Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

PENUBUHAN KESATUAN BURUH LOMBONG PERAK

Imej
30 April, 82 tahun yang lalu,  kongres yang diadakan di sebuah kebun getah di Kuala Pilah Negeri Sembilan telah meluluskan penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM). Pemimpin besar rakyat Vietnam Ho Chi Minh hadir selaku wakil dari Komintern (Komunis Internasional). Negeri Perak kaya dengan pendapan bijih timah. Selama 100 tahun lebih ini, ia merupakan kawasan pengeluar bijih timah yang paling utama di negara kita. Hingga pertengahan tahun-tahun 1930-an, di Perak terdapat 300 buah lebih lombong pam kelikir yang sedang dan kecil serta berpuluh-puluh buah lombong kapal korek moden. Buruh lombong seramai 30,000 orang. Di bawah tekanan perjuangan buruh, pihak penjajah British telah mengesahkan pendaftaran Kesatuan Buruh Lombong Perak pada akhir tahun 1940 (nama pendaftarannya ialah KESATUAN SALING MEMBANTU BURUH BIJIH TIMAH DAERAH KINTA). Pada awal tahun 1941, Kesatuan Buruh Lombong Perak mengadakan rapat penubuhan yang dihadiri oleh 10,000 orang lebih buruh lombong di Pusing. Anggo

KEHIDUPAN GERILA: MENGAIL DI SUNGAI BATU

Imej
MENGAIL DI SUNGAI BATU, ISI IKAN ENAK SEKALI Oleh: Xiaopeng. Terjemah: Airi  Sungai Batu adalah anak Sungai Hala,kami menamainya begini kerana di sepanjang sungai itu terdapat banyak batu besar dan kecil. Sungai Hala terletak di timur Empangan Banglang, selatan Thailand, airnya mengalir dari hulu di timur tenggara menuju ke barat laut dan terus ke Empangan Banglang. Panjangnya berpuluh-puluh kilometer. Luasnya Sungai Batu belasan meter, dalam airnya tidak sama, yang dalamnya kira-kira sepuluh kaki, yang cetek pula airnya tidak sampai separas lutut. Hulu Sungai Batu terletak di sebelah timur, melangkaui legeh di hulunya terdapat hulu-hulu sungai yang mengalir ke kawasan Pasukan Rejimen Ke-10. Jadi, tempat ini adalah mesti dilalui oleh utusan perhubungan di hutan antara Pasukan Khas dan Pasukan Rejimen Ke-10. Nasib baik! Saya adalah salah seorang anggota regu perhubungan utusan ini. Selang 2 atau 3 bulan, kami akan menggalas bungkusan-bungkusan berupa artikel, bu

LAGU PEMUDA PELAJAR REVOLUSIONER

Imej
- memperingati perjuangan pelajar tahun 1974 - Pemuda pelajar revolusioner Semangat juang meluap berkobar-kobar Membela kebenaran dengan penuh sedar Maju majulah pemuda pelajar Dengan buruh dan tani sebati diri Turun ke desa pergi ke factory Bangkitkan massa kembang revolusi Mengabdi rakyat bela pertiwi Berkejar ke selatan kejar ke utara Nasib buruh tani dibela semua Perarakan raksasa membanjiri kota Kekuatannya sungguh perkasa Persatuan pelajar terus perjuangan Tak takut penjara tak takut belantan Semakin berjuang bertambah kekuatan maju jayalah pemuda pelajar