Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

BERSIH - Dalam jalur sejarah kebangkitan anak muda

Imej
Oleh Tongkat Bahaman  Anak muda adalah aset negara yang bakal mencanai masa depan bangsa. Persis, kudrat anak muda bukan sahaja untuk menolak kereta mogok, apabila kereta sudah bergerak dan meluncur kerapkali mereka ditinggalkan begitu sahaja.  Demikianlah yang selalu terjadi dalam kehidupan ini dan begitulah yang sering menimpa nasib anak-anak muda sepanjang sejarah.  Acapkali mereka diketepikan dan jasa mereka dilupakan begitu saja. Hari ini kita memerlukan tenaga dan intelek mereka bagi mengembalikan erti demokrasi dan kedaulatan rakyat, menghidupkan kembali sistem kehidupan masyarakat yang kian punah kerana rasuah, penipuan dan salahguna kuasa oleh pemerintah. Harus diingat tanpa perjuangan dan jasa anak-anak muda suatu ketika dulu negara kita tidak akan merdeka.  Tanyalah orang-orang tua yang masih ada seperti Pak Samad (A.Samad Said, gambar kiri), Pak Said Zahari  yang telah mula berjuang dan menulis sejak 1950-an lagi berapa usia pemimpin-pemimp

TUAN IMPERIALIS DAN ANJING BURUANNYA

Imej
Klip video ini disedut dari filem PERCIKAN API, terbitan Studio TV Rejimen Ke-10 pada Mei 1989. Ehsan Muzium Kampung Perdamaian Sukhirin

BARISAN GERILA MALAYA

Imej

REJIMEN KE-10 TPNM

Imej
Hari ini pada 63 tahun yang lalu, tepatnya pada 21 Mei 1949, Rejimen Ke-10 telah dirasmikan di hutan Kerdau Daerah Temerloh, Pahang. Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan gerila Melayu, terdiri dari putera puteri kaum buruh dan tani Melayu yang inginkan kemerdekaan penuh tanah air dan pembebasan rakyat. Bapa Abdullah C.D. seorang anggota KMM (Kesatuan Melayu Muda) dan anggota Jawatankuasa Pusat PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) adalah penaja dan pemimpin pasukan ini dari awal sampai akhir. Berikut adalah petikan tulisan beliau berkenaan penubuhan Rejimen Ke-10. Penubuhan Rejimen Ke-10 Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan Melayu Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Rancangan untuk mendirikan pasukan gerila Melayu telah dirancang dan diperbincangkan dalam Sekolah Parti Kem Se-Malaya pada pertengahan Jun 1948 (lihat bab 35). Mengikut rancangan asal, di Temerloh akan didirikan satu kompeni dipimpin Kamarulzaman Teh, satu kompeni di Jerantut dipimpin Rashid Maidin dan say

SELAMAT HARI PEKERJA ANTARABANGSA

Imej
Hari Mei Satu: Hari Kuasa Pekerja Choo Chon Kai | May 01, 2012 03:11:29 pm | http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=13030   Tahun ini, Hari Mei Satu disambut dalam satu suasana politik yang amat menarik di Malaysia. Kita berada di persimpangan jalan di mana kebangkitan kuasa rakyat telah menggegarkan pemerintahan UMNO-BN yang penuh dengan kepincangan dan korupsi. Tiga hari sebelum Hari Mei Satu, himpunan raksasa BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 telah mencipta sejarahnya tersendiri dengan rekod kehadiran 200,000 rakyat turun ke jalanraya menuntut demokrasi dan menentang penyelewangan pemerintah. Pada masa yang sama, kita juga menyaksikan kebangkitan anak muda dalam perjuangan menuntut pendidikan percuma dan juga gerakan Occupy Dataran yang cuba menuntut kembali ruang demokrasi rakyat. Kebangkitan mahasiswa dan rakyat di negara kita sebenarnya adalah juga satu protes menentang sistem kapitalis yang hanya melindungi kepentingan 1% dan mengabaikan hak 99%. Kepincangan p