JANGAN LUPA: KOMUNIS, PUASA, CINA
oleh Rahmat Haron
dipetik dari http://www.malaysiakini.com
Di
sebalik propaganda anti-komunis ini, yang cuba diterapkan adalah
tanggapan orang komunis itu tidak beragama, atheis, malah memerangi
agama. Tanggapan (persepsi) pastilah ada benar dan ada salahnya. Tetapi
tanggapan bukanlah fakta kebenaran. Makanya seorang pimpinan tertinggi
parti Islam yang membela tokoh komunis Malaya, cuba untuk diputar
serang-pesongkan tanggapan umum terhadapnya agar menjadi hodoh buruk
pemerian serta gambarannya.
Saya
tidak bertujuan mempersoal hasrat atau niat tersirat di dalam hati
masing-masing. Sekecil atau sebesar apapun, ia usaha mulia – kalau betul
hajatnya. Cuma rasanya, Khairy Jamaluddin dilihat sebagai peniru atau
cuba menutup kelemahan pihak berkuasa, lalu ikut menuruti jejak Ketua
Pemuda PAS, Nasrudin Hasan. Dewan Pemuda PAS telahpun terlebih dahulu
mengumumkan demonstrasi Munajat, sebagai setiakawan untuk rakyat
Rohingya itu.
Masalah Rohingya bukan baru. Seperti Palestin, telah puluhan tahun wujud, sepertimana banyak lagi masalah-masalah perpindahan/pengusiran paksa di dunia hari ini. Kita tahu ramai pelarian Rohingya di Malaysia, yang pernah ditahan, tidak diiktiraf sebagai pelarian, dihantar ‘pulang’ hanya ke sempadan Thailand. Seterusnya para pelarian di sempadan ini perlu untuk sekali lagi melalui denai berliku jaringan sindiket pemerdagangan manusia yang penuh jerangkap itu, agar dapat sekali lagi sampai ke sini.
Suka
saya kutip kembali, ucapan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu
Kyi baru-baru ini, moga-moga dengan semangat bulan puasa, kita dapat
belajar, paling kurangpun tentang jiwa dan akal budi diri kita sendiri.
Meski konteks ucapan Suu Kyi merujuk kepada kesusahan para pelarian
rakyat Burma, tetapi kesejagatan ungkapannya yang cuba diangkat:
“The French say that to part is to die a little. To be forgotten too is to die a little. It is to lose some of the links that anchor us to the rest of humanity. When I met Burmese migrant workers and refugees during my recent visit to Thailand, many cried out: “Don’t forget us!” They meant: “don’t forget our plight, don’t forget to do what you can to help us, don’t forget we also belong to your world.”
[“Ungkapan Perancis menyatakan berpisah itu untuk mati sebahagian daripada diri. Untuk dilupakan juga adalah untuk mati sebahagian daripada diri. Ia menghilangkan beberapa pautan yang menambat kita dengan seluruh umat manusia. Apabila saya bertemu para pelarian dan pekerja migran Burma dalam lawatan ke Thailand, ramai yang menyuarakan: “Jangan lupakan kami!” Maksud mereka: “jangan lupakan penderitaan kami, jangan lupa untuk berbuat apa yang kamu boleh buat untuk membantu kami, jangan lupa kami juga kepunyaan duniamu.” ]
dipetik dari http://www.malaysiakini.com
Menjelang Ramadhan Al-Mubarak, kita sekali lagi cuba disajikan dengan
propaganda usang dan lapuk, momokan hantu komunis dan pengganas Islam
(dirujuk pihak berkuasa sebagai JI). Bulan puasa, seiring dengan
sambutan hari kemerdekaan – seperti selalu – dapat dimanfaatkan parti
pemerintah untuk menyerang parti-parti Pakatan Rakyat. Masyarakat mahu
diingatkan bahawa Mat Sabu bertanggungjawab membawa wacana sejarah yang
menamakan Mat Indera sebagai tokoh kemerdekaan.
Seraya pembelaan perjuangan berdarah
patriotisme merebut kemerdekaan tanahair daripada penjajahan Inggeris
telah diserong pesong menjadi membela fahaman anti-agama, khususnya
anti-Islam dan pro kepada rakyat berketurunan Cina di Malaysia.
Komunisme adalah ideologi. Sistem aturan fikiran ideologi ini,
sebagaimana salasilah agama-agama juga turut memiliki cabang-cabang
mazhab berupa pecahan –– percambahan – penokok tambahan – penyesatan –
atau perkembangannya. Komunisme, juga memiliki keragaman versi-versinya.
Tidak sama Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu, dengan Parti Komunis
China sekarang. Meskipun kedua-duanya adalah parti komunis.
Ia sebuah lagu lama dakyah perang dingin yang dinyanyikan semula dengan nafas mutakhir yang kurang segar. Lagu ini tetap didendangkan, walaupun fakta-fakta sejarah, penulisan biografi dan kesaksian bekas-bekas anggota PKM, khususnya mereka yang beragama Islam, menunjukkan hal yang sebaliknya.

Malahan fakta menunjukkan Mat Indera juga seorang
guru agama. Sejarah boleh ditaksir baca bahawa sebenarnya bukan PKM yang
menyusupi golongan kiri dan agamawan Melayu progresif. Pada tahun 2012
ini, melalui blog Mat Amin (http://matamin02.blogspot.com/) misalannya,
kita dapat melihat hal yang sebaliknya berlaku. Apatah lagi dakwah serta
perkahwinan campur Melayu-keturunan Cina telah meng-Islamkan ramai ahli
PKM yang bukan Islam.
Kita mesti senantiasa beringat akan hal-hal berkait sentimen keagamaan, perkauman atau kebudayaan sesuatu etnik seringkali menjadi alat untuk dieksploitasi atau dimanipulasi sebagai kempen bagi mendapat sokongan politik. Baru-baru ini pula, saya membaca tentang tindakan Pemuda PAS dan terbaru Pemuda parti Umno terhadap nasib orang Rohingya.
Kita mesti senantiasa beringat akan hal-hal berkait sentimen keagamaan, perkauman atau kebudayaan sesuatu etnik seringkali menjadi alat untuk dieksploitasi atau dimanipulasi sebagai kempen bagi mendapat sokongan politik. Baru-baru ini pula, saya membaca tentang tindakan Pemuda PAS dan terbaru Pemuda parti Umno terhadap nasib orang Rohingya.
Masalah Rohingya bukan baru. Seperti Palestin, telah puluhan tahun wujud, sepertimana banyak lagi masalah-masalah perpindahan/pengusiran paksa di dunia hari ini. Kita tahu ramai pelarian Rohingya di Malaysia, yang pernah ditahan, tidak diiktiraf sebagai pelarian, dihantar ‘pulang’ hanya ke sempadan Thailand. Seterusnya para pelarian di sempadan ini perlu untuk sekali lagi melalui denai berliku jaringan sindiket pemerdagangan manusia yang penuh jerangkap itu, agar dapat sekali lagi sampai ke sini.
Lantas kebarangkalian mereka
untuk melalui lingkaran setan – perhambaan moden –pemerdagangan manusia –
rasuah dan salah guna pihak berkuasa – itu berkali-kali lagi, setelah
berada di tanah Malaysia yang selamat ini, amat cukup besar sekali.
Perkara ini pernah dikupas dan diungkap dengan teliti serta penuh
menyayat hati oleh para pelarian Rohingya sendiri di dalam buku The
Revolving Door, terbitan Tenaganita, pada tahun 2008.
Bukan ahli politik Malaysia saja yang menggunakan puasa sebagai modal buat dijual di pasar politik untuk dibeli (disokong) orang ramai. Presiden Amerika Syarikat (AS), Obama juga turut memanfaatkan Ramadan dengan memberikan ucapan selamat serta merayakan acara berbuka puasa di Rumah Putih. Apakah ucapan ini benar-benar ditujukan kepada umat Islam AS atau ke seluruh dunia, ataupun khusus dihalakan kepada pihak-pihak tertentu sahaja?

Polisi luar negara Amerika Syarikat sejak berdekad-dekad
lamanya seringkali dilihat tidak mesra, malah memusuhi umat Islam dan
negara-negara Islam. Barangkali ucapan Obama tersebut berkait rapat
dengan dasar luar AS terhadap China dengan menghubungkannya kepada
keadaan dan nasib umat Islam, di China.
Rumah Putih cuba menunjukkan kepada dunia bahawa AS yang ‘demokratik’ lebih peka terhadap ajaran Islam berbanding China yang ‘komunis’ kerana dilapor melarang rakyat minoritinya yang beragama Islam daripada berpuasa. Meskipun hakikatnya, di luar konteks ucapan sambutan puasa Obama itu – seperti yang terjadi di Timur Tengah, Afghanistan, Iraq, Palestin atau penganiayaan di kem Abu Gharib – Islam dicemari dan tidak dihormati.
Uighur (disebut Wee-gerz) merupakan kumpulan etnik yang berbahasa Turki, beragama Islam di kawasan Xinjiang. Dulu ia dikenali dengan nama Turkistan Timur. Secara sejarahnya, wilayah ini merupakan laluan perdagangan ‘jalan sutera’ Asia Tengah yang penting. Interaksi para penduduk di wilayah ini dengan para pedagang serta pendakwah Arab, Farsi dan Turki, sejak tersebarnya hadis, “tuntutlah ilmu sampai ke negeri China,” telah membawa syiar Islam ke Xinjiang. Wilayah Barat Laut China tersebut kaya dengan hasil galian bumi, minyak, gas dan arang batu.
Awal minggu ini, Radio Free Asia melaporkan pihak berkuasa melarang sebarang bentuk kegiatan ibadat awam pada sepanjang bulan Ramadan. Menurut Dilxat Raxit, jurucakap World Uyghur Congress, kumpulan pelarian yang berpangkalan di Munich, “para anggota Parti Komunis China (CPC), kakitangan kerajaan di Xinjiang dilarang daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadan.”

Umat Islam di sana sentiasa dalam pemerhatian,
kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Bagi para pekerja swasta dan para
pelajar sekolah dan universiti pula, mereka disediakan makan tengahari.
Ia pastilah membawa bermacam-macam tanggapan, atau barangkali tindakan.
Di sini ingin saya cadangkan Khairy yang berhubungan rapat dengan Sekretariat Pemuda CPC, usulkan agar parti Umno yang telahpun menandatangani perjanjian hubungan rasmi (MOU) pada tahun 2010 dengan CPC untuk melakukan sesuatu. Inilah masanya untuk Umno membuktikan keperkasaan serta kejaguhannya di mata orang Melayu, umat Islam, rakyat Malaysia dan umat manusia sejagat! Moga umat Islam Uighur dapat diselamatkan, tetapi janji ditepati kepada CPC. Pautan video (http://youtu.be/t0o6qq7K7mk).

Kini, bagaimana pula jika orang
bertanyakan tentang keterkaitan rasmi parti United Malay National
Organization dengan CPC, yang menindas Wilayah Autonomi Xinjiang dan
mendiskriminasi minoriti umat Islam yang ‘hanyalah’ berjumlah kira-kira 8
juta orang itu? Kita juga tahu, ada pelarian politik Islam Uighur yang
dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia ke China, untuk berdepan
pemenjaraan dan hukuman.
Entahkan hidup, entahkan mati. Menjadi
amalan di China, anggota keluarga yang bertanyakan atau menghantar
petisyen kepada pihak berkuasa China, berdepan ancaman, gangguan,
ugutan, malah tangkapan ataupun ayat hambar kepada isteri tahanan,
“baliklah jaga anak-anak di rumah.”
Rasa peri kemanusiaan bagi saya lebih besar merentas perbezaan mazhab-mazhab, kerasmian protokol agama-agama, sistem-sistem idea, etika, adat atau moral apapun di dunia. Kerana jika kita benar-benar tersentuh terhadap nasib golongan minoriti Islam di negara manapun.

Kita juga mesti tersentuh dengan nasib
kezaliman tindakan diskriminasi terhadap golongan minoriti apapun dan di
manapun, tanpa mengenal batas agama, kaum, gender atau latar budaya,
mahupun asal negara seseorang itu. Lebih-lebih lagi kepekaan kita
terhadap cara, dasar dan perundangan negara Malaysia sendiri dalam
memperlakukan golongan minoriti. [Kita yang saya maksudkan – cukup
sekadar yang membaca tulisan ini?]

Ulasan