawat 4 buah kampung masyarakat Thai yang dinamakan sempena nama beliau Leonanod 1,2,3 dan 4 yang juga merupakan jiran kampung Perdamaian Sukhirin.
Jeneral Harn pernah menjawat Panglima Ketumbukan Ke-4 di wilayah selatan Thailand (sebelum Kitti Rattanachaya) ketika perang anti-komunis berkecamuk, tapi kini berjabat tangan dan bergambar bersama dengan pemimpin Rejimen Ke-10, Abdullah C.D. Dalam lawatan ini Jen. Harn menyampaikan hadiah kepada beberapa bahagian kampung termasuk muzium kampung perdamaian. Abdullah C.D. juga menghadiahkan memoir beliau dan memoir Rashid Maidin kepada Jen. Harn dan Col. Apithai.
Col. Apithai pernah terlibat dalam angkatan tentera Thai membantu pembangunan kampung dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bekas perajurit Rejimen Ke-10 di awal perdamaian.
Dalam tahun-tahun 80-an, beberapa orang pegawai dalam rombongan ini pernah bertempur dan bersahabat dengan Rejimen Ke-10. Bagi mereka semua ini telah berlalu dan menjadi sejarah pahit manis sebuah perjalanan silam.
 |
Jen. Harn ditemani Col. Apithai menyampaikan hadiah |
 |
Abdullah C.D. dan Jen Harn bersama puteri tunggal masing-masing |
 |
Abdullah C.D. menghadiahkan memoir beliau kepada Jen. Harn |
 |
Jen. Harn dan Col. Apithai bergambar di dalam muzium |
 |
Col. Apithai memberikan keterangan kepada Jen. Harn |
 |
merakam gambar kenangan sebelum bertolak pulang |
Ulasan