JANGAN LUPA: KOMUNIS, PUASA, CINA
oleh Rahmat Haron dipetik dari http://www.malaysiakini.com Menjelang Ramadhan Al-Mubarak, kita sekali lagi cuba disajikan dengan propaganda usang dan lapuk, momokan hantu komunis dan pengganas Islam (dirujuk pihak berkuasa sebagai JI). Bulan puasa, seiring dengan sambutan hari kemerdekaan – seperti selalu – dapat dimanfaatkan parti pemerintah untuk menyerang parti-parti Pakatan Rakyat. Masyarakat mahu diingatkan bahawa Mat Sabu bertanggungjawab membawa wacana sejarah yang menamakan Mat Indera sebagai tokoh kemerdekaan. Di sebalik propaganda anti-komunis ini, yang cuba diterapkan adalah tanggapan orang komunis itu tidak beragama, atheis, malah memerangi agama. Tanggapan (persepsi) pastilah ada benar dan ada salahnya. Tetapi tanggapan bukanlah fakta kebenaran. Makanya seorang pimpinan tertinggi parti Islam yang membela tokoh komunis Malaya, cuba untuk diputar serang-pesongkan tanggapan umum terhadapnya agar menjadi hodoh buruk pemerian serta gambarannya. Seraya