 |
Doktor Besar Sukhirin menyampaikan ucapan |
Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12 yang terletak di Daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat semakin hari semakin dikenali di Thailand. Lebih-lebih lagi setelah kampung ini mendapat penghargaan kerana warganya memelihara dan mencintai hutan rimba, berbagai bahagian kerajaan tak putus-putus datang berkunjung ke sini walaupun jalannya agak sukar dan agak jauh. Doktor Besar Sukhirin ketika lawatannya selama sehari semalam menyebutkan "Walaupun susah payah melalui jalan yang rosak, tapi saya rasa berbaloi kerana kampung ini sangat unik dan sambutan warganya yang mesra tamu".
Pada 11-13 Jun, satu rombongan dokumentri RIBUAN CAHAYA PELANGI dari syarikat TV PBS Thailand telah berkunjung ke sini untuk merakam keadaan
hutan rimba dan keadaan penduduk di sini.
 |
mengadakan meeting di Kampung Perdamaian Sukhirin |
RIBUAN CAHAYA PELANGI adalah satu filem dokumentri yang memuatkan berbagai masalah yang memberikan tumpuan kepada penjagaan hutan oleh penduduk kampung. Produsernya Puan Niramon Maedhisuwakoon menyebutkan bahawa beliau amat tertarik dengan kesungguhan warga kampung ini yang mencintai hutan rimba dan tertarik dengan latar belakang sejarahnya. "Saya pernah melawat tempat2 perkampung Parti Komunis Thailand, tetapi belum pernah dengar adanya kampung komunis Melayu." Beliau berharap warga kampung ini mencatatkan sejarah perjuangan yang heroik ini untuk tatapan pelawat dan untuk generasi akan datang.
Berikut adalah petikan berita dari Blog kampung tersebut: (
http://banchula12.blogspot.com/)
AKTIVIS RIBUAN CAHAYA PELANGI
 |
Puan Niramon |
Bahagian TV Thai PBS telah melawat Kampung Chulabhorn Patana 12, Amphor Sukhirin, Tambon Sukhirin, Wilayah Narathiwat pada 11 - 13 Jun 2012 untuk membuat dokumentri dan menyiarkan maklumat berkenaan hutan perkampungan dan memelihara kawasan hutan oleh warga kampung. Puan Niramon Maedhisuwakoon pengarah produser menyatakan perasaan sukacita rombongannya kerana warga kampung memiliki latar belakang sejarah yang manarik serta sudi mengorbankan tenaga untuk menjaga alam sekitar dengan baik.
 |
juru kamera merakam gambar keadaan kampung |
 |
produser menyampaikan arahan penggambaran |
 |
para anggota dokumentri bergambar sebelum masuk hutan |
 |
merakam gambar suasana hutan rimba |
 |
berehat di dalam hutan |
 |
menjamu selera masakan "komunis" |
 |
bergambar di pokok besar kira2 10 pemeluk |
 |
menjelang perpisahan |
 |
bergambar bersama anak-anak "komunis" |
Ulasan
sila berhubung di emel saya di matamin48@live.com untuk keterangan lanjut