Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

KAMPUNG PERDAMAIAN TERIMA HADIAH DARI MANTAN PERDANA MENTERI THAILAND

Imej
Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12 adalah sebuah kampung yang dibangun untuk bekas perajurit Rejimen Ke-10 setelah menamatkan perjuangan bersenjata di bawah perjanjian perdamaian 3 pihak pada tahun 1989. Ketua Kampung Perdamaian menerima hadiah dari Mantan PM Thai Mr. Anan Keistimewaan anggota kampung ini ialah mencintai hutan rimba atau alam semula jadi. Ketika dalam perjuangan bersenjata mereka memelihara hutan rimba daripada diceroboh oleh pembalak2 dan lain-lain agar kawasan hutan yang luas  bersambungan dari sempadan Thailand ke Malaysia terpelihara.  Kini setelah mendirikan kampung halaman mereka tetap memelihara hutan rimba sebagai khazanah alam yang amat berharga. Atas sebab-sebab tersebut, Kampung ini telah menerima hadiah di bawah gerakan bumi hiijau yang dianjurkan oleh syarikat Petroleum Thailand (PTT).  Mantan Perdana Menteri Thailand, Encik Anan telah menyampaikan hadiah tersebut kepada kumpulan dan individu ya

PKM DAN MASALAH AGAMA

Imej
Demi kepentingan mempertahan kuasa dan menipu rakyat semua kaum, penjajah British dan kerajaan UMNO Barisan Nasional telah melemparkan seburuk-buruk tuduhan terhadap PKM dan Rejimen Ke-10 yang berjuang di bawah lambang PKM (Parti Komunis Malaya) dan TPNM (Tentera Pembebasan Nasional Malaya). Satu propaganda jahat yang masih lagi mendalam di dalam fikiran sebahagian rakyat kita ialah 'komunis tidak beragama'. Fitnahan yang dilemparkan sejak tahun 1948 ini samalah dengan fitnahan yang dilemparkan Kerajaan Barisan Nasional terhadap barisan pembangkang hari ini. Untuk lebih detail mari kita melihat dokumen asli pernyataan PKM yang dikeluarkan pada 29 April 1985 yang bertajuk BERJUANG DEMI MEWUJUDKAN PROGRAM KHUSUS MASA SEKARANG. Dasar PKM ialah menghormati kebebasan rakyat semua bangsa untuk menganut agama. Kepercayaan agama di kalangan massa mempunyai punca masyarakatnya yang mendalam. Kebebasan ini mesti dihormati. Hak penganut agama bagi melakukan kegiatan agama haru

PAK HATTA DI TEMERLOH

Imej
Di bawah adalah sedikit catatan berkenaan sambutan anak muda Temerloh kepada Pak Hatta, seorang bekas komander Rejimen Ke-10 yang dipetik dari http://batutepijalan.blogspot.com./ KINI DAN SILAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Ahmad Nizam Hamid, Bloger Batu Tepi Jalan, anak-anak muda dan lain-lain yang telah memberikan sambutan dan perhatian kepada beliau. Lagu Rejimen Ke-10 Live @Esplanede Temerloh Pak Awang aka Hatta merupakan bekas pejuang Rejimen ke-10 yang mengangkat senjata berperang untuk menghalau penjajah demi memerdekakan Malaya bersama rakan-rakannya yang lain. Beliau kini memilih untuk tinggal di Kampung Perdamaian Sukhirin, Thailand. Inilah bukti bahawa beliau masih teguh dengan perjuangannya. Beliau pulang ke Temerloh baru-baru ini adalah untuk menziarahi adiknya yang meninggal dunia. Lagu yang dinyanyikannya ini cukup menyentuh hati dan sanubari seorang anak muda yang lahir dalam dunia yang sudah serba ada. Dapat digambarkan bagaimana sema

PERISYTIHARAN DARURAT DAN REVOLUSI BERSENJATA

Imej
Penangkapan Besar-besaran Hari ini pada 64 tahun yang lalu, (20 Jun 1948) suatu peristiwa besar telah berlaku dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanair kita. Pada hari tersebut, penjajah British telah melakukan penangkapan besar-besaran di seluruh negara ke atas tokoh-tokoh dan organisasi yang memperjuangkan kemerdekaan. Serentak dengan itu, semua parti politk dan organisasi massa yang berjuang untuk kemerdekaan tanah air telah diharamkan. UMNO di bawah pimpinan Datok Onn adalah satu-satunya parti politik yang tidak diharamkan. Mengikut Abdullah C.D., tekanan berat yang paling dirasakan ialah organisasi politik bahagian Melayu, Hampir kesemua kader penting PKMM, PETA (API sudah diharamkan lebih awal dari itu), AWAS, Barisan Tani Malaya, Hizbul Muslimin kesatuan buruh dan lain-lain telah disumbat ke dalam penjara. Rancangan jahat penjajah ini telah dapat dihidu oleh PKM lebih awal dari itu. Berkenaan maalah iatu, Ibu Suriani Abdullah yang pernah menjadi wakil PKM terbuka di p

KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN DI MATA MASYARAKAT THAILAND

Imej
 Doktor Besar Sukhirin menyampaikan ucapan  Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12  yang terletak di Daerah Sukhirin, Wilayah Narathiwat semakin hari semakin dikenali di Thailand. Lebih-lebih lagi setelah kampung ini mendapat penghargaan kerana warganya memelihara dan mencintai hutan rimba, berbagai bahagian kerajaan tak putus-putus datang berkunjung ke sini walaupun jalannya agak sukar dan agak jauh. Doktor Besar Sukhirin ketika lawatannya selama sehari semalam menyebutkan "Walaupun susah payah melalui jalan yang rosak, tapi saya rasa berbaloi kerana kampung ini sangat unik dan sambutan warganya yang mesra tamu". Pada 11-13 Jun, satu rombongan dokumentri RIBUAN CAHAYA PELANGI dari syarikat TV PBS Thailand telah berkunjung ke sini untuk merakam keadaan hutan rimba dan keadaan penduduk di sini. mengadakan meeting di Kampung Perdamaian Sukhirin RIBUAN CAHAYA PELANGI adalah satu filem dokumentri yang memuatkan berbagai masalah ya

PERBUALAN TENTANG KEDAULATAN NEGARA DAN HAK ASASI MANUSIA

Imej
Oleh Cuan.       Se d utan Terjemahan Afandi Dalam perhubungan antarabangsa kontempolari, kedaulatan negara adalah kewibawaan tertinggi, prinsipnya prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Pertama kewibawaan tertinggi di dalam negeri dan kedua kewibawaan bebas di luar negeri, inilah dua cirinya. Yang pertama bermakna negara berdaulat mentadbirkan urusan dalam mengikut kehendaknya sendiri; yang kedua bermakna di dalam perhubungan antarabangsa tiada apa-apa kewibawaan yang mengatasi kewibawaan negara, negera adalah bebas sepenuhnya melaksanakan kuasanya tanpa diganggu gugat sebarang kuasa asing. Kedaulatan adalah atribut asas yang memang wujud dalam negara, negara tidak akan wujud jikalau tiada kedaulatan. Menafikan atau memperhina kedaulatan adalah perbuatan hegemoni. Ketika negara menggunakan kedaulatan ia juga berkewajipan menghormati kedaulatan negara lain, tidak boleh mencampurtangan urusan dalam negara lain, ini adalah undang-